Sunday 23 January 2011

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~em0si p0sitif~

Assalamualaikum, hello hai2 sahabat,

Untuk jurnal kali ini,saya nak cerita mangenai emosi positif. Tajuk ni merupakan tajuk perbincangan kita minggu lepas, iaitu pada 11 januari yang lalu. Emosi positif meliputi emosi-emosi seperti gembira, bahagia dan kasih. Semua ini boleh digolongkan dalam satu perkataan, iaitu KEBAHAGIAAN.

Dalam kehidupan ini pastinya kita semua menginginkan sebuah kehidupan yang bahagia. Lantas pelbagai usaha dilakukan bagi mencari dan mendapatkan kebahagiaan itu. Namun tidak semua manusia mampu mencapai impiannya atau memperoleh kebahagiaan yang dicari dan yang dicita-cita itu. kebahagiaan adalah satu emosi yang bercirikan keseronokan, kegembiraan, dan kepuasan hati.  Manakala bagi pandangan beberapa tokoh falsafah, kebahagiaan adalah :

Ø  Aristotle : hasil pencapaian kearah keseronokan

Ø    Plato      : punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik

Ø   Epicurean: memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan

Ø     Mills: sejauhmana kesesuaian tingkah laku kita


Menurut kajian Veenhoven,1995, kajian-kajian merentas budaya menunjukkan kebahagiaan berbeza daripada satu Negara ke Negara yang lain. Diener et al,1995 mengatakan bahawa tahap kegembiraan orang asia lbh rendah berbanding orang barat. Hal ini demikian kerana mungkin disebabkan oleh taraf hidup yang berbeza.


Kebahagiaan di ekspresikan dengan senyuman. Maka senyumlah agar akan lebih terasa betapa indahnya hidup ini. Faktor-faktor kebahagiaan menurut Argyle,1987 adalah kesihatan, persahabatan, kerjaya, rekreasi dan juga faktor penghayatan agama. Bagi saya, sumber kebahagiaan saya adalah keluarga saya sendiri. Kejayaan-kejayaan yang saya kecapi pastinya atas dorongan dan nasihat mereka. Secara tidak langsung, saya mengecapi kebahagiaan di atas kejayaan itu. Teringat kembali peristiwa saya memasuki pertandingan rekacipta dalam carnival sains dan matematik di zaman persekolahan dulu. Saya tidak meminati kedua-dua matapelajaran ini, tetapi saya dan beberapa orang rakan lain dicalonkan oleh guru untuk mewakili sekolah. Hasil kepada projek matematik yang saya buat tidaklah begitu menarik jika hendak dibandingkan dengan peserta sekolah lain yang nampak lebih kreatif dan gempak. Di hari majlis penutupan rasmi sekaligus majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada pelajar, keluarga saya menghadirkan diri bagi memberikan sokongan kepada saya. Pada masa itu saya merasakan jika dapat saguhati pun saya tetap akan bersyukur. Namun apa yang berlaku pula adalah sebaliknya. Tanpa saya duga,saya merangkul gelaran johan kategori matematik bagi menengah atas. Batapa gembiranya saya pada masa itu,apatah lagi keluarga turut menyaksikan saat penyampaian trofi tersebut. Sejak dari itu,saya pun mulai menyukai subjek matematik.heheeeee.

Kesimpulannya, boleh dikatan bahawa kebahagiaan adalah keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati. Saya sertakan dengan puisi kebahagiaan hasil nurkilan teman;

 " Kebahagian tidak 

memiliki warna
Tidak berbentuk
Tidak berwujud
Tidak tersusun
Tapi dia disana

Dia ada di setiap orang
seperti kehangatan matahari
Dan sejuknya waktu hujan
Dia telah membuat hatimu tenang
Dan menjadi dirimu sendiri"

Last but not least, "happiness is when what you think, what you say, and what you do in harmony"-Mahatma Gandhi

~sekian~

 

No comments:

Post a Comment