Saturday 1 January 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ01 Bermulanya Disini..

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,di sinilah segala coretanku bermula pada tanggal 28.12.2010 saya telah menerima kuliah pertama saya di dalam kursus ini iaitu pengurusan masa.Saya begitu teruja sekali untuk mendengar kuliah pertama ini,al maklumlah bagi saya kos ini pada mulanya macam hal yang remeh temeh iaitu berkaitan dengan emosi tetapi sangkaan saya meleset.Emosi sangat penting dan ia merupakan sesuatu yang lumrah yang di lalui oleh setiap insan yang berada di muka bumi ini.Bagi saya kursus ini merupakan kursus yang mencabar dan memerlukan fokus yang tinggi untuk memahaminya.Walaubagaimanapun saya menganggap ia merupakan sesuatu keperluan untuk mempelajari kursus ini.Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menggucap ribuan terima kasih kepada En zamri kerana mengajar saya dalam kursus ini.

    Pada mulanya saya menganggap emosi adalah perasaan tetapi pandangan saya silap.Perasaan hanyalah sebahagian daripada emosi dan emosi merupakan skop yang lebih besar untuk ditafsirkan.Menurut Boron & Logan 1993,menyatakan emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi serta sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.selain itu,menurut Kleinginna & Kleinginna(1981),emosi dapat diklasifikasikan sebagai satu set yang kompleks,dimana wujud interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif yang diterjemah oleh sistem saraf hormon.Emosi mempunyai empat komponen di dalam nya iaitu pengalaman perasaan,proses kognitif,perubahan fisilogi dan tingkahlaku berkaitan.
   
    Sebagai contah nya pengalaman saya sendiri ketika ular memasuki bilik saya,ketika peristiwa ini berlaku umur saya baru 7 tahun tetapi masih segar dalam ingatan,Pada suatu malam saya tidur di bilik bersama dengan adik lelaki saya yang muda 2 tahun dari saya.ketika sedang nyenyak tidur tiba-tiba saya terjaga kerana saya terdengar bunyi plastik.Saya sangkakan bunyi anak kucing saya yang tengah main tetapi baru saya teringat bahawa kesemua kucing saya sudah di bawa keluar.saya bertambah takut dan gementar[pengalaman perasaan],saya berpura pura tidur untuk mengetahui benda itu.Tiba-tiba saya terasa sesuatu yang berjalar di kaki saya dan benda itu sejuk.Saya mencelik sedikit mata saya untuk melihat nya,alangkah terkejut nya saya seekor ular telah berada di katil saya dan sedang menghampiri adik saya yang masih tidur.Apa yang perlu saya buat ialah melarikan diri dan beritahu kepada ayah saya[proses kognitif].Saya mula berasa berpeluh dan dengupan nadi saya bertambah laju[perubahan fisiologi].Saya menungu peluang ular itu pergi jauh dari saya,setelah mendapat peluang itu saya terus melarikan diri ke bilik ayah saya dan memaklumkan nya.Ayah saya terkejut dan terus bangun untuk mendapatkan batang buluh dan seterusnya pergi membunuh ular tersebut[tingkahlaku]

    sekian coretan kali ini...

No comments:

Post a Comment