Friday 29 July 2011

A131319 Wan Nur Baiti Sudin LJ01

Jurnal 1 : Pengurusan Emosi ZT2253. Adakah ia perlu dipelajari ?

Kuliah pertama dijalankan pada 27 Julai.

Jurnal pertama ditulis pada 29 Julai.

Jurnal ini akan dimulakan dengan pengakuan ringkas saya agar penjelesan saya lebih mudah difahami. Secara jujur saya mengaku saya langsung tidak mendapat apa-apa input semasa kuliah dijalankan kerana saya tidur. Saya tidak akan mereka sebarang alasan tapi saya cuma ingin meluahkan apa yang saya rasa, tambahan pula jurnal ini memang ditulis sebagai refleksi atas apa yang kita telah pelajari. Kemudian saya tergerak hati untuk melihat kembali nota kuliah pertama secara online. Dengan secara jujurnya juga saya mengatakan saya tidak faham keseluruhan nota. Apa yang saya faham cuma definisi emosi sangat kompleks sehinggakan tiada kata putus tentang apa emosi sebenarnya. Ada pihak mengatakannya berkait dengan motivasi dan ada pihak yang mengatakan emosi berkait dengan tingkah laku. Jadi mengapa kita perlu belajar tentang sesuatu yang langsung tiada erti spesifik sehingga kini walaupun ianya wujud sejak azali lagi dalam diri setiap orang? Apabila difikirkan balik, mengapa kita perlu belajar tentang apa yang sudah wujud dalam diri kita? Seperti mengajar tentang cara untuk melihat menggunakan mata. Tidakkah ia agak diluar konteks belajar ? Kemudian saya tersedar, walaupun kita semua mempunyai mata, tak semua orang menggunakannya dengan betul. Jadi barulah saya sedar mengapa pembelajaran pengurusan emosi juga perlu agar kita tidak salah menyalurkan emosi kepada benda yang buruk. Seperti yang selalu kita lihat di dalam berita dan surat khabar, terdapat sebilangan kes bunuh melibatkan emosi, kes tipu melibatkan emoi dan juga perkara yang bercanggah dengan agama yang juga meliatkan emosi. Tidakkah anda terkilan apabila emosi boleh membuat manusia berkelakuan sedemikian ? hanya kerana cemburu ? Hanya kerana marah ? Hanya kerana benci ? Dan jangan terkejut banyak kes bunuh diri juga melibatkan perasaan sayang yang melampau. Demi emosi manusia juga sanggup menarik nyawa sendiri ? Jadi saya mula sedari bahawa pembelajaran ini penting supaya manusia dapat membezakan diri kita daripada benda tak bernyawa dan tidak berakal.

Kemudian saya beralih kepada nota kuliah kedua, bertajuk Struktur dan ekspresi emosi. Saya mengaku, langsung saya tidak faham. Tapi terdapat satu slide berkenaan Darwin's theory. Katanya, emosi dapat dikesan oleh semua orang tanpa mengira kaum dan budaya. Ini bermaksud semua orang dapat mengesan emosi yang kita tayangkan tidak kiralah kita tidak bercakap bahasa yang sama dengannya. Contohnya seperti kita menolong orang tanpa berkata apa-apa, orang tersebut akan mengesan emosi simpati kita terhadapnya hanya dengan senyuman dan pandangan mata. Apa yang saya dapat huraikan di sini ialah pepatah 'action speaks louder than words' memang benar dan terbukti ! Saya juga percaya emosi boleh disalurkan tanpa apa-apa sentuhan atau pandangan secara langsung. Pada satu ketika dahulu saya pernah melihat satu rancangan tv yang memaparkan seorang pakar yang boleh membaca minda orang. Saya tidak ingat akan nama rancangan tersebut. Pakar tersebut selalu memukau penontot apabila dia membaca minda penonton yang dipilh secara rawak dengan sangat tepat. Dan kemudia terdapat seorang penonton yang bertanya bagaimana dia melakukannya, dia hanya menjawab dengan membaca ekspresi muka. Ekspresi muka dikawal oleh emosi, jadi secara langsung, emosi membolehkan orang lain membaca fikiran kita dengan mudah walaupun kita cuba untuk menyembunyikannya. Apa yang dipelajari oleh pakar tersebut ialah mengawal emosi orang di sekelilingnya dan membacanya.

Sebagai permulaan jurnal dan ini jurnal pertama saya, saya tidak dapat menulis dengan panjang kerana saya masih tidak faham akan erti emosi secara keseluruhan untuk mengulasnya kembali dalam kata lain. Mungkin di masa akan dating saya akan dapat menerangkan dengan lebih mendalam pendapat saya tentang emosi dan bagaimana menguruskannya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment