Friday 31 December 2010

A133478NORAISYAHMOHDLJ01

                    Assalammua'laikum.wbt..alhamdulillah, setelah 2 minggu kuliah bermula pada semester 2 ini.Teruja untuk memperkatakan yang saya telah memilih kursus pengurusan emosi di bawa Encik Ahmad Zamri Bin Mansor. Ini kerana, pada awalnya, saya tidak tertarik dengan kursus pengurusan emosi ini. Namun, selepas melihat isi kandungan kursus ini, seterusnya membuatkan sangat menarik minat saya untuk mempelajarinya. Daripada awal kursus ini, saya telah didedahkan tajuk-tajuk yang menarik serta bagi saya kusus ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu dalam sesuatu kajian atau kaitan dalam hidup seseorang. Oleh itu,  tanpa berfikir panjang saya berminat untuk menimba ilmu dalam kursus ini dengan lebih mendalam lagi. Harap dalam pembelajaran seterusnya, akan dapat saya menimbanya dengan lebih banyak lagi untuk dipraktikkan dalam hidup terutamanya dari sudut emosi.

            Berikut dari kuliah pertama dalam kursus ini, saya telah diberitahu atau didedahkan mengenai pengenalan mengenai emosi. Semasa mulanya kuliah tersebut, Encik Ahman Zamri telah memberi satu persoalan yang mungkin diri dari setiap kita akan terkaku atau tidak pasti dan tidak yakin terhadap jawapan yang akan diberi. Bagi saya, soalan ini pernah juga terdetik di hati saya, tetapi tidak pernah untuk saya mencari lebih dari itu iaitu untuk mencari jawapanya yang tepat dan hanya tahu untuk meneka sahaja. Walaubagaimanapun, dalam pembelajaran kuliah pertama ini, soalan yang pernah terdetik di hati saya di kala dahulu, merungkai sedikit jawapan dan respon daripada hasil pembelajaran dalam kursus pengurursan emosi ini. Persoalan yang dipersoalkan adalah, adakah emosi dan perasaan itu berbeza?.Saya akan mengulas lanjut persoalan ini selepas memberi penerangan apa yang dimaksudkan serta didefinisikan  dengan "emosi".

            Emosi? Apa pula yang dimaksudkan dengan emosi? dalam pmbelajaran tersebut, perkataan "emosi" telah didefinisikan seperti : Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal system'', which can give to affective to experience, generate cognitive process, physiological adjustment and behaviour . Ini bermaksud emosi adalah satu set komplex dari interaksi diantara faktor-faktor objektif dan subjektif, dimediasi oleh Sistem Hormon Neural, yang memberikan afektif terhadap pengalaman, menghasilkan proses kognitif, penyesuaian fisiologi dan kelakuan. Dalam erti kata lain, 'emosi' juga bermaksud perasaan mendedahkan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi juga adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian serta ditunjukkan ketika merasa senang atau gembira, marah, atau pun takut terhadap sesuatu. Dari segi istilahnya pula , Kata "emosi" diturunkan dari kata Bahasa Perancis. Dari segi istilahnya, émotion, dari émouvoir, 'kegembiraan' dari bahasa latin emovere, dan dari movere  'bergerak'. Kebanyakan ahli yakin bahawa emosi lebih cepat berlalu daripada suasana hati. Contohnya, jika seseorang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain, seseorang itu akan merasa marah. Perasaan yang terlihat seperti marah tersebut mungkin datang dan pergi dengan terlalu pantas tetapi ketika sedang dalam suasana hati yang buruk, seseorang dapat merasa tidak selesa atau tenang untuk beberapa jam. 

                    Setelah penerangan emosi dijelaskan kita kembali pada persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, yang menyatakan adakah emosi dan perasaan itu sama?. Hasil pembelajaran saya pada awal tajuk ini, menunjukkan bahawa emosi dan persaan itu adalah sama sekali  berbeza, ini kerana perasaan itu sendiri adalah salah satu daripada komponen emosi. Maksud atau konsep emosi itu lebih besar ruang lingkupnya berbanding perasaan. Oleh itu, kita harus menukar "mind set' kita bahawa perasaan itu adalah tidak sama degan emosi. Dalam mengaitkan pengalaman hidup berkenaan emosi dalam hidup. Saya tertarik pada satu kisah yang baru saya menelaahnya pada minngu lepas mengenai artikel bertajuk '' kehebatan perkataan 'Tolong' dan ' Terima Kasih' ". Artikel tersebut sedikit sebanyak memberi  motivasi dalam diri saya dan juga pengajaran yang bermakna buat saya. Kisah dalam artikel tersebut mengenai perbualan penulis tersebut dengan seorang sisiwi (orang New zealand), seperti biasa bila dikata orang New Zealand, mestilah berbahasa pun dalam Bahasa English.

