Monday 4 October 2010

a 130725 MAIZATUL AKMAL LJ10

Dalam menguruskan emosi, seseorang itu memerlukan kebijaksaan untuk mengawal
emosinya supaya tidak dilihat terlalu ketara.

Individu yang yang mempunyai kebijaksaan emosi tidak menyalahkan
orang lain. Disebabkan emosinya yang tidak stabil. Malah menyatakan emosi
tersebut berkait dengan diri sendiri, sebagai contoh :
"I rasa tak sabar" vs "Lambatnya dia..!"
"I rasa terkilan..". vs. "Awak pembelit…!"
"I rasa takut..!" vs. "Awak bawak kereta macam pelesit!"
Terdapat sepuluh ciri dalam menentukan seseorang individi ter sebut bijak dalam
menguruskan emosi, antaranya ialah :
1. Sentiasa merujuk kepada perasaan sendiri bila perasaan itu timbul
– elakkan melabelkan orang lain
2. Dapat membezakan antara perasaaan dan fikiran.
3. Kita tidak menyalahkan orang lain di atas perasaan yang kita alami:
4. Kita merujuk kepada perasaan kita bagi membuat keputusan:
5. Kita patut menunjukkan rasa hormat kepada perasaan rakan dengan
bertanya atau menunjukkan keperihatinan kita kepada perasaan yang dialaminya:
6. Kita patut menggunakan perkataan emosi seperti 'marah' untuk
membantu kita lebih bertenaga untuk ambil tindakan positif.
7. Kita harus menunjukkan pemahaman, dan penerimaan terhadap perasaan
orang lain.
8. Selalu bertanya diri sendiri:
9. Tidak perlu buat arahan, kawal, kritik atau nilai perasaan orang
lain secara langsung
10. Jauhkan diri dari orang yang tidak memahami & mengerti perasaan orang
lain.

Bagi mereka yang bijaksana juga. Mereka tidak akan mengambil kesempatan terhadap
gangguan emosi yang dialami oleh orang lain, kerana sememangnya perkara ini
amatlah tidak wajar. Sepatutnya dalam mereka yang mengalami kesusahan, kita
sebagai individu yang prihatin sama-sama mencari jalan penyelesaian dan bukannya
mengambil kesempatan terhadap mereka. Dalam buku terkenal yang ada kaitannya
dengan emosi adalah satu buku yang berjudul "La Tahzan". Di dalam nya terdapat
satu syair yang di gubah oleh pensyair terkenal . pada zaman dahulu yang bernama
'Adi bin Zaid daripada istana Raja Thahir bin Al-Husiain. Syairnya berbunyi,

Wahai orang yang bergembira
Diatas penderitaan orang lain,
Dan selalu menburuk-burukkan masa,
Apakah kamu orang yang akan selamat dan dilindungi,
Atau kamu punya perjanjian yang kuat,
Yang menjaminmu dari hari ke hari,
Sesungguhnya kamu adalah orang bodoh yang tertipu.

Dalam syair ini, maksud yang ingin disampaikan adalah kepada mereka yang
suka bergembira diatas penderitaan orang lain. Apakah kamu mempunyai satu
perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah
meninpa orang yang kamu bergembira dengan kesusahannya.? Apakah kamu menpunyai
jaminan bahawa hari-harimu akan selamat dari segala bahaya dan bencana? Kalau
begitu mengapa bergembira di atas penderitaan orang lain. Padahal engkau tidak
mempunyai perjanjian dan jaminan itu.


Dengan ini jelas menunjukkan bahasa satu daripada kebijaksanaan dalam
menguruskan emosi adalah kejujuran dalam perhubungan, tidak kira hubungan
kekeluargaan, sahabat handai atau pun dalam masyarakat. Kerana hal ini anmat
berkait rapat antara satu dengan yang lain. Dalam pembacaan saya terhadap satu
blog dimana didalamnya dimuatkan dengan karya-karya novel dan cerpen
penulis-penulis tanah air, saya amat tertarik dengan satu cerpen yang berjudul
dimana didalamnya dikisahkan seorang lelaki yang bernama Haris yang mempunyai
kawan baik semenjak kecik lagi, namun sayangnya setelah meningkat dewasa,
sahabat karibnya yang dukenali sebagai Selly atau nama sebenarnya Salleh itu
seakan-akan hilang identity apabila bertukar norma kehidupan dari seorang lelaki
kepada pondan. Nemun mereka tetap berkawan baik.

Pada suatu hari, Haris ingin menemukan teman wanitanya dengan Selly, namun
kerana tidak mahu teman wanitanya salah sangja terhadap hubungan persahabatan
mereka berdua, Haris meminta Selly menukar penampilan daripada berpakaian
perempuan kepada pakaian lelaki. Selly sangat sayangkan Haris sebagai seorang
sahabat dan sanggup menolong Haris. Namun dipendekkan cerita . tektik yang
dijalankan tidak Berjaya kerana teman wanita Haris akhirnya mengetahui juga
kisah disebalik penyamaran Selly sebagai lelaki sejati. Walaupun jika dilihat
perwatakan Selly bukan seperti lelaki sejati tetapi nilai persahatan yang
dipegang sangat kemas sehinggakan ada satu kata-kata yang diucapkan oleh Selly "
Hello nyah, i da anggap Haris tu kawan baik I dunia akhirat, untung siapa yang
dapat jadi isteri dia, I hargain setiap persahabatan I dengan dia. Dia hanya
best friends I, bukan boy friend. Orang yang salah anggap hubungan I dengan
dia.itu I tak kisah, yang penting sekarang, I xnak pandanagn yang tidak baik
Anis terhadap Haris. I xnak Anis tinggalkan Haris disebabkan I, kalau Anis GF
Haris, I pun nak jadi best friends Anis jugak." Betapa bermaknanya hubungan
persahabat itu segala-galanya. Walaupun Selly tidak seperti lelaki perkasa lain.
Namun selley teguh pegangan prinsipnya

Disini dapat kita simpulkan bahawa, mereka yang mempunyai kebijaksanaan
dalam menguruskan emosi adalah mereka yang dapat mengaplikasikan emosi yang
tidak sihat untuk menjadi kekuatan agar kita semakin bersemanagat menempuh,
cabaran yang mendatang, yang pastinya tetap bermain dengan emosi.

No comments:

Post a Comment