Tuesday 11 January 2011

A133478 NORAISYAH BT MOHD LJ02

   Alhamdulillah..... Pantas masa berlalu hari demi hari, bertemu juga aku pada minggu kedua kuliah pengurusan emosi. Minggu kedua kuliah pengurusan emosi, kali ini Encik Ahmad Zamri telah mempersembahkan satu slide iaitu tajuk ke 2 yang diberi tajuk khas berkaitan Struktur Asas Emosi. Bila di fikirkan apa pula kaitan dengan kehidupan ku dengan tajuk tersebut. Mungkinkah ia memberi satu perkaitn rapat??

                    Sudah semestinyalah ia mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan dan sekelililng kita. InsyaAllah,akan ku kupas lebih lanjut lagi mengenai perkaitan ini. Di sini aku ingin sebut satu pengalaman yang aku sendiri sehingga sekarang tidak dapat lupakan. Kisah ini mengenai kisah silam aku berkaitan arwah kakakku, anak ke tiga daripada sepuluh orang adik beradik. Semasa berlaku kejadian tersebut umur aku masih 10 tahun,iaitu semasa aku masih di darjah empat dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulai,Melaka. Meskipun, ketika itu aku masih kecil, aku faham situasi yang berlaku. Serta memahami dan masih terpaut lagi ingatan kisah ini pada memori di  fikiran aku. Memang tidak dinafikan jika di ungkit kisah ini, teramat sedih dan tersentuh hatiku. Apabila salah seorang ahli keluargaku menceritakan mengenai arwah kakakku tika masa kami bersama-sama atau duduk menjamu selera bersama, terpancar kesedihan di wajah mereka. Wajah yang terpancar kesedihan itu juga mengaitkan kita tentang "Darwin Basic TOE", yang mengatakan ekpresi wajah melambangkan emosi. Emosi yang terpancar dari celah-celah riak wajah mereka ini tidak boleh lagi di simpan dan seterunya keadaan tersebut menyebabkan mereka mengalirkan air mata berlinangan kerana kesedihan yang teramat. Keadaan ini juga ku kaitkan dengan pembelajaranku mengenai Plutchik's language of emotion yang menyatakan emosi boleh di gambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza. Tiga bahasa tersebut ialah Bahasa Subjektif,Bahasa Tingkahlaku dan Bahasa Fungsian. Ekspresi wajah yang dari awalnya datangnya emosi sedih, ia terus bertindak mengalikan air mata ianya di kaitkan dengan Bahasa yang ke tiga iaitu Bahasa Tingkahlaku.

Juga berkaitan dengan Plutchik's language of emotion.Di mana kesedihan tersebut melambangkan rapatnya atau akrabnya kami terhadap arwah. Dan situasi tersebut dikenalpasti sebagai Bahasa Fungsi yang merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.  Meski pun begitu mungkin kita tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkanarwah kakak ku meninggal dunia?.

                                Ibu aku seorang peniaga di gerai makanan dan minuman bersama abangku. Kedai tersebut yang terletak indah di tepian pantai, di mana lokasinya adalah di Pulau Besar Melaka. Kedai tersebut adalah peninggalan arwah ayahku, yang telah mewasiatkan kepada ibuku. Ayahku meninggal dunia pada umurku masih muda iaitu semasa berumur 2 tahun, yang masih tidak faham apa-apa lagi ketika itu.Mungkin sebab itu, memori tentang ayahku sangat tipis, dan tidak banyak tersimpan kenangan bersama berbanding arwah kakakku. Namun, aku pernah melihat wajah ayahku hanya di dalam gambar. Masa hidup ayahku hanya dapat ku gambarkan tika ibuku menceritakan kisah beliau. Akan tetapi,doa ku terhadap beliau tidak pernah putus sehingga akhir nafasku walaupun aku tidak sempat menagih kasih sayangnya semasa hidupnya,insyaAllah..! Ada hikmah Allah telah sediakan untukku, kerana Dia lebih mengetahui.

 Berbalik kepada kisah kakakku. Kakakku adalah pelajar lepasan SPM ketika itu, dan sedang menunggu untuk kemsukan ke UITM. Sedang masih menunggu untuk kemasukan tersebut,Beliau bertekad untuk bekerja. Beliau bekerja di sebuah restoran di Pulau Besar Melaka, dimana sama lokasi ibuku berniaga makanan dan minuman tetapi berlainan tempat. Jarak tersebut lebih kurang 2 km antara restoran dan kedai ibuku.

