Saturday 2 October 2010

A117396 NURUL AISHAH BINTI SAADUN LJ10

Salam. Sekali lagi saya berpeluang mengikuti kuliah pada minggu ini. Kelas dimulakan dengan menjawab kuiz. Kami ditayangkan dengan klip-klip yang mempunyai pelbagai jenis mimik muka, dan kemudiannya kami perlu memastikan sama ada mimik muka itu menggambarkan emosi marah, sedih, gembira dan sebagainya. Agak sukar bagi saya untuk mengenal pasti beberapa jenis mimik muka kerana terdapat beberapa klip yang tidak dapat dipastikan sama ada riak wajahnya marah atau sedih.

 

Kuliah kemudiannya diteruskan dengan tajuk minggu ini iaitu kebijaksanaan emosi. Saya difahamkan bahawa menguruskan emosi memerlukan kebijaksanaan dan kematangan emosi. Hal ini adalah kerana dalam menguruskan emosi, kita perlu mempengaruhi perasaan kita sendiri melalui ekspressi. Emosi dapat dikenali pasti melalui mimik wajah dan intonasi suara. Saya juga difahamkan bahawa perempuan adalah lebih beremosi berbanding lelaki. Mungkin benar penyataan ini. Kaum perempuan sering rasa tidak berpuas hati. Ini bukanlah sesuatu yang negatif. Bagi saya, perempuan sering tidak berpuas hati kerana sentiasa ingin memperbaiki keadaan supaya menjadi lebih baik.

 

Emosi merupakan dorongan untuk bertindak. Saya mendapati diri saya setahun yang lalu sering berada dalam keaadan murung atas masalah peribadi. Masa telah mengubah saya untuk mengawal perasaan dan mengubah cara hidup saya. Apabila saya berasa sedih, saya akan cuba untuk menggembirakan diri dan mengelak daripada menangis. Saya akan ke shopping mall dan akan masuk ke kedai-kedai serta berpura-pura menjadi pelancong dan bercakap dalam bahasa yang saya sendiri pun tidak faham. Dengan melakukan aktiviti ini, saya akan menjadi gembira. Perasaan sedih boleh mendorong saya untuk menjadi lebih berani. Saya juga memberikan tumpuan kepada pelajaran dan melibatkan diri dalam pementasan teater. Teater menyelamatkan saya daripada berasa murung.

 

Kesimpulannya, seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memantau dan mempengaruhi perasaan sendiri dan keupayaan ini datangnya dari pengalaman. Sekarang, saya sedar bahawa "pain is inevitable but suffering is a choice." Oleh itu, saya memilih untuk hidup dengan lebih baik dan gembira. Sekian.

 


No comments:

Post a Comment