Monday 10 January 2011

A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN - TAJUK 2 [STRUKTUR ASAS EMOSI]




Assalamualaikum dan Salam Perpaduan kepada para pengunjung blog Pengurusan Emosi...


Ini adalah kali pertama saya menulis (menaip) jurnal pembelajaran mahupun jurnal suka-suka (yang selalu pelajar buat jurnal kat blog sendiri). Seperti yang anda semua sedia maklum, kami selaku pelajar khusus Pengurusan Emosi, perlu membuat tugasan individu dan bagi pelajar yang memilih untuk membuat jurnal pembelajaran (lerning jurnal), iaitu Tugasan 1B, pelajar harus menghantar (mempostkan) jurnal tersebut selama 5 minggu. Jujur saya katakan sebab utama saya mengambil khusus ini kerana, 1) saya seorang yang sangat panas baran; dan 2) walaupun saya nampak "sweet", saya seorang pendendam. Disebabkan itu, diharap khusus ini dapat memberikan saya lebih banyak ilmu, menjadikan saya seseorang yang lebih positif dan bijak menguruskan emosi saya sendiri.


Serius saya katakan bahawa saya kurang paham kandungan kuliah ini(blur sangat-sangat). Mungkinkah kerana skop khusus untuk teori hendak di kurangkan jadi pembelajaran di "skip", ataupun kerana nota dalam dwi bahasa??? Hurm... Apa-apa pun, saya tekad untuk membuka laptop dan mendownload nota kuliah di spin untuk mengulang kaji kandungan kuliah ini.  

 

Ok, berbalik kepada tajuk kita pada kali ini adalah mengenai "STRUKTUR ASAS EMOSI". Pensyarah Dr. Zamri telah memberikan syarahan beliau mengenai 5 teori iaitu:

 

1.   Darwin's Basic Theory of Emotion

Emosi yang terdiri dari emosi asas seperti takut, meluat, marah dan terkejut yang juga dikenali sebagai primary emotion. Turut dinyatakan oleh Kokoszka, 1993; "Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya". Juga terdapat dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, mimik muka seseorang ketika gembira mahupun sedih, bukannya organ lain). Selain itu juga sebanyak 16 soalan tentang emosi telah diedarkan kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Kebanyakan teorists contohnya Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard and Paul Ekman menyatakan bahawa emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain(gabungan emosi primary akan menghasilkan emosi yang lain). Turut disokong oleh Rolls, 1990; "Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primary".

 

Mengikut teori Darwin, emosi mudah dibaca melalui wajah seseorang. Masih segar lagi ingatan saya mengenai peristiwa sedih saya dikala saya tercampak jauh di negeri orang ketika menjalani PLKN di Kem Cancun, Pasir Mas, Kelantan. Pada hari Jumaat(hari cuti bagi negeri Kelantan), kami dibenarkan mengambil semula "handphone" kami. Sebaik sahaja saya menghidupkan handphone, tertera 1 mesej dari papa(panggilan untuk ayah saya) mengatakan mak(ibu) disyaki menghidap penyakit barah pangkal rahim. Mesej tersenut berbunyi "Kepada anak papa, mak disyaki sakit barah pangkal rahim dan sekarang sedang operation, doakan mak selamat". Sejurus selepas saya membaca mesej tersebut, saya terduduk diatas tar jalan dan menangis. Alhamdulillah mak selamat di bedah dan dibuang rahim.

Kesimpulan dari cerita ini, saya ingin menyatakan mimik muka jelas menyatakan emosi perasaan seseorang samada mereka sedih mahupun gembira.

 

2.  Plutchik's Primary Emotion Theory

Mengikut teori Plutchik, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza: 1) bahasa subjektif - bahasa biasa bagi emosi (takut, gembira dan sedih), 2) bahasa tingkahlaku - apakah tindakan susulan dari emosi yang dirancang (bila sedih akan menangis), dan 3) bahasa fungsian - bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.

  

Sebagai contoh, saya pernah mempunyai sahabat iaitu FIKA. Dikala dia sedih dan sunyi, dia selalu cari saya. Terpaksalah sebab kat ukm ni,ramai yang kurang senang dengan perangai dia. Saya tidak kisah janji dia tidak menyusahkan saya. Pada suatu hari, dia ponteng kelas. Saya pun menegur dia namun kawan dia yang bukan pelajar ukm telah memaki hamun saya kerana menganggu hidup Fika. Kerana amat tidak puas hati, saya pun membalas kata-kata tersebut dan memutuskan hubungan saya dengan FIKA.

Kesimpulannya,      Bahasa subjektif  - emosi marah.

    Bahasa tingkah laku – putuskan hubungan.

    Bahasa fungsian – hidup lebih aman.

 

3.  Tomkin's Facial Feedback Theory

Berdasarkan teori Tomkin, beliau mengatakan "what cause what". Hal tersebut bermaksud emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebut. Contohnya senyum yang membuat emosi gembira timbul pada seseorang.

  

Tetapi tidak semua senyuman mengatakan kita gembira. Sekali lagi kisah ini tentang saya semasa saya di tingkatan 5. Pada ketika itu, saya bersama 3 lagi kawan saya menaiki kereta dari WARTA mahu pulang ke SMK JALAN 3. Silap kami melalui kawasan kilang HITACHI sewaktu para pekerja pulang. Kereta yang dinaiki kami terbabas lalu melanggar pokok dan juga tiang lampu. Kami di bawa ke HOSPITAL SERDANG menaiki ambulan(1st time naik). Macam roller coster pun ada juga. Selepas di "X-RAY" jelas kelihatan tulang CLAVICAL saya patah. Namun begitu, saya hanya mampu tersenyum dan ketawa kerana tidak mahu mak saya menangis.

 

4.  Izard's Innate Facial Expression

Manakala teori daripada Izard pula beranggapan bahawa emosi adalah sesuatu yang semulajadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.


Contoh yang paling sesuai ialah emosi bayi. Pada usia peringkat awal iaitu 2-3 bulan, bayi tidak akan menangis jika dipegang atau di dukung oleh orang yang tidak dikenali. Namun begitu, setelah bayi tersebut meningkat dewasa, mula timbul perasaan takut dan bayi tersebut akan menangis jika di sentuh oleh orang yang tidak dikenali.

 

5. Learning theory

Teori pembelajaran pula bercanggah dengan pendapat Izard dimana teori pembelajaran mengatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.


Seperti video yang telah kami tontoni semasa di kuliah, bayi di awal usia 2-3 bulan tidak takut akan haiwan berbulu seperti tikus. Namun apabila bayi tersebut didedahkan dengan bunyi bising beserta dengan tikus, bayi tersebut mula terkejut apabila umurnya menjelang 4-5 bulan dan mula takut dan menangis jika terjumpa tikus atau pun haiwan yang berbulu.

 

Setelah menaip jurnal ini, saya berasa amat bangga dan sangat teruja kerana berjaya mempelajari kesemua teori-teori tersebut. Saya juga telah dapat membuat rumusan bahawa terdapat empat emosi utama yang menjadi persetujuan antara Plutchik, Tomkin dan Izard iaitu emosi takut, meluat, marah dan terperanjat. Mereka telah menyatakan bahawa empat emosi utama ini adalah tergolong dalam emosi seseorang itu sendiri.


Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment