Saturday 2 October 2010

A134622 AMIRA LJ10

Assalamualaikum diucapkan kepada pensyarah pengurusan emosi Dr Zamri.Pada minggu ini kami didedahkan mengenai tajuk kebijaksanaan emosi.Menurut Totterdell pengurusan emosi bermaksud bagaimana seseorang individu itu menguruskan emosi mereka dan apakah tindakan yang mereka ambil serta adakah emosi mereka mempengaruhi individu yang lain.Selain itu,emosi sangat berkait rapat dengan mimic muka yang kita tunjukkan.Emosi juga memainkan peranan dalam memastikan kekuatan seseorang individu terhadap satu perkara.Jika kita kaitkan satu perkaraitu dengan emosi,maka ingatan kita mengenai peristiwa tersebut akan lebih lama.Emosi juga sering dikaitkan dengan wanita.Tidak dapat disangkal lagi bahawa perkara ini adalah fakta kerna wanita dan lelaki mempunyai cara berfikir dan mengawal emosi yang berbeza.

Menurut Salovey and Mayer,kebijaksanaan emosi member maksud kebolehan seseorang dalam memerhati tingkah laku serta emosi individu lain dan mereka mencernakan informasi tersebut untuk dijadikan panduan diri sendiri atau individu di sekeliling mereka.Terdapat empat jenis kebolehan dalam EQ iaitu mereka akan mengenalpasti emosi seseorang terlebih dahulu seperti mengesan perubahan tona suara seseorang,mimic muka,gambar dan sebagainya.Kebolehan kedua ialah mereka akan menggunakan emosi tersebut untuk berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah.Mereka yang bijak dalam menguruskan emosi akan cuba mengawal emosi mereka sebaik mungkin dengan apa-apa bebanan yang diberikan kepada mereka.Kebolehan seterusnya ialah mereka dapat memahami emosi mereka dengan baik.Mereka tidak akan mencampurkan emosi mereka dan akan cuba untuk mengasingkan emosi-emosi tersebut.Apabila mereka memiliki kesemua kebolehan tersebut,maka secara automatiknya mereka dapat mengawal emosi dan perasaan.

'ALEXITHYMIA'.Ini merupakan kali pertama saya mendengar perkataan ini.Alexithymia ialah satu gejala kekosongan emosi.Individu yang mempunyai masalah ini tidak tahu apakah perasaan yang sedang mereka alami.Mereka juga tidak merasa sedih,gembira dan suka serta mereka jarang menangis walaupun perkara tersebut menyentuh hati individu lain.Mereka idak dapat menyatkan secara terbuka apakah perasaan yang sedang mereka alami.

Sekian sahaja jurnal saya kali ini.Salam.

No comments:

Post a Comment