Friday 1 October 2010

A121741 Mas Ayu LJ10

Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan konsep  IQ dan EQ ? Intelligence Quotient (IQ) merujuk kepada kecerdasan intelek manakala Emotional Quotient (EQ) merujuk kepada kecerdasan emosi. Kecerdasan intelek dinilai berdasarkan prestasi pencapaian akademik individu manakala kecerdasan emosi dinilai berdasarkan kemampuan individu mengenalpasti, menggunakan, memahami dan menguruskan emosi. Menurut Ab. Aziz Yusuf (2007) dalam buku Keinsanan dalam Pengurusan beliau mengatakan kebijaksanaan emosi terhasil  dari gabungan mantap antara kematangan keperibadian, kognitif, dan afektif. Kedua-dua komponen ini memainkan peranan penting dalam meramal prestasi dan kecemerlangan seseorang individu dalam kehidupan. Pemimpin yang hebat bukan sahaja seorang yang bijak malah mereka juga mampu mengawal emosi dengan baik. Seorang yang mempunyai IQ yang tinggi belum tentu seorang yang mempunyai EQ yang tinggi, namun seorang yang mempunyai EQ yang tinggi sudah tentu mempunyai IQ yang tinggi. Kajian mendapati faktor kepintaran akademik hanya menyumbang sebanyak 20 peratus daripada keseluruhanan kejayaan individu. 80 peratus kejayaan individu dipengaruhi oleh faktor-faktor lain, antaranya sikap, minat, keadaan persekitaran, cara didikan ibu-bapa, budaya dan sokongan persekitaran.


Kecerdasan emosi berkait rapat dengan kompetensi emosi. Kompetensi emosi merujuk kepada dimensi-dimensi atau ciri-ciri yang mampu menjelaskan kecerdasan emosi. Kompetensi emosi bukanlah bakat semulajadi, ia boleh dipupuk dan dipelajari. Bagi memahami konsep ini dengan lebih mendalam Daniel Goleman telah memperkenalkan Model kompetensi Emosi. Menurut Golemen dimensi kompetensi emosi boleh dibahagikan kepada 4 iaitu kesedaran kendiri (self-awareness), pengurusan kendiri (self-management), kesedaran sosial (social awareness) dan pengurusan hubungan (self management). Keempat-empat dimensi ini pula mempunyai kreateria-kreateria yang tersendiri.


Kesedaran kendiri merujuk kepada mereka yang mempunyai kesedaran dalaman diri yang tinggi. Mereka tahu membaca emosi,mengenali kesan emois dan dapat menggunakan emosi yang baik dalam memandu sesuatu keputusan atau tingkah laku. Kesedaran yang terbentuk mampu mempengaruhi prestasi dan tingkah laku seseorang. Antara kriteria kepada dimensi kesedaran kendiri ialah kesedaran emosi diri, penilaian diri yang tepat (kelemahan dan kekuatan diri), dan keyakinan diri. Pengurusan kendiri bermaksud sejauhmana individu dapat mengawal dan mengadaptai emosi terhadap keadaan dan perubahan perekitaran. Antara kriteria yang dikemukan oleh Golemen dalam menjelaskan dimensi penguruan kendiri adalah kawalan diri (self-control), ketelusan (transparency), adaptasi atau fleksibel terhadap keadaan (adaptability), berorientasi pencapaian (achievement orientation), iniasiatif  dan optimistik. Kesedaran sosial pula merujuk kepada kebolehan memahami perasaan, emosi dan persekitaran. Antara criteria kesedaran sosial yang dinilai dalam model ini ialah sifat empati, kesedaran organisasi dan orientasi khidmat. Kesedaran hubungan pula didefinisikan sebagai kebolehan individu untuk mengawal keadaan dan hubungan interpersonal dengan persekitaran. Antara criteria dalam dimensi ini ialah inspirasi, kuasa mempengaruh, membentuk perubahan, pengurusan konflik dan kerja berkumpulan. Dimensi dan kriteria yang diperkenalkan oleh Goleman membantu kita untuk memahami kecerdasan dengan lebih baik dan tersusun.


Orang yang kuat bukan dilihat daripada kekuatan fizikal. Orang yang kuat dilihat dari sejauhmana mereka mampu mengawal emosi. Menurut Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar (2005) dalam bukuTips Menjadi Individu Menarik, Orang yang gagah itu bukanlah orang yang paling gagah di medan pertempuran, melainkan orang yang gagah itu adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya semasa marah. Kemampuan seorang mengawal emosinya tidak dinilai pada saat biasa, pengaruh yang meransang emosi hanyalah sedikit ataupun tidak ada. Melainkan semua mereka diuji oleh Tuhan dengan pelbagai musibah dan cabaran hidup. Jadilah tuan kepada emosi anda, jangan jadikan emosi tuan anda. Biar kita yang mengawal emosi jangan sampai kita dikawal oleh emosi. IQ dan EQ perlu seimbang jika kita ingin jadi seorang yang hebat. Kita mesti bijak menyarung kasut emosi sesuai dengan situasi untuk  membentuk kualiti diri.

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment