Friday 1 October 2010

A134730 Farzana LJ09

Tajuk pembelajaran pada minggu ini adalah Emosi, Personaliti dan juga Tingkahlaku. Personaliti bermaksud kombinasi sifat-sifat ataupun perangai psikologi yang digunakan untuk menerangkan tentang seseorang berdasarkan pada ciri-ciri. Terdapat dua jenis personality iaitu jenis A dan juga jenis B.

Myers-Briss merupakan sejenis pengukur personaliti seseorang. Kaedah ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Seorang individu boleh dikelaskan sebagai Extroverted dan Introverted, Sensing ataupun Intuitive, Thinking ataupun Feeling, dan seterusnya Judging ataupun Perceiving.

Extroverted bermaksud seseorang yang mempunyai personaliti mudah bersosial dan juga tegas dalam melakukan sesuatu mahupun membuat sebarang keputusan. Sebagai contoh orang yang boleh dikatakan mempunyai personality jenis ini adalah seorang pendebat.  Introverted pula adalah personality yang berlawanan dengan sikap individu yang Extroverted. Seorang yang dikelaskan sebagai Introverted lebih bersikap pasif. Sebagai contoh, individu jenis ini merupakan seorang yang pendiam dan juga pemalu. Oleh itu, susah bagi individu jenis ini untuk bersosial dengan individu yang lain.

Sensing merupakan personality dimana seorang individu itu lebih gemar kepada benda yang detail. Dalam erti kata yang lain, individu jenis ini merupakan seorang yang cerewet. Intuitive pula sikap seseorang individu yang bersifat global iaitu, dapat menerima pelbagai pandangan dan juga bersikap terbuka.

Seorang yang mempunyai personality Thinking adalah seorang yang lebih cenderung kepada setiap perkara yang berbentuk fakta. Contohnya, dia tidak akan membuat sesuatu perkara itu jika tiada fakta mahupun bukti sahih yang mengatakan perkara itu betul. Manakala pula bagi individu yang mempunyai personality feeling, dia akan menilai sesuatu lebih kepada berpandukan emosi.

Judging adalah bagi individu yang bersifat teratur dan sistematik dan juga Perceiving secara lazimnya adalah bagi individu yang agak kelam kabut dalam melakukan sesuatu perkara.

Terdapat lima teori dalam pembelajaran kali ini. Lima teori tersebut adalah  Openness to  Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreableness dan juga Nueroticism. Bagi Extroversion, seorang yang selesa dengan hubungan yang dijalinkan. Bagi Agreeableness pula, individu jenis ini amat mudah bersepakat dengan individu yang lain. Nueroticism merupakan sejauh mana keupayaan seseorang itu mengatasi tahap stress.


No comments:

Post a Comment