Thursday 10 February 2011

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~emosi dan ingatan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada minggu ini, tajuk emosi dan ingatan menjadi pilihan untuk dikupas. Bagi saya tajuk ni bolehlah dikatakan agak sukar juga, kerana ia melibatkan bahagian-bahagian otak manusia. Sebelum kuliahan dimulakan, kami ditanya dengan soalan cepumas. Cepumasnya soalan ni hanyalah sebab ianya soalan yang tidak pernah terlintas di fikiran kami semata-mata. Soalannya berbunyi "adakah emosi membantu ingatan kita?". Ramai di antara kami mengiyakan soalan tersebut dan jawapan sebetulnya memang YA, emosi memang membantu ingatan kita. Emosi dan ingatan melibatkan kandungan emosi dan keadaan emosi itu sendiri.


 Kandungan emosi

Secara amnya,  kita akan ingat peristiwa-peristiwa yang mengandungi emosi berbanding dengan peristiwa neutral. Hasil kajian mendapati suatu peristiwa mudah diingati disebabkan oleh emosi yang dicetuskan, bukan disebabkan oleh sejauh mana pentingnya peristiwa tersebut. Ingatan terhadap peristiwa dan gambaran yang mempunyai kandungan emosi membayangi maklumat-maklumat lain. Oleh itu, kita sukar untuk mengingati sesuatu maklumat jika ianya diiringi oleh perkara yang mempunyai kandungan emosi yang mendalam. Kesan inilah yang jelas dialami oleh kaum hawa. Peristiwa yang mengandungi emosi positif akan mengambil masa yang lama untuk pudar dari ingatan kita. Sebaliknya, kita akan mudah melupakan peristiwa yang mengandungi emosi positif. menurut kajian,memori positif lebih banyak mengandungi maklumat latar belakang berbanding dengan memori negatif. Sebagai contoh, pelajar akan lebih mengingati peristiwa dirinya dipuji guru, berbanding dengan peristiwa dirinya di denda guru.


Keadaan emosi

        Aspek yang seterusnya dalam emosi ialah 'mood' atau keadaan emosi kita ketika pengekodan dan mendapatkan kembali maklumat. Dalam keadaan emosi ini,ia memberikan dua kesan. Iaitu, kongruensi mood dan  mood pergantungan.  

       

kongruensi mood: dimana kita mengingati peristiwa-peristiwa yang berpadanan dengan suasana hati kita saat ini (sebagai contoh, ketika kita tertekan, kita cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang negatif).

      

 Ketergantungan mood: merujuk fakta bahawa mengingati lebih mudah bial emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati. ( peluang kita untuk mengingati sebuah peristiwa atau fakta yang lebih besar jika kita membangkitkan keadaan emosi yang berada di pada saat mengalami kejadian atau fakta pembelajaran).


Antara bahagian-bahagian otak yang berkaitan dengan emosi dan ingatan adalah


Amygdala 

bahagian yang  terlibat dalam mensignifikasikan peristiwa emosional dan melalui sambungannya ke daerah otak yang berkaitan dengan pengalaman deria.

 

Cerebellum 

Otak kecil, yang paling sangat berkaitan dengan kemampuan koordinasi motorik, juga mungkin terlibat dalam mengingati emosi yang kuat, khususnya, dalam konsolidasikan kenangan jangka panjang dari rasa takut.

 

Prefrontal cortex 

Satu kajian mendapati bahawa daerah korteks prefrontal bersama-sama dipengaruhi oleh kombinasi negara mood dan tugas kognitif, tetapi tidak oleh salah satu saja. Manakalakajianlain mendapati bahawa korteks prefrontal dorsolateral lebih aktif ketika parapeserta dikejutkan dengan tanggapan tak terduga.


Perbezaan jantina

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan di antara lelaki dengan perempuan dalam proses meningati memori yang beremosi. Wanita nampaknya lebih mengingati peristiwa beremosi dalam hidup mereka berbanding lelaki. Namun golongan ini juga lebih cenderung untuk melupakan memori tersebut dengan cepat bila adanya memori beremosi yang baru.


Perbezaan umur

Kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan pudar dari ingatan  lebih cepat dari yang menyenangkan semakin kuat seiring dengan bertambahnya usia. Orang tua lebih cekal mengawal emosi berbanding orang muda, dengan mempertahankan perasaan positif dan mengurangkan perasaan negatif.

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment