Sunday 3 October 2010

A129839 NADIRAH LJ10

Salamualaikum dan salam sejahtera..ini merupakan  journal  yang  kesepuluh bagi subjek pengurusan emosi. Pada kali ini kuliah yang disampaikan oleh En Zamri adalah berkenaan dengan kebijaksanaan emosi Pada permulaan kuliah , kami ditunjukkan beberapa ekspresi muka untuk dikenalpasti emosi pemilik wajah tersebut, dan pada awalnya mudah untuk mengenalnya namun ia semakin sukar apabila kami tidak dapat membacanya melalui ekspresi yang ditonjolkan. Kebijaksanaan emosi adalah cara seseorang mengawal emosi yng dimiliki. Menurut Salovey dan Mayer,  kebijaksanaan emosi adalah kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain,dan  mengenalpasti emosi tersebut dan menggunakan maklumat  tersebut  bagi  mengawal  pemikiran dan tindakan seseorang. Ia bukan sahaja mengawal diri sendiri namun ia juga mampu mengawal orang disekeliling, Ia agak hebat didengari.

Sesungguhnya kita semua telah maklum dan memiliki maklumat tentang emosi berdasarkan apa yang telah dipelajari semasa mengikuti kelas pengurusan emosi selama 10 minggu . Emosi juga lebih dikaitkan dengan wanita berbanding lelaki.Dalam mengurus emosi terdapat kemampuan  yang perlu ada dalam diri seseorang antaranya ; Perceiving emotions (Mengenalpasti emosi)Using emotions (Menggunakan emosi) Understanding emotions (Memahami emosi)Managing emotions (Mengurus emosi). Walaupun begitu terdapat juga golongan yang mengalami Alexithymia (Gejala kekosongan emosi) dan antara tandanya adalah, Tidak tahu perasaan yang sedang dialami dan mereka meluahkan secara terbuka akan  emosi yang dialami dan dirasai malah mereka tidak memiliki perasaan marah, suka, dan sedih dan jarang menangis.

 

Di dalam slaid juga ada memaparkan beberapa cara untuk meredakan rasa marah yang diambil dari buku tulisan Lynette J. Hoy (2005) dan antarnya adalah; kita perlu menyiasat apa yang berlaku , bagaimana perasaan kita dan apa keputusannya serta kenangkan kembali waktu-waktu  dulu sewaktu kita berjaya mengawal kemarahan. Selain itu , menengkan diri, bermeditasi, berdoa dan menjauhi mereka-mereka yang menaikkan kemarahan juga antara solusinya. Juga perlu menjauhi terlalu ambil banyak kafien,mulakan hari dengan berekreaksi serta kita perlu belajar berkomunikasi dengan assertif dan yang paling penting belajar untuk memaafkan orang lain , kerana tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

 

Dalam mengawal emosi setiap  individu mempunyai metode tersendiri dan efektif serta bersesuaian dengan kondisi diri, dan adakalanya solusi yang berjaya digunakan oleh individu lain belum tentu berjaya digunakan oleh kita. Saya ingin berkongsi beberapa  tips mengawal kemarahan menurut Islam yang di dapati melalui buku yang bertajuk Membentuk Jati Diri Remaja iaitu kita perlu mengingati Allah dan Rasulullah tidak suka pemarah dan pelampau serta menyedari ganjaran mengawal marah, dan banyak lagi namun yang paling utama adalah fikirkan bahawa kemarahan Allah adalah lebih hebat berbanding hambanya. Di bawah ini terdapat beberapa hadis yang mungkin dapat membantu kita dalam mangawal marah.

 

 Jika sedang marah, duduklah, Jika sedang duduk, baringlah: "Jika salah seorang dari kalian marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk agar marah hilang darinya. Jika tidak hendaklah dia baring." Sunan Abu Daud,

Jika sedang bercakap, maka diamlah: "Jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia diam." Musnad Ahmad

Mengambil wudhu': "Sesungguhnya marah berasal dari syaitan dan syaitan berasal dari api. Sesungguhnya api itu dipadam dengan air. Oleh kerana itu jika salah seorang dari kalian marah, hendaklah dia berwudhu'."   Abu Daud,

Sekian.


No comments:

Post a Comment