Monday 10 January 2011

A133880 nur hudawiyah tajuk02 struktur asas emosi

Assalamualiakum w.b.t dan salam sejahtera.
untuk kuliah aku yang ketiga minggu ini,aku pergi  satu kuliah saja,iaitu untuk hari selasa,manakala kuliah hari rabu,aku tidak hadir disebabkan terlebih tidur. huhu. jujur kan. kat sini pun nk tulis.
 okay. ntok kuliah minggu ketiga nie,aku dapat banyak benda. aku belajar pasal struktur asas emosi. yang aku blaja,emosi mengikut asas teori Darwin,emosi terdiri daripada emosi asas,yang die tulis dalam buku The Expression Of Emotion in Man and Animals. Darwin membincangkan pasal ekspresi wajah itu melambang kan emosi seseorang sebab organ muka senang di lihat berbanding organ lain.Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). 1 lagi,emosi primary nie bersifat adaptif. emosi yang wujud adalah gabungan daripada kesemua emosi primari iaitu emosi asas.
 Untuk itu,ada tiga teori emosi asas,yang pertama daripada Plutchick. tak ku kenal sape die nie. maka aku pun google je lah. rupa nya dia nie dah meninggal. huhu. karya beliau yang paling meletup,klasifikasi terhadap emosi manusia.
memag havoc betul la kan. menurut plutchick,emosi pun ada bahasa tersendiri,iaitu bahasa subjektif,bahasa tingkahlaku,dan bahasa fungsian. ape  semua nie?? bahasa subjektif nie adalah bahasa biasa bagi emosi,sebagai contoh emosi takut,gembira,sedih dan sebagainya, bahasa tingkahlaku pulak adalah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang. contohnya,kalau kita gembira,kita akan melompat kegirangan,dan senyum untuk menggambarkan kegembiraan kita tu. yang ketiga adalah bahasa fungsian iaitu bagaimana emosi tersebut berperanan kepada seseorang. sebagai contohnya,emosi gembira akan memberi kesan positif kepada individu tersebut. menurut plutchick,ada 8 reaksi adaptif iaitu takut,meluat,gembira,sedih,mara,terperanjat,menerima dan rasa ingin tahu. ianya juga boleh dilihat melalui 4 kutub berlainan. Selain itu,menurut teori Plutchick,terdapat tiga dimensi emosi iaitu keamatan,kesamaan dan kekutuban. keamatan merujuk kepada kekuatan emosi,kesamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan bagi emosi itu dan kekutuban pula bermaksud kekutuban,contohnya benci vs suka.
 Sturktur asas emosi yang kedua di ambil daripada tomkin,iaitu teori tindakbalas wajah. Secara mudahnya,maklumbalas pada wajah membantu untuk melahirkan emosi. sebagai contoh,senyum akan membuatkan seseorang rasa gembira.untuk membukti kan teori ini,dua kajian talah dilakukan oleh Zajonc dan Hess. Namun begitu,ada kritikan terhadap teori ini iaitu ekspresi wajah seseorang bukanlah ekspresi semulajadi yang ingin digambar kan sebenarnya. tersenyum bukan selalunya bermaksud bahawa kita gembira. I agreed!
 teori ketiga ialah ekspresi wajah semulajadi oleh Izzard.secara ringkasnya,beliau berpendapat  bahawa emosi itu bersifat semulajadi. sebagai contoh,bayi yang baru dilahirkan tersenyum. Senyuman itu bukan selalunya bermaksud bahawa dia gembira,ianya cuma terlahir secara semulajadi. Yang berbeza hanyalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal,bukan bagaimana emosi itu dizahirkan.
 Secara tuntas nya,aku berasa agak kagum dengan teori-teori asas emosi oleh Plutchick,Tomkins dan Izard. Mereka telah memberi dimensi baru bagaimana mendalam nya kesan emosi tehadap seseorang dan aku sangat tertarik dengan ungkapan ' Smiling Does Not Always Means That We Are Happy'. Aku sendiri sebagai contoh selalu tersenyum. Manis kalau aku senyum orang cakap. haha. perasan jap. tapi senyuman je,hati tiada siapa tahu. but,just keep on smiling!!!
~(^_^)'


No comments:

Post a Comment