Saturday 16 October 2010

a129839 nadirah lj11

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, pada kali ini kuliah Pengurusan Emosi bertajuk; Mengurus Emosi: Tempat Kerja & Emosi. Emosi memainkan peranan yang besar di tempat kerja kerana ia mampu mempengaruhi  prestasi kerja samada di tahap yang baik atau tidak malah ia juga mampu membina motivasi yang mampu membuatkan waktu-waktu kerja kita begitu menyenangkan dan tidak membebankan. Menurut teori kerjaya Hollan terdapat enam pembahagian personality kerjaya iaitu ; Realistik, ia merupakan golongan yang menggemari aktiviti-aktiviti yang memerlukan kemahiran dan dan kekuatan dan orang tang sesuai ialah individu yang pemalu, tekun dan taat serta praktikal. Manakal yang seterusnya ialah Investigate, ia adalah individu yang menyukai aktiviti seperti berfikir, mengurus dan memahami sesuatu dan amat cirri-cirinya ialah bersifat analitikal, ingin tahu dan bebas bertindak.Ketiga ialah Orang yang sosial, mereka sukakan aktiviti yang membantu orang lain, suka bergaul, ramah, mudah bekerjasama, memahami. Kerjaya yang sesuai .Keempat pula ialah orang yang convensional, sukakan sesuatu yang tersusun, berperaturan, dan jelas,antara cirinya ialah  akur kepada peraturan, cekap, praktikal, tidak suka kekaburan dan tidak fleksibel. Seterusnya ialah Orang yang Entreprising, sukakan aktiviti verbal ( bercakap ) mereka ada peluang untuk mempengaruhi orang lain sekaligus  mendapatkan kuasa.Mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi, dan pentingkan kuasa. Yang terakhir ialah  orang yang Artistik sukakan aktiviti yang kabur dan tidak sistematik yang membolehkan mereka melakukan sesuatu yang kreatif.Mereka bersifat imaginatif, tidak terurus, idealistik, emosional dan tidak praktikal.

 

Antara slide show yang amat menarik ialah. Emotional Labour, yang membincangkan tentang kerja-kerja yang memerlukan mainan emosi anataranya  ialah surface acting, iaitu keadaan seorang staf memaksa dirinya untuk senyum demi  tuntutan tugas contohnya penyambut tetami. Manakala  kedua ialah deep acting iaitu keadaan staf yang berusaha untuk melahirkan perasaan yang dikehendaki oleh tuannya contohnya penyanyi yang yang menyanyi mengikut mood lagu yang terpaksa menjiwai lagu dan menyanyi mengikut mood tersebut. Begitu sukar untuk berkerja jika apa yang kita kerjakan itu tidak bersesuaian dengan mood kita atau tidak bersesuaian dengan diri atau terpaksa demi mencari rezeki. Selain itu, dalam pekerjaan yang melibatkan perkhidmatan pelanggan, maka pelanggan dianggap sebagai pihak yang benar walau apa keadaan sekalipun. Sesungguhnya  dalam situasi ini pekerja perku bijak memainkan emosi dan perlu sentiasa mengawal kondisi perasaan agar tidak terambil langkah yang salah.Sesungguhnya kerja di dalam Islam merupakan ibadah kerana ia adalah amanah, maka yakin dan pasti setiap ibadah itu ada nilai dan ganjarannya di sisi Allah, manakala amanah pula bagi orang Islam jika tidak ditunaikan ia dikira sebagai Munafik, ini menurut hadis Nabi s.a.w. , Bagi umat Islam bukan sahaja bersungguh dalam berkerja itu akan mendapat habuan dunia malah ada habuan akhirat yang menanti. Jika konsep ini di gengam kuat oleh umat Islam, istilah terpaksa senyum, terpaksa melayan dengan baik tiada dalam diri pekerja tersebut, kerana kerja itu memerlukan ikhlas  kerana Allah dan niat yang benar-benar membuktikan  rasa ikhlas ini kerana nabi telah bersabda yang mafhumnya  "Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya….". Sesungguhnya ini adalah keuntungan dan nikmat yang diberi Allah kepada umatnya untuk dinikmati dan diaplikasi dengan cara yang betul supaya implikasinya yang terhasil mampu menjana hati untuk terus taat kepada Khaliqnya. InsyaAllah. Salamualaikum.

 

 


No comments:

Post a Comment