Sunday 3 October 2010

Aeyshah Abg Kassim A132202 LJ10

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca blog zt2253 sekalian.Pada 29 September pada hari khamis tersebut,kami telah mengikuti kelas pengurusan emosi seperti biasa di bangunan fakulti sains sosial dan kemanusiaan bertempat di tingkat 5 bilik 3A510.Pada hari tersebut,kami mempelajari tajuk kebijaksanaan emosi ataupun Emotional Intelligence, "all emotions are, in essence, impulses to act". Ini bererti yang emosi kita adalah pendorong untuk kita mengambil tindakan seterusnya.  Perkara ini dapat dilihat dengan hasil ekspresi muka manusia yang berbagai-bagai. Pada kuliah minngu ini sangat menarik perhatian saya kerana kami diberi kuiz untuk memastikan mimik muka yang dipaparkan di skrin.Pada mulanya saya menganggap kuiz ini agak mudah tetapi saya mendapatinya agak sukar.Pada kuiz pertama saya dapat mengenalpasti mimik muka dengan tepat tetapi setelah ujian kedua saya tidak dapat mengagak dan memastikan apakah mimik muka yang digambarkan samaada marah,sedih,gembira dan sebagainya.Ujian ini akan membantu kami untuk memahami lebih mendalam tentang.Contoh eksperisi muka adalah apabila seseorang itu terkejut atau mengalami emosi 'surprised', keningnya akan terangkat dan matanya akan menjadi besar, hal ini adalah agar dia dapat meluaskan skop penglihatannya dengan membenarkan lebih banyak cahaya memasuki retinanya. Dengan begini, badan seseorang itu telah betindak secara impuls untuk menyediakan dirinya akan apa yang akan datang. Begitu juga dengan apabila dilanda perasaan geli, menyampah atau 'disgusted', bibir atas akan tersimpul ke tepi dan hidung disengetkan sebagai langkah menahan diri dari ketidak selesaan yang dihadapi.Kebijaksanaan emosi merujuk kepada kebijaksanaan seseorang mengawal emosi. Menurut Salovey & Mayer 1990, kebijaksanaan emosi adalah kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain,selain mengenalpasti emosi tersebut dan menggunakan informasi ini untuk memandu pemikiran dan tindakan seseorang.        

Menurut Totterdell pengurusan emosi bermaksud bagaimana seseorang individu itu menguruskan emosi mereka dan apakah tindakan yang mereka ambil serta adakah emosi mereka mempengaruhi individu yang lain.Selain itu,emosi sangat berkait rapat dengan mimik muka.Apabila kita marah mimik muka akan mengambarkan perasaan marah itu..Emosi juga memainkan peranan dalam memastikan kekuatan seseorang individu terhadap satu perkara.Jika kita kaitkan satu perkara itu dengan emosi,maka ingatan kita mengenai peristiwa tersebut akan lebih lama.Emosi juga sering dikaitkan dengan wanita.Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkara ini adalah fakta kerna wanita dan lelaki mempunyai cara berfikir dan cara mengawal emosi yang berbeza.

Konsep Kebijaksanaan Emosi diperkenalkan oleh Daniel Goleman yang membahagikan pengukuran konsep ini kepada 4 bahagian, iaitu kesedaran diri ,pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan.Kesedaran diri merupakan kebolehan diri untuk membaca emosi seseorang dan menyedari akibat pencetusan emosi itu di samping menggunakan perasaan tersebut untuk membimbing diri dalam membuat keputusan. Pengurusan diri bermaksud kebolehan mengawal emosi dan tindak balas diri serta menyesuaikan diri dengan perubahan sekeliling..ia pula melibatkan mengawal emosi seseorang dan menyesuaikannya mengikut keadaan semasa.Mata kita yang boleh menyesuaikan diri .Seterusnya kesedaran social iaitu kebolehan   ,memahami dan bertindak mengikut emosi orang lain semasa bersosial. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah empathy iaitu meletakkan diri kita dalam situasi seseorang. Pengurusan hubungan pula adalah kebolehan untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi dan mencetus idea orang lain semasa mengawal sesuatu keadaan.

Sungguhpun pengurusan emosi adalah keadaan yang biasa, terdapat sesetengah orang yang menghadapi masalah 'alexithymia' atau kekosongan emosi. Mereka tidak tahu apakah emosi yang sedang dialami diri dan tidak dapat menunjukkan emosi diri. Contohnya, seorang yang menghadapi masalah kekosongan emosi mungkin tidak terasa apa-apa apabila bertembung dengan penjenayah kerana tidak terasa takut. Oleh itu, masalah 'alexithymia' ini Boleh mendatangkan bahaya kepada kepada orang tersebut kerana individu tersebut tidak mempunyai perasaan takut terhadap sesuatu yang merbahaya.Selain itu,misalnya seseorang yang tidak mempunyai perasaan sedih tentang sesuatu kejadian yang menyayat hati seperti kekematian dan sebagainya.Mereka menganggap bahawa kejadian tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap mereka.

Tuntasnya,kebijaksanaan emosi amat penting bagi setiap individu.

 

 


No comments:

Post a Comment