Friday 1 October 2010

A131857 NORHIDAYU LJIO

    Pada minggu kali ini topik yang telah saya pelajari dalam kursus Pengurusan Emosi ini amat menarik sekali.Ini adalah kerana bukan sahaja saya dapat memahami apa sebenarnya itu  emosi tetapi saya turut berpeluang mengetahui bermacam-macam informasi yang boleh dikatakan ianya sesuatu yang baru bagi saya.Seperti biasa Dr.Azmi sentiasa menyediakan beberapa vedio yang berkaitan dengan apa yang bakal kami pelajari pada sesi perkuliahan hari itu.Tidak dapat dinafikan bahawa semua vedio yang telah ditunjukkan oleh beliau amat menarik perhatian kesemua pelajar dalam kelas tersebut.Salah satu vedio yang telah ditayangkan sangat menyentuh perasaan saya hinggakan hampir mengalir airmata saya pada ketika itu.Vedio yang menceritakan kisah seorang anak yang tidak pernah menerima ibunya atas sebab kecacatan itu pastilah akan menyentuh hati setiap yang melihatnya.Hal itu sebenarnya dapat mengingatkan kita bahawa janganlah sesekali kita mensia-siakan kedua-dua orang tua kita sementara mereka masih hidup.Berbalik pada topik kuliah saya pada minggu ini iaitu kebijaksanaan emosi,saya ingin berkongsi serba sedikit pengatahuan yang telah pelajari.Di awal sesi perkuliahan saya,pensyarah telah memberikan beberapa kuiz untuk dijawab dan kuiznya tidaklah terlalu sukar namun tidak semua pelajar dapat menjawab dengan betul.Apa yang ingin saya beritahu disini bukanlah berkaitan dengan soalan-soalan kuiz tersebut tetapi adalah bukan mudah untuk kita mentafsirkan emosi seseorang dengan hanya melihat kepada riak wajahnya. Tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk membaca emosi ataupun perasaan orang lain.Hal ini sebenarnya memerlukan kebijaksaan emosi dan perkara ini juga penting bagi seseorang itu untuk mengawal emosinya sendiri.
    Apakah itu kebijaksaan emosi?Mungkin tidak semua daripada kita mengetahui apakah maksudnya dan oleh yang demikian saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenainya.Kebijaksaan emosi ini adlah keupayaan  untuk mengesan dan mengawal emosi tidak kira sama ada emosi kita sendiri ataupun emosi orang di sekeliling kita.Selain itu,seseorang yang mempunyai kebijaksaan emosi boleh membezakan antara emosi yang di alami dan disamping itu boleh menggunakan kebijaksaan emosi itu dalam mendorong pemikiran serta tindakkan orang lain.Memang tidak dinafikan bahawa tidak semua orang mempunyai kebijaksanaan emosi ini kerana jika kita dapat lihat sekarang terlalu banyak masalah yang timbul di sebabkan masalah dalam menangani dan mengawal emosi ini.Pakar kajian seperti Salovery & Mayer juga dapat mengukuhkan pernyatan mengenai kebijaksanaan emosi ini.
    Berdasarkan dengan apa yang telah saya pelajari pada hari itu,terdapat beberapa model hasil daripada kajian pakar-pakar terdahulu namun hanya satu sahaja di fokuskan dalam sesi perkuliahan tersebut.Model kompentensi emosi(Goleman) telah di asaskan oleh seorang pengkaji yang bernama Daniel Goleman.Goleman mengatakan bahawa seseorang itu bukan cuma memerlukan IQ yang tinggi tetapi masih memerlukan EQ(kebijaksanaan emosi) untuk mencapai kejayaan serta kebahagian didalam hidup.EQ ini adalah merujuk kepada kebolehan seseorang itu meluahkan emosi yang mereka rasai,dapat mengawal emosi daripada menguasai diri mereka serta dapat mengawal emosi yang di alami oleh orang lain.Maksud dapat mengawal emosi orang lain di sini adalah bermaksud seseorang yang mempunyai kebijaksanaan emosi berkebolehan membantu orang di sekitarnya daripada terus beremosi.Selain memberi beberapa teori Goleman turut menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan EQ ini.Goleman telah menekan beberapa aspek dalam modelnya seperti kesedaran diri,pengurusan emosi,kesedaran sosial dan pengurusan dalam perhubungan.
    Kesedaran diri adalah merupakan aspek yang penting kerana keupayaan membaca emosi dan mengenali kesannya dapat membantu kita dalam memutuskan sesuatu keputusan.Bukan itu sahaja,dari aspek kesedaran diri itu sendiri kita perlu ada kesedaran terhadap emosi kita dengan menilai antara emosi yang positif dan negatif bagi kita dan mestilah mempunyai keyakinan diri yang tinggi.Seterusnya adalah pergurusan dalam sesuatu hubungan,seseorang itu perlulah berupaya mengawal orang lain yang sedang berhadapan dengan sesuatu konflik.Hal yang sedemikian bukanlah bermaksud mempengaruhi orang lain tetapi ianya lebih kepada keupayaan kita dalam membangunkan orang lain,memberi semangat kepada mereka dan dapat mendorong orang lain dalam mencapai matlamat bersama.
    Tahukah kita bahawa apakah ciri-ciri seseorang yang mempunyai kebijaksanaan emosi itu?Menurut kajian yang dijalankan oleh Steren Hein pada tahun 1999 di EQ I nstitut,mereka yang mempunyai kebijaksanaan emosi lebih banyak merujuk kepada perasaan sendiri daripada orang lain mahupun keadaan.Mereka turut dapat membezakan antara pemikiran dengan perasaan,bertangunggjawab terhadap emosi sendiri,menggunakan emosi dalam membuat keputusan serta menghormati perasaan orang lain.Selain itu,mereka ini juga lebih mudah bersimpati,memahami dan menerima perasaan orang lain.
    Secara kesimpulannya,memang tidak dinafikan bahawa kebijaksanaan ini antara aspek yang penting dalam diri seseorang itu.Hal ini adalah kerana dengan adanya keupayaan ini kita bukan sahaja dapat memahami dan mengawal emosi kita malah kita turut dapat memahami emosi orang-orang yang terdekat dengan kita.Pengurusan emosi adalah sangat penting kerana kita perlu bijak dalam menguruskan emosi yang di alami.
 
 

No comments:

Post a Comment