Friday 1 October 2010

A134118 Aimi AmirahLJ10

Riak wajah seorang yanggfembira adalah lebih mudah dikenalpasti berbanding raut wajah yang lain. Pada permulaan kuliah, kamii diminta untuk mengenal pasti raut wajah seseorang ketika beremosi antaranya marah, gembira, sedih, jijik, takut, terkejut dan menghina. Agak sukar bagi saya untuk memasangkan rautwajah dan emosi yang betul. Nampaknya saya bukan seorang pemerhati yang bagus. Emosi adalah satu lumrah hidup dan ia boleh di kawal. Kebijaksanaan emosi merujuk kepada kebijaksanaan seseorang mengawal emosi. Menurut Salovey & Mayer 1990, kebijaksanaan emosi adalah kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiei dan orang lain untuk memandu mereka dan menggunakannya untuk mengawal pemikiran dan pelakuan seseorang. Saya selalu meminta sesuatu dari ayah saya ketika dia gembira kerana pasti saya akan memperolehinya. Dengan mengetahui emosi ayah saya, saya dapat memanipulasi tindakan beliau.Adakah saya dikira bijak mengawal emosi?
 
Terdapat empat teori kebijaksanaan emosi iaitu 'Ability base model', 'The emotional Competencies; ESI dan The trait El model.  The Emotional Competencie (Goleman) model diperkenalkan oleh Daniel Goleman. Beliau berkata dalam bukunya 'working with Emotional Intelligence' Goleman telah menemui fungsi EL terhadap pekerjaan dan mengatakan bahawa ia merupakan satu 'predictor' terbesar dalam kejayaan di tempat kerja. Pada mulanya saya tidak begitu memahami Goleman model ini namun setelah melayari internet dan meneliti semula nota kuliah barulah saya faham sedikit. Goleman model terbahagi kepada 4 bahagian iaitu  self-awareness, self management ,sosial awareness dan relation menagement. Dengan menguasai keempat-empat perkara ini seseorang itu akan mampu mengawal emosi dirinya dan orang lain. Self awareness adalah kebolehan seseorang untuk membaca emosi dan mengenali impaknya dengan menggunakannya untuk mengawal keputusan. Contoh yang dapat saya berikan adalah seorang juru jual cuba menjual produk kecantikkan, dia akan memilih pelanggan yang kurang cantik dan akan cuma memanipulasi perasaan pelanggan tersebut dan mengawal tindakannya supaya membeli barangan yang dijual. Self manegement pula melibatkan mengawal emosi seseorang dan menyesuaikannya mengikut keadaan semasa. Pernah satu ketika rumah saya 'black out' dan hanya tinggal saya dan adik saya sahaja dalam rumah. Saya cuba untuk mengawal emosi takut saya dan adik saya dengan bercerita tentang perkara yang menggembirakan. Saya cuba untuk mengalih perasaan takut kepada perasaan yang relax.Sepeti mata kita yang boleh menyesuaikan diri dengan kecerahan cahaya, begitu jugalah emosi kita. Apabila kita boleh menyesuaikan perasaan dengan keadaan sekeliling tindakan kita akan jadi lebih waras.Seterusnya sosial awareness iaitu kebolehan untuknmengenalpasti ,memahami dan bertindak mengikut emosi orang lain semasa bersosial. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah empathy iaitu meletakkan diri kita dalam situasi seseorang. Relationship management pula adalah kebolehan untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi dan mencetus idea orang lain semasa mengawal sesuatu keadaan. Kebolehan ini patut ada dalam diri seorang pemimpin.

Seterusnya saya belajar tentang Emotional Competence (EC).Ia adalah berkenaan dengan kecekapan seseorang dalam meluahkan perasaannya. EC bukan kebolehan semula jadi dan ianya boleh dipelajari. Saya amat berminat untuk mempelajari EC. Ini kerana apabila seseorang dapat menyalurkan emosi dengan cara yang betul hidupnya akan jadi lebih bermakna. Contohnya apabila marah kita menggunakannya sebagai satu tenaga dan bukannya dengan meluahkannya secara agresif Seseorang yang marah sekiranyadapat menyalurkan perasaan tersebut sebagai satu tenaga ia akan menjadi satu tenaga yang amat kuat. Perasaan terhina boleh menjadikan seseorang itu akan lebih berusaha untuk meningkatkan martabat hidupnya. Saya pernah rasa terhina dengan kata-kata bapa saudara saya yang mengatakan bahawa saya tidak akan berjaya sekiranay saya meneruskan pelajaran ke matrikulasi kerana saya tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di matrik. Saya tidak merasa putus asa dengan hinaan tersebut sebaliknya berusaha keras semasa menuntut di matrikulasi agar saya dapat membuktikan bahawa saya bukan seperti apa yang dikatakan oleh bapa saudara saya.Akhirnya saya berjaya di Matrikulasi 

Saya juga belajar sesuatu perkara yang baru iaitu Alexithymia iaitu gejala kekosongan emosi. Saya tidak sangka wujudnya gejala sedemikian kerana semua perkara yang kita lakukan mesti berhubung kait dengan emosi. Seseorang yang mengalami Alexithymia tidak tahu apakah perasaan yang mereka alami. Saya sangat bersyukur dengan nikmat emosi yang saya ada.Golongan ini tidak boleh menyatakan secara terbuka perasaan yang mereka alami dan jarang menangis.
Kesimpulannya, kita harus bijak mengawal emosi diri sendiri dan orang lain. jangan biarkan kita dikawal oleh emosi bebaliknya kita yang harus mengawal emosi. Kita juga dapat memanipulasi orang lain sekiranya kita dapat mengawal emosi mereka dengan bijak.

No comments:

Post a Comment