Monday 24 January 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ04 Emosi negatif

Assalamulaikum dan salam sejahtera, pada kali ini saya ingin menceritakan tentang emosi negatif. Pada minggu lepas saya telah di terangkan tentang apa itu emosi negatif. Emosi ini merupakan satu pemberian dari Allah S.W.T. Walaupun ia adalah emosi negatif tetapi ia tetap sebahgian daripada kehidupan kita yang kita tidak dapat lari untuk menempuh. Kadang-kadamg tanpa kita sedari kita telah pun beremosi negatif. Siapa yang ingin kan sesuatu negatif tetapi itu semua lumrah sebagai manusia biasa. Kita asyik menyebut emosi negatif tetapi tidak tahu apakah emosi-emosi negatif ini. Antara emosi negatd ialah marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Walaubagaimanapun apa yang penting dan ingin saya terapkan dalam penulisan saya kali ini ialah bagaimana kita hendak menguruskan emosi negatif ini.

Bagaimana menunjukkan emosi negatif?

kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.  Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa menunjukkan perasaan negatif tersebut:

i.      Jangan terlalu dramatik.
ii.     Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk.
iii.    Singkatkan interaksi.
iv.    Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
v.     Cakap apa yang anda rasai.
vi.    Tanya apa yang orang lain rasai.
vii.    Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham dengan awak
        atau saya tahu tujuan awak baik).

alangkah indahnya dunia ini, andai kita sentiasa kekal tenang, manusia pastinya tidak saling bermusushan dan hidup aman damai. tapi, apa yang berlaku bukan begitu, kerana hidup kita penuh mehnah dan tribulasi. lalu, bagaimana cara untuk kita kekal positif agar kita mampu menjadi hamba Allah yang sentiasa diredhai-Nya walau apa bentuk ujian yang tersedia untuk kita?

1. pelajari ilmu stress

tekanan adalah penyebab kenapa kita beremosi. ketahuilah bagaimana mahu kekal tenang dengan cara mengawal sress. orang yang stress banyak sekali ketidakseimbangannya, baik pada tubuh, kerjaya mahupun perhubungan. kawal stress kita.

2. baca Al-quran

mengajilah walau 10 ayat. Al-quran , ramai yang tahu, al-quran adalah penawar, namun, jangan sekali-kali membacanya untuk mendapatkan ketenangan, bacalah kerana Allah, hati memang akan serta merta damai. mengajilah setiap hari, luangkan masa kita yang sibuk itu untuk mentelaah kata-kata Allah.

3.menyambung silaturarrahim.

pergilah menziarahi kaum kerabat, yang terpenting; ibu dan bapa. mintalah redha keduanya terutama ibu bapa suami, ajak dan bantu suami menghormati dan mengingati ibu bapanya; kerana tanggung jawab suami pada ibu bapanya tidak pernah berakhir walau dia telah mempunyai tanggung jawab baru pada kita dan anak-anak. ingatlah, redha orang tua sangat bermakna. kerana redha ibu bapa adalah redha Allah.

4. membantu yang susah

terutama ahli keluarga sendiri. amat besar pahala yang didapati oleh isteri yang membantu suaminya. bukankah itu tujuan hidup kita? memberi manfaat pada yang lain. insan yang paling baik adalah insan yang paling banyak berbuat baik pada orang lain. apatah lagi sekiranya tangan kita adalah tangan yang diatas.

5. ikhlas

hati yang ikhlas adalah hati yang tenang dan damai. buatlah sesuatu kerana allah.

hidup berilmu. ceria selalu


sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.


No comments:

Post a Comment