Saturday 16 October 2010

Fw: A129088 RAFIUDDIN LJ10



----- Forwarded Message ----
From: Rafi Udin <kodit89@yahoo.com>
To: En Azmi pengurusan emosi <ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com>
Cc: azmi mansur pengurusan emosi <tugasan2253@gmail.com>
Sent: Sat, October 16, 2010 7:46:44 PM
Subject: A129088 RAFIUDDIN LJ10



Assalamualaikum dan Salam 1Perpaduan kepada semua blogger yang aktif dalam laman sesawang ini. Minggu ini,minggu ke-12 perkuliahan, dan bermakna kita akan menemui minggu peperikaan tidak lama lagi. Sedih rasanya meninggalkan kelas yang menjadi keterujaan saya pada setiap minggu,namun itulah hakikat yang perlu kita hadapi, emosi sedih dan hiba menjelang perpisahan.

 

Pada minggu yang penuh barakah ini, tajuk kuliah yang telah disampaikan oleh Encik Zambri adalah mengenai emosi di tempat kerja. Sesungguhnya, pengurusan emosi yang baik khususnya di tempat kerja amat penting bagi seseorang pekerja, tidak kira samada pekerja baharu mahupun yang sudah jauh berpengalaman. Hal ini kerana emosi dapat mempegaruhi prestasi kerja seseorang. Selain daripada itu, ia juga mampu mempengaruhi seseorang itu membuat sesuatu keputusan. Sesuatu masalah amat mustahil dapat diselesaikan dengan baik sekiranya seseorang individu itu berada dalam keadaan emosi marah, bahkan dapat menjadikan sesuatu perkara atau masalah itu menjadi lebih teruk dan rumit, seperti kata pepatah, mencurah minyak ke unggun api.

 

Terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan pengurusan emosi,seperti Teori kerjaya Holland, Personaliti Type A dan Type B, dan seterusnya adalah penggunaan emosi dalam tugasan harian yang dikenali sebagai Emotional Labour,dan budaya kerja di Malaysia. Bagi personaliti type A dan B adalah berbeza antara satu sama lain, dimana Type A adalah individu yang gemar melakukan kerja dengan pantas, membuat dua kerja dalam satu masa,mereka juga menilai kejayaan diri berdasarkan setakat mana mereka meyempurnakan sesuatu kerja dan mereka juga taksub dengan nombor. Pada pandangan saya,personaliti type A adalah meyamai personaliti diri saya,yakni saya akan melakukan tugasan yang diberi dengan bersungguh,dan akan menyiapkannya,tanpa mengira masa yang diambil,walaupun terpaksa bersengkang mata demi tugasan yang telah diamanahkan. Malah, saya akn memujuk diri saya untuk sentiasa tersenyum bagi menceriakan hati orang di sekeliling saya.

 

Manakala Jenis B pula, adalah individu yang tidak merasakan perlu berdasarkan desakan kerja, contohnya menganggap bersukan sebagai kegiatan riadah, bukan sebagai satu cara untuk mempamerkan kehebatan diri. Golongan ini hidup dalam keadaan bersantai dan tidak terburu-buru, dan yang paling penting, hidup seperti apa yang dia inginkan.

 

  Emotional Labour pula ,adalah keadaan di mana seseorang pekerja itu menjalankan kerja dengan menggunakan emosi. Emotional ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Surface Acting dan Deep Acting. Surface acting adalah di mana seseorang pekerja  itu memaksa dirinya untuk tersenyum walaupun mereka tidak gembira.  Sebagai contohnya, golongan artis. Hal ini kerana, golongan artis merupakan public figure dalam kalangan masyarakat dan mereka seharusnya senantiasa tampak gembira walaupun dalam situasi penuh beremosi agar tidak disalah anggap sebagai seorang yang sombong dan selfish.

 

Deep acting pula adalah di mana staff itu berusaha untuk melahirkan perasaan yang dikehendaki oleh tuntutan profesyennya. Contoh yang terbaik mampu saya berikan ialah penyambut tetamu. Hal ini kerana mereka tidak akan jangka dengan siapa mereka akan berhadapan, makanya mereka perlu senantiasa tersenyum walaupun pahit. Begitu juga nasib para peramugari yang senantiasa tampak cantik dan tersenyum setiap kali penerbangan yang mereka sertai. Jika tidak, kemungkinan besar mereka akan kehilangan profesion itu jika ada pelanggan yang membuat aduan bahawa peramugari tidak mesra pelanggan.

 

Tuntasnya, emosi di tempat kerja perlu bijak ditangani walau setinggi mana sekalipun tekanan yang kita hadapi, kerana sepanjang hidup ini, kita tidak mampu melarikan diri walaupun seketika, sehinggalah ajal dating menjengah. Senyuman walaupun sedikit mampu menceriakan hari orang di sekeliling kita dan mampu menjadi pengubat lara insan yang tersayang. Wassalam…





No comments:

Post a Comment