Friday 1 October 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ10

            Kebijaksanaan emosi merupakan tajuk yang dibincangkan minggu ini. Pensyarah mengingatkan kita bahawa emosi adalah neutral, manusia yang menentukan emosi itu positif atau negatif. Menguruskan emosi memerlukan kebijaksanaan. Pengurusan emosi merujuk kepada cara seseorang individu mempengaruhi emosi dirinya dan juga orang lain. Manakala kebijaksanaan emosi adalah kebolehan untuk mengesan emosi diri kita sendiri dan orang lain serta tidak ada sindrom yang menafikannya. Kita telah membuat ujian untuk mengenal pasti jenis emosi yang ditunjukkan oleh mimik muka yang berlainan. Pada ujian pertama, saya dapat jawab kesemuannya dengan betul tetapi ujian kedua saya kesemua jawapan saya salah. Daripada ujian ini saya telah mempelajari bahawa sememangnya sukar untuk mengenal pasti emosi seseorang individu hanya melihat mimik mukanya. Sebagaimana yang diberitahu pensyarah, sukar untuk kita mengenal pasti emosi individu hanya berdasarkan mimik mukanya tetapi jikalau kita memahami keadaan yang dialami oleh individu itu kita akan mengenal pasti emosi dengan lebih tepat.


Kecerdasan emosional (EI) menggambarkan kemampuan, kapasiti, kemahiran atau, dalam kes model sifat EI, kemampuan diri untuk mengenalpasti, menilai, mengurus dan mengendalikan emosi diri sendiri, orang lain dan kumpulan. Model EI telah dikategorikan kepada ability based model, the emotional competencies (Goleman) model, the bar-on model of Emotional-Social Intelligence (ESI)  dan the trait EI model.


Berdasarkan ability based model emosi adalah sebagai sumber maklumat berguna untuk membantu memahami persekitaran sosial. EI dibahagikan kepada empat jenis kemampuan iaitu mengenal pasti emosi (perceiving emotions), menggunakan emosi (using emotions), mamahami emosi (understanding emotions) dan menguruskan emosi (managing emotions).


Mengenal pasti emosi sangat penting kerana membuat semua pemprosesan maklumat lain emosional mungkin. Sebagai contoh, apabila kita mengenal pasti emosi yang ada pada seseorang individu adalah marah, kita akan berhati-hati dalam percakapan kita agar tidak membangkitkan kemarahannya supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.


Mengunakan emosi dijelaskan sebagai memanfaatkan emosi untuk memudahkan pelbagai kegiatan kognitif, seperti berfikir dan penyelesaian masalah. Selain itu, mengunakan emmosi juga dijelaskan bahawa kebolehan seseorang  mengesan perubahan mood pada seseorang individu. Cara kita mengunakan emosi ketika membuat kerja berkumpulan ataupun berkomunikasi adalah perkara yang patut diambil berat. Hubungan antara orang lain akan terjalin jikalau kita dapat mengunakan emosi kita dengan bijak.


Memahami emosi adalah kemampuan untuk memahami bahasa emosi dan menghargai hubungan yang rumit antara emosi.Individu yang memahami emosi ber kemampuan peka terhadap variasi-variasi kecil antara emosi, dan mampu untuk mengenali dan menggambarkan bagaimana emosi berkembang dari masa ke masa.


Menguruskan emosi adalah kemampuan untuk menetapkan emosi diri kita dan orang lain. Oleh kerana itu, orang yang cerdas secara emosional dapat memanfaatkan emosi, bahkan yang negatif, dan menetapkan mereka untuk mencapai matlamat. Pada tahun lepas, ketika peperiksaan STPM sedang menghampiri rakan sekelas saya berasa risau dan cemas. Keadaan ini telah membuatkan saya turut berasa cemas. Saya cuba untuk berfikir secara positif dan menenangkan diri supaya tidak dipengaruhi emosi rakan.


Apakah itu Alexithymia? Alexithymia adalah gejala kekosongan emosi. Alexithymia dijelaskan sebagai Seseorang individu tidak tahu perasaan yang sedang dialami. Mereka tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang sedang dialami. Mereka merasakan mereka tiada perasaan marah, suka dan sedih serta jarang menangis. Contohnya, pada zaman bayi, dia tidak pernah mendengar orang berbicara tentang perasaan. Dia tak pernah melihat banyak ekspresi emosional. Orang tuanya sangat mementingkan agama dan tidak membenarkan dia bersekolah dan mengajar tentang agama di rumah supaya kanak-kanak lain tidak mempengaruhinya. Dia tinggal di tempat yang tidak ada kenalan. Orang tuanya mengaku mencintainya tetapi nampaknya tugas mendisiplinkannya lebih daripada mencintainya. Dia tidak pernah melihat tanda-tanda nyata cinta antara mereka. Mereka cuba untuk mengelakan dia untuk mendapati terdapat perselisihan dalam kalangan orang tuanya, sebenarnya dia mengetahui. Jika dia bertanya apa yang salah, mereka berkata "Tidak, Sayang, sekarang pergi bermain." Dia tinggal dengan cara sebegini sehingga 18 tahun dan berpindah ke bandar di mana dia mendapat pekerjaan dan nampaknya baik-baik saja, tetapi dia mempunyai masa yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya.

 

No comments:

Post a Comment