Thursday 10 February 2011

A133398 NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD Emosi dan Ingatan


 Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, pejam celik-pejam celik sudah sampai minggu ketujuh saya mengikuti kelas pengurusan emosi dibawah kendalian Dr. Zambri. semakin banyak yang saya pelajari tentang emosi di dalam kelas ini, Semakin saya mengenali jenis-jenis emosi yang ada dalam diri saya dan keistimewaannya mengikuti kursus ini adalah saya boleh mengklasifikasikan emosi saya sama ada berada dalam kategori positif atau negatif.

Pada kuliah kali ini, kami diajar tentang perkaitan emosi dan ingatan. Apakah emosi membantu kita mengingat? Terdapat 2 elemen yang diperlukan untuk mejawab soalan tersebut iaitu pengaruh kandungan emosi dengan pengaruh keadaan emosi. Pada kali ini saya akan menerangkan apa yang dikaitkan dengan kandungan emosi dan keadaan emosi.

Kandungan Emosi.

·         Secara umumnya, kita akan lebih mengingati peristiwa-peristiwa yang mengandungi emosi-emosi yang ketara berbanding emosi yang neutral. Contohnya, ada 2 peristiwa yang berlaku.

a) anda sedang menikmati makanan tiba-tiba datang seekor kucing lalu mencuri lauk yang ada di dalam pinggan anda. Emosi anda ketika itu mestilah marah, geram dan sedih.

b) Peristiwa yang kedua pula, anda melihat seorang kawan anda tergelincir ketika sedang berjalan. Emosi anda tidak sedikitpun terganggu dan berada dalam keadaan neutral.

Jika ingin dibandingkan kedua-dua peristiwa diatas, sudah tentu peristiwa yang anda lebih ingat ialah peristiwa a iaitu ketika kucing mencuri lauk ketika anda sedang makan kerana ianya melibatkan 3 emosi besar. Peristiwa b pula tidak memberi sebarang kesan kepada anda kerana pada ketika itu emosi anda berada dalam keadaan neutral.

Keadaan emosi.

·         Terbahagi kepada 2 iaitu, kongruensi mood dan juga mood pergantungan.

 

~Kongruensi mood ialah apabila hati kita mengingati perkara yang berpadanan . contohnya, jika kita berada dalam emosi yang positif, apa yang kita ingat ialah berkenaan dengan pengalaman manis kita seperti bersama dengan orang yang tersayang ataupun sewaktu melancong ke luar Negara.

 

~ Mood Pergantungan pula ialah suatu keadaan yang kita akan mudah mengingati sesuatu jika emosi yang dikenakan pada waktu itu selari. Maksudnya, fakta akan mudah diingati bila emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati.

 

 

 

 

 

Bahagian Otak.

                ~ Untuk teori pada kali ini, kami diajar tentang bahagian otak yang terlibat bagi teori emosi dan ingatan.

1.       Prefrontal Cortex.

Bahagian ini sangat penting untuk merancang tingkah laku kognitif, personality dan tingkah laku social individu tersebut.

2.       Cerebellum.

Bahagian ini pula berfungsi sebagai pusat kawalan pergerakkan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

3.           Amygdala.

Amygdala pula berperanan sebagai memproses ingatan dan sebahagian daripada system limbic yang mengawal emosi dan tingkah laku.

 

Emosi dan ingatan boleh ditafsirkan mengikut jantina iaitu lelaki dan wanita. Mengikut kajian yang telah dilakukan, wanita mempunyai kelebihan untuk mengingati emosi kerana wanita lebih cenderung melupakan maklumat.

Walaupun jurnal kali ini merupakan jurnal terakhir saya bagi pengurusan emosi, namun saya akan mengaplikasikan apa yang saya telah belajar dalam kehidupan seharian. InsyaAllah dalam masa 4 tahun lagi saya akan bergelar seorang guru dan pengajaran ini amat berguna bagi saya untuk mendidik anak bangsa. =)

NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD
A133398
FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)


No comments:

Post a Comment