Friday 1 October 2010

A134717 CHAN SEE YA LJ10

Minggu ini adalah kali terakhir saya menulis jurnal bagi pengusan emosi. Tajuk kali ini adalah kebijaksanaan emosi. Menurut Solevery dan Mayer, kebijaksanaan emosi merupakan kebolehan atau kemampuan seseorang dalam mengawal perasaan diri sendiri dan juga mengesan emosi sebenar orang lain. kita mungkin tidak dapat mengetahui perasaan sebenar orang lain sesetengah masa. Hal ini mungkin kerana orang itu sengaja menyembungi perasaannya. Sebagai contohnya, kawan saya yang berasa sedih tidak akan menunjukan perasaan sedihnya semasa berada di hadapan orang lain dan hanya akan memberitahu saya tentang masalahnya ketika tiada orang lain. Saya memang tidak akan tahu kawan itu menghadapi masalah sekiranya dia tidak memberitahu saya. Oleh itu, kita memang sukar mengesan emosi seseorang sekiranya hanya membaca perasaan mukanya. There are 4 types of EI which are 'Ability Based Model', 'The Emotional Competencies ( Goleman ) Model', 'The Bar-On Model of Emotional –Social Intelligence( ESI )', and 'The Trait El Model'. 'Ability Based Model' is the ability to perceive emotion, integrate emotion to facilitate thought, understand emotion and to regulate emotions to promote personal growth. Model ini mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Kemampuan ini dapat dilihat dalam tingkah laku penyesuaian. Kemampuan EQ dapat dibahagi kepada 4 jenis iaitu mengenalpasti emosi, menggunakan emosi, memahami emosi dan mengurus emosi. Mengenal pasti emosi  ialah kebolehan seseorang mengesan dan mengenal pasti emosi orang lain dari luaran seperti ekspresi muka, suara dan sebagainya. Menggunakan emosi adalah kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam emosi  untuk membantu dalam proses pemikiran dan penyelesaian masalah. Ini bermaksud orang yang bijak dalam emosinya dapat mengawal emosinya dengan mengubah emosinya termasuk dari emosi negatif kepada yang positif supaya dapat menunjukkan prestasi yang bagus dalam kerjanya. Memahami emosi ialah kebolehan memahami bahasa emosi dan dapat mengesan sebarang perubahan emosi. Mengurus emosi ialah kebolehan memanipulasikan emosi dalam dirinya. Alexihymia merupakan satu gejala yang kekosongan emosi. Mereka tidak tahu apakah perasaan yang sedang mengalami. Mereka berasa diri sendiri tiada sebarang perasaan termasuk perasaan gembira, sedih mahupun marah. 'The Emotonal Competencies (Golemen ) Model' state that EQ is a wide array of competencies and skills that drive managerial performance, measured by multi-rater assessment. There are 4 important parts in this model which are self-awareness, self-management, sosial awareness and relationship management. Begitulah junual terakhir saya, sekian terima kasih.#

No comments:

Post a Comment