Pada petang sabtu sebelum tiba hari seterusnya iaitu hari ahad, arwah kakakku sempat bertemu ibuku di kedai ibuku. Pada waktu tersebut, tidak terlihat memek wajah yang janggal dari arwah. Arwah sempat tersenyum manis dan berbual kosong bersama ibuku. Perbualan tersebut idak dapat aku ikuti selanjutnya dan aku kurang pasti apa selepas itu terjadi. Tapi yang pasti, sebelah malamnya, yang aku tahu kakakku telah pulang ke rumah. Manakala aku,ibu dan abang ku tinggal di kedai ibuku,kerana di situ tersedia tempat kami untuk menginap. Itu sudah menjadi rutin ibuku. Kerana pada hari sabtu ibuku akan tidur di situ. Tidak sangka pertemuan ibu dan kakakku pada petang sabtu tersebut adalah kali terakhir untuknya.

Pada hari ahad berikutnya, siang hari ibuku menjalankan rutin haian seperti biasa untuk berniaga. Pada malamnya pula, sedang ibu sibuk memasak di dapur, ada salah seorang dari pekerja di situ hadir dan memberitahu bahawa ada bot karam atau tenggelam yang bilamana kami dapat tahu antara orang yang terlibat dalam bot karam tersebut adalah kakakku. Subhannallah………..Tidak dapat ku bayangkkan betapa hancur berderai hati  yang teramat sangat, sedih, takut dari riak wajah ibu. Tika ini Pluchik's dimension emosion berfungsi dimana salah satu komponen iaitu similarity yang merujuk kepada hubungan perkaitan takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira.

Ibu melafazkan kalimah-kalimah Allah bagi menenagkan hatinya bersama perasaan risau yang teramat.Di sini Izard's Innate facial expression berfungsi bagaimana emosi itu di alami dan di kawal, bukan pada bagaimana emosi itu di zahirkan. Kemudian kami tunggu khabar berita tersebut. Agak lama juga kami menunngu sedang ibu  yang kegelisahan tidak dapat menahan takut dan sedih. Rasa ibu, ingin saja dia yang pergi ke sana untuk tahu keadaanya. Tapi, dihalang abangku. Sungguh waktu itu menyayat hati kami sekeluarga. Pada waktu pagi lebih kurang jam 3 pagi kami di sahkan bahawa bot yang karam tersebut telah di naikki kakakku. Dan bot tersebut telah tenggelam habis di dasar laut. Dan pada waktu tersebut, polis sibuk mencari mangsa-mangsa lemas.Namun, arwah kakakku masih tidak jumpa pada jam 3 tersebut. Tika itu, tidak dapat dikatakan perasaan ibuku. Subhannallah, ya Allah berilah ketenangan kepadaya. Itu sahaja yang dapat ku ungkapkan. Bagaikan lautan telah terbina dari titisan air mata ibuku. Hanya Allah sahaja tahu tahap kesedihan ibuku pada waktu itu. Keadaan ini ku kaitkan dengan dimensi emosi iaitu intensity yang merujuk darjah kekuatan emosi dari suram kepada sedih teramat.

Jam menunjukkan pukul 7 pagi……Kami baru di beritakan  bahawa polis telah jumpa mayat kakaku yang terdampar di pantai Merlimau, iaitu 15 minit dari rumahku. Aku,abang dan ibuku bergegas menaikki bot pulang ke rumah. Setibanya  di rumah, ramai orang telah mengelilingi.Dan kami menuggu jenazah arwah kakaku untuk di semadikan. Dalam keadaan tersebut, ibuku dalam pilu yang teramat, layu dan terkulai melihat jenazah kakakku. Di dalam situasi tersebut, The Biologocal View berfungsi di mana Plutchik's menyatakan ''emotions are directed expression of genetic potentials of an individual, learning acts to modify them''.Ibuku meratap lama wajah arwah kakakku yang telah lengkap dalam lipatan kain putih. Sungguh-sungguh pemergian itu satu keperitan buat ibuku.Akan tetapi ibu masih dapat terima dan redha dengan kejadian tersebut.Selepas di tenangkan oleh abang dan kakak ku yang lain.

Setakat ini kisah ku ingin sampaikan.InsyaAllah, akan ku kongsikan kisah dan pengalaman di minggu-minggu  yang akan datang..

Moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya…buat saudara dan saudari yang membaca kisah ini. 

Sekian Terima kasih.


No comments:

Post a Comment