Wednesday 26 January 2011

A133398 Nurul Zahidah Azmi Murad Tugasan 4 (Teori Perubahan Emosi)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni sudah masuk minggu ke-enam saya meneruskan pengajian di UKM. Saya udah boleh belajar menyesuaikan diri dengan "Universiti Life". Semakin sibuk dengan tugasan dan ulang kaji. Maklumlah, sudah hampir ke minggu peperiksaan.

Pada kelas pengurusan emosi pada kali ini, kami diajar tentang teori perubahan emosi. Kenapa berlakunya perubahan emosi? Saya akan jawab persoalan itu disepanjang jurnal saya pada kali ini. Teori perubahan emosi yang dibincangkan pada minggu ini ialah teori aras adaptasi dan teori proses  berlawanan Solomon.

Teori aras adaptasi secara konsep asasnya, kita akan bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan aras adptasi semasa kita. Penilaian kita terhadap situasi akan menyebabkan berlakunya perkembangan emosi. Sebagai contoh, cuba anda mengamati bunyi-bunyi yang ada di sekeliling aanda. Jika bunyi yang kita dengan mempunyai kesamaan iaitu, bunyi perlahan dan kuat adalah ditahap yang konsisten maka itulah aras adaptasi kita. Jika bunyi yang didengar lebih tinggi atau lebih rendah maka aras adptasi kita akan meningkat dan menurun.

Teori adaptasi – "Anda akan berasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang anda ada sekarang, namun anda tidak akan berterusan merasa gembira sehingga anda mendapat yang lebih baik dan lebih baik."

Aras adaptasi akan berada ditahap neutral dengan apa yang kita ada sekarang  dan hanya bila kita mendapat sesuatu yang lebih baik akan membuatkan kita lebih gembira. Sebagai contoh jika gaji yang kita terima sekarang ialah RM 2000, maka aras adaptasi kita neutral, tetapi jika gaji kita dinaikkan ke RM3000 maka aras adaptasi kita akan meningkat. Semakin banyak kenaikkan gaji yang kita dapat, aras adaptasi kita akan semakin tinggi.

 

Mengikut teori proses berlawanan Solomon pula, emosi akan bergerak kearah titik neutral bukan sahaja dalam jangka masa yang panjang, namun dalam jangka masa yang pendek juga.  Setiap emosi yang dilahrkan akan mengakibatkan terbitnya emosi yang berlawanan. Teori Solomon terbahagi kepada dua tahap iaitu

1.    "primary state" (Keadaan awal)

·         Tidak dipelajari

·         Tindak balas automatik

2.   "Opponent state" (Keadaan berlawanan)

·         Emosi yang berlawanan.

·         Bermula selepas emosi  berada di keadaan awal.

·         Berterusan dengan lebih lama.

·         Menjadi semakin kuat jika diulang-ulang.

·         Emosi dalam keadaan awal dan akan menjadi lemah.

Sebagai contoh jika kita memenangi duit sebanyak RM 500 tentu kita merasa gembira bukan? Namun jika tiba-tiba duit yang kita menang itu hilang emosi gembira kita automatic akan bertukar menjadi sedihkan? Disitu kita dapat lipat perubahan emosi dari posisebut tif ke negetif.

Contoh yang kedua pula jika kita dipaksa untuk berjogging setiap pagi. Tentunya kita merasa marah dan tidak menyukai dengan aktiviti tersebut. Namun selepas kita mula sudah biasa dengan keadaan tersebut, kita akan mula menyukainya kerana badan dan otak akan sihat dan cerdas dengan sekaligus.kita boleh kenal pasti emosi negetif dalam diri kita pada mulanya bertukar menjadi emosi yang positif.

Jika kita mengulangi sesuatu pengalaman emosi tersebut, ianya akan meningkatkan kekuatan relative emosi yang berlawanan. Sebagai contoh, jika kita takut akan ketinggian tapi kita dipaksa untuk membuat terjunan sebanyak yang mungkin dari tempat yang tinggi. Pada mulanya kita belum dapat mengawal rasa takut atau fobia kepada ketinggian namun selepas itu, perasaan takut dan fobia itu dapat dikawal sekaligus diatasi.

Sampai  disini jurnal pada kali ini. Moga berjumpa di jurnal yang akan datang. =)

 
NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD
A133398
FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)


No comments:

Post a Comment