Friday 31 December 2010

Fw: A134166NOORHASNIYAHLJ01



----- Forwarded Message ----
From: Hass Noor <petite_gurlz91@yahoo.com>
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com
Cc: 2253@yahoo.com
Sent: Fri, December 31, 2010 8:56:04 PM
Subject: A134166NOORHASNIYAHJL01

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada hari ini saya telah mempelajari satu kursus yang baru di universiti iaitu Pengurusan Emosi yang mana sebelum ini tidak pernah lagi diajar secara terperinci dan mendalam sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di matrikulasi. Saya akui sememangnya saya amat meminati bahan bacaan yang berkaitan tentang emosi. Tidak dinafikan juga saya seorang yang emotional dan mudah mengalirkan air mata. Justeru apabila saya mendapat tahu mengenai kursus "pengurusan emosi" ini tersenarai di dalam unit tambahan U2, saya merasa amat gembira sekali. Tanpa memikir panjang, saya dengan yakinnya memilih kursus pengurusan emosi sebagai unit tambahan U2 sebagai pilihan pada sem ini.

           

            Sebelum masuk ke kuliah pertama pengurusan emosi, saya sendiri tertanya-tanya dan kurang jelas apa yang dimaksudkan dengan perkataan emosi itu sendiri. Jadi bagi memahami apa itu emosi, saya melayari internet dengan menggunakan google search. Definisi emosi ini adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi). Merujuk internet dan menghadiri kuliah pertama Encik Ahmad Zamri b. Mansor iaitu pensyarah kursus ini membuatkan saya lebih lagi memahami tentang emosi diri sendiri dan dengan sebab ini membuatkan juga saya lebih bersemangat untuk mengikuti kuliah-kuliah yang akan datang. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), "emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors mediated by neural hormonal system", which can give to affective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour.

 

            Mengimbau kembali pengalaman yang pernah terjadi pada diri saya dua tahun yang lalu yang mana sewaktu itu saya berumur 17 tahun. Saya pulang dari sekolah dengan menaiki bas. Apabila tiba di perhentian bas yang berdekatan dengan rumah saya, saya dapati ibu saya belum tiba. Kebiasaannya memang ibu saya akan mengambil saya di perhentian bas itu. Jadi saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja kerana jarak perhentian bas dengan rumah saya hanya mengambil masa dalam lima minit jika berjalan kaki. Ketika berjalan tiba-tiba saya dapati ada sebuah kereta mengekori langkah kaki saya. Saya menjadi cemas dan tidak henti-henti berdoa agar Tuhan selamatkan saya. Saat itu juga terasa lajunya peluh keluar dari badan saya. Apabila pemilik kereta itu keluar dari keretanya dan lantas menekup mulut saya dari arah belakang, saya dengan beraninya mengigit tangannya dan menjerit meminta tolong. Kebetulan pada waktu itu ada sebuah motosikal, jadi saya terselamat menjadi mangsanya. Bagi saya kejadian yang terjadi kepada saya cukup memenuhi keempat-empat faktor yang penting iaitu "effective experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour". Kadang-kadang apabila menghadapi emosi seperti ini, seseorang yang takut boleh bertindak menjadi berani.

 

            Berbalik kepada pembelajaran dalam kuliah, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Emosi bersifat universal manakala perasaan adalah respon yang dipelajari tentang sebuah keadaan emosi dalam lingkungan atau kebudayaan tertentu. Oleh itu, emosi lebih mempengaruhi mood seseorang. Pelbagai emosi dan perasaan telah Allah kurniakan kepada manusia. Tidak seorang pun terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Jadi sebagai manusia, kita harus pandai mengawal emosi tersebut. Sebelum mengakhiri penulisan saya, ingin sekali lagi saya nyatakan bahawa saya amat beruntung dapat mendaftar di bawah kursus ini. Kursus pengurusan emosi ini memang amat serasi dengan jiwa saya. Saya berharap segala pembelajaran saya di dalam kuliah pengurusan emosi ini dapat dikongsi juga bersama rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga saya.

 

Sekian, Wassalam......



No comments:

Post a Comment