Sunday 3 October 2010

A133405 NUR LINA RASHIDAH RASHID LJ10

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Sudah dua minggu saya tidak menulis blog ini disebabkan saya mengalami demam panas yang teruk. Alhamdulillah, saya dah pun baik dan kawan-kawan saya akan setia menceritakan apa yang telah  Dr.zamri telah ajarkan pada mereka. Saya difahamkan dengan Emotional Intelligence bermaksud all emotions are, in essence, impulses to act. Emosi dapat dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara. Kemudian,  sifat emosi berubah-ubah mengikut situasi dan  emosi mempunyai darjah intensiti yang berubah mengikut tempat. Menurut Salovey dan Mayer,  kebijaksanaan emosi adalah kebolehan seseorang untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain,dan  mengenalpasti emosi tersebut. Emosi juga lebih dikaitkan dengan wanita.   perempuan cenderung untuk merekodkan pengalaman emosional di pelbagai bahagian otak. Pada wanita, tampaknya bahawa penilaian pengalaman emosi dan pengekodan dari memori jauh lebih terintegrasi.Model ini mengatakan bahawa kemampuan untuk memahami emosi, menyepadukan emosi untuk memudahkan pemikiran, memahami emosi, dan menetapkan emosi untuk meningkatkan pertumbuhan peribadi. Daniel Goleman yang membahagikan pengukuran konsep ini kepada 4 bahagian, iaitu kesedaran diri ,pengurusan diri, kesedaran sosial dan pengurusan hubungan.Kesedaran diri merupakan kebolehan diri untuk membaca emosi seseorang dan menyedari akibat pencetusan emosi itu di samping menggunakan perasaan tersebut untuk membimbing diri dalam membuat keputusan. Alexithymia merupakan suatu gejala kekosongan. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu tidak perasan atau tidak tahu apa emosi atau perasaan yang sedang dialami dalam dirinya sendiri. Oleh itu, kebijaksanaan emosi sangat penting untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment