Thursday 13 January 2011

A128608 HAZWANI MOHAMAD TAJUK 3 PEMBELAJARAN EMOSI POSITIF SAYA

Pada 11 Januari 2011, perkara tentang emosi positif telah saya pelajari. Tajuk ini sangat menarik perhatian saya. Apabila terdengar tajuk tentang 'emosi positif' di dalam pemikiran saya telah terbayang perkara-perkara yang menggembirakan, membahagiakan, perkara yang membuat kita tersenyum atau ketawa dan perkara yang membuat kita merasai kasih sayang.

Kebahagiaan. Apakah erti bagi sebuah kebahagiaan? Hanya sepatah perkataan tetapi sangat memberi maksud yang mendalam. Kebahagiaan bermaksud satu keadaan emosi yang bercirikan emosi-emosi seperti keseronokan, kegembiraan dan kepuasan hati. Adakah kebahagiaan sama ertinya dengan kegembiraan? Pada pendapat saya kegembiraan dan kebahagiaan bukanlah dua perkataan yang berbeza ejaannya yang berkongsi makna yang sama. Bagi saya, kebahgiaan dan kegembiraan adalah dua emosi yang berbeza. Seperti yang kita maklum tentang definisi kebahagiaan tadi, kegembiraan adalah salah satu ciri emosi yang mendatangkan emosi lain iaitu kebahagiaan. Justeru itu, kebahagiaan tidak sama ertinya dengan kegembiraan. Kegembiraan masih mempunyai maksudnya yang tersendiri. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat, kegembiraan bermaksud keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian, sangat suka, sangat girang, dan besar hati.

Setiap isu semestinya ada kajian dan pendapat daripada ahli falsafah. Begitu juga dengan isu mengenai 'emosi positif'. Terdapat empat pendapat ahli falsafah tentang kegembiraan dan kebahagiaan.

Pendapat Aristotle tetang kegembiraan ialah hasil kepada pencariaan kearah keseronokan.

Pendapat Plato pula mengatakan bahawa punca kebahagiaan ialah kehidupan yang baik dan mulia.

Manakala pendapat Epicuran tentang definisi kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan.

Bagi pendapat Mills pula, kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkahlaku kita.

Di antara keempat-empat pendapat tersebut, saya lebih bersetuju dengan pendapat Aristotle.

'kegembiraan ialah hasil kepada pencariaan kearah keseronokan'

Hal ini dapat dijelaskan bahawa setiap manusia di atas muka bumi ini akan merasai dan mengalami emosi kegembiraan itu apabila melakukan sesuatu yang mereka suka. Contohnya seorang kanak-kanak sekiranya dipaksa untuk belajar atau membaca, mereka tidak akan merasa gembira bahkan mereka akan memberontak kerana perkara itu bukan kegemaran mereka. Akan tetapi, sekiranya dia dibenarkan untuk bermain atau menonton televisyen tanpa gangguan, itu akan mendatangkan kegembiraan pada diri mereka.

Terdapat kajian yang mengatakan bahawa:

'orang yang bahagia lebih pandai dalam menyesuaikan diri dan orang yang pandai dalam menyesuaikan diri adalah lebih baik dalam mengatasi masalah'

Sejauh manakah kebenaran tersebut? Saya teringat tentang kenalan lama saya yang paling rapat sewaktu di sekolah menengah. Teman saya adalah seorang yang sentiasa murah dengan senyuman, selalu ketawa dan suka berjenaka. Jarang sekali saya dengar dia mengeluh tentang apa-apa masalah samada kewangan, peribadi, keluarga atau sebagainya kerana saya melihat keadaan kehidupannya teratur dengan sempurna. Dia juga seorang yang peramah. Di mana sahaja dia berada dia mampu berkomunikasi dengan orang asing yang baru dikenali walaupun tidak sampai 15 minit mengenali orang tersebut. Tidak kira di dalam bas atau kereta api, pusat membeli belah, warung, ataupun pusat rekreasi dan juga tidak kira umur samada kanak-kanak, orang tua ataupun remaja. Melalui sikap peramahnya jugalah kami berkawan baik kerana dia adalah pelajar baru di sekolah kami, manakala saya pelajar lama di sekolah tersebut tetapi sikap dia telah mencuri hati saya untuk menjadi kawan baiknya sehingga kini.

Formula untuk kebahagiaan ialah kebahagiaan = jangka masa panjang + jangka masa pendek.

Jangka masa panjang ialah perkara yang kita alami sejak kecil yang membawa kebahagiaan sehingga dewasa dan kini. Contohnya ialah kebahagiaan keluarga yang tidak pernah berhenti dicurahkan kasih sayang sesame ahli keluarga. Manakala jangka masa pendek adalah perkara yang berlaku yang memeberikan kita kebahagiaan sementara iaitu contohnya apabila kita menonton cerita yang lawak, kita akan ketawa dan gembira tapi keadaan itu hanya dapat dirasai untuk beberapa minit.

Oleh itu resepi untuk mendapat kebahagiaan ialah mempunyai kenangan dan kehidupan yang menggembirakan dengan diri sendiri dan juga orang sekeliling.


No comments:

Post a Comment