Friday 1 October 2010

A126640 Hasliza LJ10

Alhamdullillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kita dapat mengikuti kuliah yang ke 10. Saya amat menarik sekali tajuk kuliah pada minggu ini iaitu Kebijaksanaan Emosi. Tajuk ini adalah mengenai seseorang itu untuk memahami pengaplikasian teori-teori bagi mengurus sesuatu emosi. Dengan adanya tajuk kuliah ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi cara menguruskan emosi. Tidak dapat dinafikan semua orang akan mengalami emosi sama ada emosi tersebut positif atau negara cuma cara mengatasi bagi setiap orang adalah berbeza.


Kebijasanaan emosi adalah cara kita atau seseorang itu mengatur atau mempengaruhi emosi di sendiri dan orang lain. Kita dapat mengurus emosi kita sendiri. Misalnya kita sedih pada hari tersebut kerana demam teruk. Untuk itu kita cuba pengaruhi emosi tersebut dengan menggembirakan diri sendiri misalnya tengok TV, bermain games atau apa-apa sahaja yang merasakan diri kita tidak merasa sedih.


Setiap orang boleh menggunakan Emotional Intelligent. Setiap pergerakan kita mudah untuk orang lain mengesan kita sama ada sedih, gembira, bosan, benci, atau sebagainya. Ini kerana body language diri seseorang itu sudah terserlah bagi setiap pergerakan. Dalam model Emotional Intelligent terdapat beberapa model di antaranya ialah Ability Based Model, The Emotional Competencies (Goleman) Model, and The Bar – On Model Of Emotional – Social Intelligent (ESI).


Alexithymia merupaka suatu gejala kekosongan. Maksudnya seseorang itu tidak perasan atau tidak tahu apa yang dialami dalam dirinya sendiri. Secara tidak langsung seseorang itu tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang berlaku dalam dirinya sendiri ketika itu.Keadaan ini menyebabkan seseorang itu tidak dapat mengetahui sama ada dia marah, gembira, suka, takut dan lain-lain lagi. Tidak dapat dinafikan memang ada segelintir masyarakat yang mengalami keadaan sedemikian.


Emotional Competencies (Goleman) Model diperkenalkan oleh Daniel Goleman. EC ini adalah satu emosi dari segi seseorang itu dalam akademik, kemahiran komunikasi dan kemanhiran berinteraksi. Mengikut emosi ini jika seseorang itu berada di kalangan orang ramai ia akan dapat mengawal semua emosi dalam dirinya. Misalnya dalam forum, majlis keramaian, mesyuarat, taklimat dan sebagainya lagi.


Kesimpulannya, seseorang itu akan mengalami sama ada emosi tersebut positif atau emosi negatif. Maka dengan itu kita harusnya mengetahui bagaimana untuk menguruskan emosi diri sendiri sebelum kita mengurus emosi orang lain. Dengan adanya beberapa model ini untuk menguruskan emosi ini sudah tentulah semua orang boleh mengurusnya dengan baik. Saya berharap agar semua pelajar Kursus Pengurusan Emosi dapat mempelajari cara menguruskan emosi ini dengan baik. Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment