Friday 1 October 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ10

Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada Dr.Zamri dan rakan-rakan sekalian. Ini merupakan Learning Journal yang ke-10 bagi kita. Tajuk kuliah bagi minggu ini adalah tentang kebijaksanaan emosi (Emotional Intelligence). Menurut Salovey & Mayer (1990), kebijaksanaan emosi adalah kebolehan untuk memerhatikan perasaan dan emosi diri seseorang dan orang lain, selain mengenalpasti emosi tersebut dan menggunakan informasi ini untuk memandu pemikiran dan tindakan seseorang.

"The ability to monitor one's own and others' feelings and emotions, to discriminate among them and to use this information to guide one's thinking and actions" (Salovey & Mayer, 1990)

Objektif pembelajaran bagi kuliah minggu ini termasuk memahami makna pengurusan emosi, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi mengurus emosi, memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksanaan & kematangan emosi dan memahami konsep kebijaksanaan & kematangan emosi.

Kuliah minggu ini dimulakan dengan tayangan beberapa video yang berkaitan dengan ekspresi muka . Kami diberikan 2 kuiz dalam masa kuliah untuk mengenal pasti jenis-jenis ekspresi muka. Selepas menyelesaikan kedua-dua kuiz tersebut, saya dapati bahawa adalah amat sukar bagi seseorang untuk meneka perasaan seseorang.

Pengurusan emosi didefinisikan sebagai cara seseorang mengawal dan mempengaruhi perasaan dan ekspresi mereka serta cara mereka mempengaruhi perasaan masyarakat di sekeliling mereka. Menurut Salovery & Mayer (1990), Kebijaksanaan emosi merupakan kebolehan seseorang untuk mengawasl perasaan dan emosi diri sendiri serta orang lain, membezakan dalam kalangan mereka dan menggunakan pengetahuan ini untuk memantau pemikiran dan aksi seseorang. Kebijaksanaan emosi (Emotional Intelligence) dapat dibahagikan kepada 4 model iaitu  Ability Based Model, The Emotional Compentencies (Goleman) Model, The Bar-On Model of Emotional-Social Intelligence (ESI)dan The Trait El Model.

Dalam model berdasarkan kemampuan (Ability based model), emosi adalah sebagai sumber maklumat berguna untuk membantu memahami persekitaran sosial. Model ini mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. 4 jenis kemampuan EQ termasuklah mengenalpasti emosi (perceiving emotions), menggunakan emosi (using emotions), memahami emosi (understanding emotions) serta mengurus emosi (managing emotions).

Kemampuan yang kedua ialah menggunakan emosi untuk memudahkan pelbagai aktiviti kognitif seperti berfikir dan menyelesaikan masalah. Manakala memahami emosi pula merupakan kebolehan untuk memahami bahasa emosi dan menghargai hubungan yang kompleks antara emosi. Kita perlu memerhati secara mendalam cara emosi dipaparkan dan berubah dari masa ke semasa. Mengurus emosi pula berkait dengan kemampuan to regulate emosi dalam diri sendiri dan orang lain.

Alexithymia merupakan gegala kekosongan bagi emosi di mana seseorang itu tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami dan tidak dapat menyatakan secara terbuka jenis emosi yang sedang dialami. Selain itu, mereka juga merasakan mereka tiada perasaan marah, suka, dan sedih.Mereka juga adalah golongan jarang menangis. Dr Ahmad Zamri Mansor mengaitkan Alexithymia dengan satu filem yang bernama "Rain Man". Filem ini menceritakan 2 orang adik beradik yang saling berkenalan selepas kematian ayah mereka. Apabila berjumpa dengan abangnya yang bernama Raymond, barulah Charlie tahu dia mempunyai seorang abang yang mempunyai penyakit autism. Pesakit autism adalah istimewa, namun tidak ramai, tetapi mereka mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dimana mereka kekurangan penglibatan sosial, komunikasi serta pemahaman emosi.

Kesimpulannya, kita hendaklah pandai dalam mengurus dan mengawal emosi kita sendiri diurus dan supaya mendapat kehidupan yang sempurna dan harmoni. 'If you are patient in one moment of anger, you will escaope a hundred day of sorrow'.end#

No comments:

Post a Comment