Friday 1 October 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ10

            Tajuk pada minggu ini adalah berkaitan dengan kebijaksanaan emosi. Pada kemulaan kuliah minggu ini, pensyarah menberikan kami semua peluang untuk menonton video yang berkaitan expression emosi pada muka oleh robot .  Pada pandangan saya, robot itu adalah diprogramkan untuk menunjukkan expression emosi pada muka. Program ini dibuat berdasarkan gerakan organ muka seperti mata, mulut dan sebagainya.     

            Objektif pembelajaran bagi tajuk minggu ini adalah memahami makna pengurusan emosi. Apabila mengetahui betul-betul makna pengurusan emosi, maka semasa melakukan perkara ini akan lebih tenang dan betul-betul mengetahui apa yang sedang dibuat.Objektif yang kedua, memahami pengaplikasian teori-teori emosi bagi mengurus emosi. Teori-teori yang diperkenalkan dapat menbantu kita apabila menguruskan emosi kita. Ia berfunsi sabagai panduan dan apa jua masalah emosi boleh merujuk teori tersebut. Objektif yang ketiga ialah memahami bahawa pengurusan emosi memerlukan kebijaksaan dan kematangan emosi. Bukan semua orang dapat menguruskan emosinya dengan baik. Akan tetapi, perkara ini boleh dipertingkatkan melalui pengalaman hidupan seharian . Peristiwa yang berlaku setiap hari pasti menbawa emosi yang berbeza terhadap diri orangnya, tetapi melalui peristiwa yang berlaku setiap hari, kita akan lebih tahu akan cara untuk menguruskan emosi apabila berhadapan dengan peristiwa yang agak sama. Objektif yang keempat iaitu memahami konsep kebijaksanaan dan kematangan emosi.

            Definisi pengurusan emosi adalah cara-cara bagi seseorang untuk menguruskan dan menpengaruhi perasaan dan ekspressi dirinya atau cara bagi seseorang tersebut menpengaruhi perasaan orang lain. Fakta-fakta tentang emosi yang telah dipelajari adalah emosi dapar dikenalpasti melalui mimic wajah dan dari intonasi suara. Walaupun perkataan yang sebulat-bulat sama diucapkan, emosi yang dibawa akan berbeza jika intonasi suara berbeza. Sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi. Emosi mempunyai darjah intensity. Intensiti tersebut akan menjejaskan faktor lain seperti emosi jika dibawa terlalu banyak akan menyebabkan orang yang bergaul dengannya berasa tertekan. Emosi boleh berubah dengan cepat. Fakta ini senang dibuktikan dengan perkara yang berlaku pada kehidupan seharian. Sebagai contoh, jika seseorang berasa emosi tertekan, rakannya menbawanya ke suatu tempat untuk bersiar-siar pada masa yang betul, emosi orang tersebut akan menukar dari tertekan kepada senang sikit.

 Fakta yang seterusnya ialah ingatan dan emosi sangat berkaitan, emosi boleh berubah dengan jalan berfikir, emosi bermula dengan bagaimana kita mempersepsi sesuatu perkara. Situasi boleh mengubah emosi, emosi hanya terbit apabila ada rangsangan berkaitan berlaku. Apabila rangsangan teesebut hilang, maka emosi terbut tidak aktif lagi. Emosi positif dan negatif saling berlawanan. Emosi juga boleh sebagai pendorong kepada tingkah laku dan emosi amat berkait rapat dengan personality. Emosi bersifat dinamik dan bolah berubah-ubah.

Konsep emosi adalah sebagai sumber maklumat berguna membantu memahami persekitaran social. Model ini mencadangkan bahawa individu berbeza dari segi kemampuan memproses maklumat tentang tabii emosi dan kemampuan menghubungkan pemprosesan emosi kepada kognisi yang lebih luas. Kemampuan ini dapat dipilih dalam tingkah laku penyesuaian (adaptive bahaviors). Terdapat 4 jenis kemampuan dalam EQ. 4 jenis kemampuan iaitu mengenalpasti,memggunakan emosi, memahami emosi dan menguruskan emosi. Alexithymia merupakan gejala kekosongan emosi. Ciri-ciri tidak tahu apakah parasaan yang sedang dialami. Mereka tidak dapat menyatakansecara terbuka apakah emosiyang sedang dialami oleh mereka. Mereka merasakan mereka tidak ada perasaan marah , suka, sedih dan lain-lain. Mereka jarang  melakukan tindak balas yang disebabkan emosi seperti  menangis.

            Kesimpulannya, harap semua orang boleh menguruskan emosi mereka dan tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri dan orang lain.

No comments:

Post a Comment