Monday 24 January 2011

A133607 NOR FAZLYANA TAJUK 4 TAKUT KAH ANDA ?

okay. muka ini sangat lah comel. ahaks !

T.A.K.U.T

boleh agak lah kan apa yang saya nak celoteh kali ini. takut, adalah salah satu emosi negatif yang telah saya pelajari pada minggu
lepas. sangat menyeronokkan sebab dua berlainan emosi telah saya belajar pada bulan ini. perasaan takut adalah perasaan 
semula jadi yang ada pada diri setiap manusia malahan haiwan haiwan juga.

Definisi takut dalam KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Takut: 
1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak 
   ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 
2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 
3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; 
   dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 
4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, 
   sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai 
   prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas 
   prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung 
   prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang 
   prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau 
   prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerja

Perasaan takut yang saya akan bincangkan adalah seperti definisi pertama yang telah ditunjuk kan di atas iaitu gentar menghadapai 
sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri atau tidak. 

JOMM kita layan petikan akhbar dari BERITA HARIAN ini !

Jangan gentar!
Oleh Syed Riduan Ahmad

2010/12/18


Rajagobal harap anak buah bermain seperti biasa, elak kesilapan


K RAJAGOBAL tetap optimis dengan peluang anak buahnya untuk mara ke final walaupun lawan, Vietnam kembali mendapat 
khidmat tiga tonggaknya yang tidak beraksi pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

"Sebagai jurulatih saya perlu optimistik dengan keupayaan skuad negara," kata Rajagobal dalam sidang media di Hanoi semalam 
menjelang aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh malam ini. "Tiada yang mustahil jika pemain mempamerkan permainan konsisten 
seperti ditunjukkan sebelum ini.

"Walaupun ada tiga pemain yang sebelum ini tidak dapat beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan kembali beraksi, 
itu tidak mengubah corak persiapan kami untuk menghadapi Vietnam."

Ketika sesi latihan pertama di Kuala Lumpur, Rajagobal memberi tumpuan terhadap corak kesebelasan utama Henrique Calisto 
tanpa mengetepikan pemain lawan yang tidak beraksi. "Saya rasa pemain sudah bersedia menangani skuad utama Vietnam," kata Rajagobal.

Pada pertemuan Rabu lalu, pemain tengah Nguyen Trong Hoang digantung tetapi dijangka kembali diturunkan manakala Doan Viet Cuong 
dan Phan Van Tai Em turut diramal membarisi kesebelasan utama Calisto malam ini.

"Tidak ada apa yang perlu ditakutkan," kata Rajagobal. "Mereka hanya perlu bermain seperti biasa dan mengelak daripada sebarang 
kesilapan. Kita akan cuba mempertahankan kelebihan gol dan mencari gol tambahan bagi melebarkan peluang ke final."

Vietnam perlu menjaringkan tiga gol untuk mengatasi dua gol Malaysia secara agregat, tetapi jika Malaysia menambah satu gol, 
skuad Calisto perlu membolosi Khairul Fahmi Che Mat lebih empat kali untuk menjamin tiket ke final. 
Rajagobal dijangka menurunkan barisan sama seperti di Bukit Jalil tetapi keutamaan kali ini diberikan untuk memperkuatkan 
benteng pertahanan. 


Disini dapat kita lihat, jurulatih pemain kebangsaan mengharapkan anak buah beliau tidak takut atau tidak gerun untuk
menghadapi permainan bersama kumpulan lawan.


oklah. ini saja untuk kali ini. lain kali saya cerita lagi. ASSALAMUALAIKUM !


No comments:

Post a Comment