Thursday 10 February 2011

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~STRUKTUR ASAS EMOSI~

Assalamualaikum....

Minggu ini merupakan mingu terakhir untuk penghantaran tugasan jurnal. Seperti yang dijanjikan, 5 tugasan perlu dihantar. Tanpa saya sedar, jurnal mengenai struktur asas emosi belum terhantar. Jadi, jurnal terakhir saya adalah mengenai tajuk pertama yang kita pelajari. Jom, kita mengulangkaji tajuk ni ramai-ramai.heheee..

Dalam struktur asas emosi, terdapat empat teori yang telah dihasilkan daripada empat orang saintis yang berbeza pendapat iaitu Plutchik, Tomkin, Darwin, dan Izard. Teori-teori tersebut ialah:

Ø  Teori Asas Emosi daripada Darwin- ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang kerana muka yang paling senang dilihat dan bukannya organ-organ lain.[ emosi primary ]

Ø  Teori Emosi Primari Plutchik- emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian

Ø  Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin- emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. contohnya, senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.[ "what cause what" ]

Ø  Teori Ekspresi wajah Semula Jadi daripada Izard- sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

*Selain itu terdapat satu lagi teori iaitu Teori Pembelajaran.

Teori pembelajaran ini pula bercanggah dengan pendapat Izard. Teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Berdasarkan kelima-lima teori tersebut, saya lebih tertarik kepada teori Plutchik berbanding teori-teori lain.dalam teori ini terdapat bahasa emosi, emosi-emosi utama dan dimensi-dimensi emosi. Dalam bahasa,di bahagikan kepada 3 kategori, iaitu:

þ  Bahasa subjektif – yang menggambarkan tingkah laku kepada emosi yang dialami

þ   Bahasa tingkah laku – merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah diransang.

þ  Bahasa fungsian – merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.

Oleh itu, pembelajaran tentang struktur asas emosi ini bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang emosi malah dapat juga dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 

No comments:

Post a Comment