Sunday 3 October 2010

A127214 habibah LJ10

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog Pengurusan Emosi. Kuliah pada kali ini mendedahkan saya kepada Kebijaksanaan Emosi. Kuliah pada kali ini juga sangat menarik perhatian saya. Permulaan kuliah, kami didedahkan dengan pelbagai mimik muka untuk ditafsirkan. Tidak kurang daripada itu juga, kami dipertontonkan agaimana robot juga dapat mengawal dan menunjukkan emosi yang sedang dia alami. Begitu canggih teknologi masa kini. Kebijaksaan emosi sangat perlu dalam kehidupan kita bermasyarakat. Tanpa pengawalan emosi yang bijak, kita mungkin tidak dapat menyesuaikan emosi dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa.

Kebijaksanaan emosi membawa maksud kepada kebijaksanaan seseorang itu dalam mengawal emosi yang beliau hadapi. Manakala jika menurut Slovey & Mayer 1990, ia mentafsirkan kebijaksanaan emosi adalah kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, disamping dapat mengenalpasti emosi tersebut dan menggunakan informasi ini untuk mengawal pemikiran dan tindakan seseorang itu.  Objektif pembelajaran dalam kuliah ini ialah untuk memahami makna pengurusab emosi, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi mengurus emosi, memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan & kematangan emosi dan memahami konsepnya.

            Kebijasanaan emosi dapat dibahagikan kepada 4 model iaitu kesedaran diri, pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan. Model ini menjelaskan emosi adalah sebagai sumber maklumat berguna untuk membantu memahai persekitaran sosial. Model ini mencadangkan bahawa individu yang berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat mengenai tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada sesuatu yang lebih luas. 4 jenis kemampuan EQ ini termasuklah mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi serta menguruskan emosi.

Selain itu, emosi sangat berkait rapat dengan mimik muka. Emosi juga memainkan peranan dalam memastikan kekuatan seseorang individu terhadap sesuatu perkara. Wanita lebih dikatakan beremosi daripada lelaki. Kebijaksanaan lelaki dan wanita dalam mentafsir dan mengawal emosi adalah sangat berbeza. Lelaki lebih bijak mengawal emosi daripada wanita. Ini terbukti apabila saya dapat mengenalpasti keadaan diri saya sendiri. Apabila saya mempunyai perselisihan faham bersama teman baik lelaki saya, saya lebih beremosi, sentiasa marah, dan bertekak sehingga tidak dapat berfikir dengan baik cara yang dia ambil untuk menyelesaikan perselisihan tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak semua manusia dapat menguruskan emosi mereka dengan pnenuh bijaksana. Terdapat segelintir individu yang menghadapi masalah 'alexithymia' ataupun lebih dikenali sebagi kekosongan emosi. Keadaan individu yang mengalami  'alexithymia' ini, mereka tidak dapat mengetahui emosi apakah yang sedang mereka alami dan tidak dapat mentafsirkan emosi tersebut. Sebagai contoh, orang gila juga dapat dikatagorikan sebagai mengalami alexithymia'. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai emosi yang dapat mentafsirkan emosi yang mereka alami. Sebagai contoh di kampung saya, kanak-kanak nakal sering mengganggu individu yang dikatakan mengalami alexithymia ini dengan membaling sesuatu dan mengejeknya. Walau bagaimanapun tindakan kana-kanak tersebut tidak memberi kesan kepada dia, tambahan pula walaupun dia diperlakukan sebegitu, dia masih ketawa dan kadang kala pula menangis.

Kesimpulannya, kebijaksanaan akal fikiran dalam mengawal emosi amat penting dlam pelbagai situasi apa pun.

 


No comments:

Post a Comment