 Perbualan tersebut bermula apabila penulis dan siswi tersebut sekali masuk bersama-sama. Dalam ketika kedua-dua mereka ingin menekan  tingkat yang ingin dituju, siswi itu pun meminta dengan berkata,
 "Can you press for me level 7....please", pinta siswi tersebut.
 "sure", penulis membalas, sambil jari menekan butang di lif. "
"Cheers!" Siswi membalas.

 Dalam kejadian lain.

"Excuse me, can you take that for me..please"Pinta seorang makcik.
"Which one? This one?" sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"yup, thank you so much, my love" Oh, hati berbunga kerana di panggil 'love'!
Penulis menyatakan betapa dia merasa gembira dengan perbualan tersebut walaupun dalam waktu yang singkat. Disini, kita boleh melihat di mana kelakuan seseorang itu juga bleh memberi kesan kepada yang lain. yamg melibatkan hati seseorang itu tersentuh. Kaitan dengan konsep yang saya pelajari seperti "behaviour"

                     Dalam perbualan tersebut memprlihatkan satu perlakuan atau tindakan seseorang itu juga boleh membuatkan perasaan atau air muka seseorang berubah. Tambahan lain, kisah yang menarik yang ingin saya kongsikan ini adalah berkaitan teman rapat saya. Dia pernah menceritakan pengalamanya semasa dia mengalami kemalangan jalan raya. Sungguh saya tidak paham pada awalnya kenapa dia masih boleh tersenyum ketika menceritakannya. Namun, pada masa itu perasaan yang hadir sudah tentulah sedih dan suram. Kisahnya berlaku apabila dia, adik dan ayahnya menaiki motor menuju suatu tempat. Malangmya, mereka di langgar van seterusnya ketiga-tiga mereka tercampak menyebabkan mereka mengalami luka tangan dan kaki. Tetapi, tidak lah terlalu parah sehinnga terpaksa masuk hospital. Tambah malangya, pemandu yang membawa van terus meneruskan panduannya dan meninggalkan mereka yang cedera ringan di situ. Kata orang "Langgar lari" katakan. Jika kita yang mengalaminya, sudah semesti terpaut perasaan marah, geram  dan bermacam-macam lagi perasaan negatif akan timbul di benak dada ni. Tetapi, dengan tidak di sangka, pemandu van tersebut datang kembali di tempat kejadian tersebut kerana ingin meminta maaf. Padahal, pada awalnya niat, ingin langgar lari kerana takut di persoalkan polis. Disebabkan niatnya untuk membuat begitu terbatal, pemandu tersebut berniat untuk menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

                    Timbul pula masalah, apabila teman saya yang kecederaan di kaki, enggan menerima tawaran pemandu tersebut hanya kerana pemandu itu telah melanggarnya dan teman saya terus menggelarnya "orang jahat".Lucu saya dengar ceritanya, manakan tidak kejadian ini berlaku ketika dia masih kecil lagi. Sudah semestinya pemikiran pun tidak matang lagi. Simpati terhadap pamandu van tersebut, dalam kekalutan orang ramai di situ di tuduh pula "orang jahat". Akhirnya, teman saya terpaksa akur dengan tawaran untuk rawatan tersebut selepas mendengar nasihat daripada ayahnya. Di sini kita boleh katakan bahawa perasaan seseorang itu tidak selalunya boleh kita jangka. Melalui kuliah berkaitan pengenalan emosi. Kaitan antara kisah tadi dapat kita kaitkan ke dalam ke empat-empat faktor tersebut. Pertama adalah faktor "perasaan" kenyataan perasaan teman saya merasa takut kerana kelihatan van yang sedang manghampirinya, selepas itu "proses kognitif"  dimana dia mengenalpasti keadaan dia yang akan berlaku selapas itu. Seterusnya berlaku "perubahan fisiologi" , jantungya berdegup kencang kerana ketakutan, dan terakhir adalah "tindakan berkaitan" di mana dia menjerit sekuat hati dan jatuh dari motornya.

            Kesimpulannya, hasil pembelajaran minggu ini, sedikit sebanyak membuka minda saya mengenai apa yang di maksudkan dalam erti kata "emosi" . Kerana ianya bukan sekadar kata-kata tetapi mendalam maknanya jika kita lihat dari sudut komponen-komponenya. Sekian sahaja maklumat dan kisah yang saya kongsikan, insyaAllah pembelajaran seterusnya akan saya cuba kupas lebih lanjut lagi mengenai kursus ini dan tajuk-tajuk yang akan di pelajari.
sekian terima kasih.




No comments:

Post a Comment