Friday 1 October 2010

A130691 NORAIDA LJ10

Salam satu malaysia dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog yang dikasihi. Minggu yang ke-11 ini,merupakan minggu yang terakhir dalam penghantaran jurnal dan merupakan jurnal terakhir yang akan ditugaskan oleh kami pelajar pengurusan emosi yang telah diajar oleh En.Zamri. Jika ditanya kepada kawan-kawan kelas lain yang telah mengambil kursus yang sama, mereka tidak perlu membuat jurnal setiap minggu tetapi mempunyai kelas tutorial selama satu jam. Disini saya rasa amat bertuah apabila berada dalam kursus dan kelas yang telah diajar oleh En.Zamri ini, walaupun kami tidak mempunyai tuturial tetapi kami digantikan dengan jurnal dimana jurnal yang akan dan telah kami ciapkan perlu mengupas kembali apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Dengan cara sebegini kami dapat banyak manfaatnya kerana kami dapat fahami kembali apa yang tidak faham di dalam kelas serta banyak hal yang dapat kami pelajari daripada pengalaman yang telah berlalu untuk dijadikan contoh dalam penulisan jurnal kami.

   Pada minggu ini, kami telah diajar tajuk tentang kebijaksanaan emosi tetapi sebelum En.Zamri memulakan kuliahnya, kami disuruhnya terlebih dahulu mengenal pasti mimik muka atau riak wajah yang terdapat dalam skrin yang telah ditayangkan oleh beliau. Berbagai-bagai jenis mimik muka yang perlu kami pastikan dan daripada orang-orang yang berbeza,kami perlu mengenal pasti mimik muka tersebut sama ada seseorang itu berada dalam keadaan gembira,sedih,takut,terkejut,marah,dan sebagainya. Sebenarnya agak sukar bagi saya untuk mengetahui keadaan orang-orang tersebut berada dalam keadaan mana kerana gambar yang telah ditunjuk agak serupa tetapi walaupun sukar saya dapat meneka juga yang betolnya, Pada kelas minggu ini, rasa sangat gembira.

   Berkaitan tajuk yang telah diajarkan tadi iaitu kebijaksanaan emosi.  Daripada apa yang telah dipelajari sebelum-sebelum ini, setiap tajuk kebanyakkannya mempunyai teori tersendiri, begitula dengan tajuk pada mimggu ini yang berkisarkan kebijaksanaan emosi ini. Sebelum itu kita mesti perlu mengetahui dahulu makna pengurusan emosi. Pengurusan emosi adalah cara-cara seseorang menguruskan dan mempengaruhi perasaan mereka sendiri melalui eksprensi serta  cara mereka mempengaruhi orang lain. Dapat dimudahkan lagi dimana biasanya seseorang yang berada dalam keadaan emosi,mereka akan kelihatan mimik muka yang berubah seperti dapat dikenal pasti melalui suara,suara sedih dan juga mimik mukanya akan bertukar iaitu kening ke bawah, mulutnya kan muncung dan sebagainya. Keadaan situasi juga boleh mengubah emosi seseorang itu. Seterusnya emosi negetif dan emosi positif adalah berlawanan, emosi juga boleh menjadi  pendorong kepada tingkahlaku.
  
     Lelaki dan perempuan mempunyai emosi yang berbeza iaitu perempuan lebih beremosi berbanding dengan lelaki. Sebagai contoh yang dapat saya kaitkan antara perempuan dan lelaki ini lebih beremosi ialah pada sebulan yang lepas, Ani dan Abu adalah adik beradik, mereka telah kehilangan ayahnya akibat daripada satu kemalangan, Ani menangis dan sangat tidak percaya akan kejadian yang menimpa ayahnya pada waktu itu, walaupun sudah sebulan ayahnya telah meninggalkan dia,tetapi dia tetap bermurung sehingga kini kerana dia sangat menyanyangi ayahnya itu tetapi berbeza dengan Abu, dia hanya menangis ketika itu tetapi tidak menjadi seperti kakaknya Ani. Jadi dapat saya tegaskan disini bahawa perempuan memang mempunyai lebih beremosi daripada lelaki mungkin kerana perempuan yang bersifat lembut dan mudah tersentuh ini akan merasai saat kesedihan itu berbanding lelaki.

     Apa yang dapat saya simpulkan tajuk pada minggu ini adalah emosi ini memang berbeza-beza setiap orang yang mengalaminya. Oleh itu,setiap manusia itu perlu bijak dalam menguruskan emosinya. Jangan terlalu mengikut emosi yang negetif kerana emosi yang negetif kadang kala dapat merosokkan diri kita sendiri seperti terlalu sedih dalam kejadian sesuatu,jangan mengambil jalan yang mudah iaitu bunuh diri serta apa sekalipun kerana setiap apa yang kita alami itu pasti ada menyelesaiannya dan minta bantuan pihak lain jika kita mengalami sesuatu emosi yang akan membuatkan kita tekanan.

No comments:

Post a Comment