Friday 1 October 2010

a128782 nurul lj10

Assalamualikum…dan salam sejahtera..

Pada minggu ini sekali lagi kuliah dijalankan seperti biasa. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi kuliah akan berlangsung terasa seperti masa berlalu dengan pantas sekali…tajuk kuliah pada minggu ini ialah kebijaksanaan emosi.

Tajuk pada minggu ini lebih kurang sama dengan tajuk pada minggu lepas,apa yang berbezanya ialah pada minggu lepas berkaitan dengan diri kita melalui karakter diri kita. Manakala pada minggu ini pula cara untuk mentafsirkan emosi seseorang samada dalam keadaan gembira, sedih atau takut. Untuk mentafsirkan wajah seseorangsangat sukar kerana keadaan muka seseorang itu berbeza  antara satu sama lain. Tetapai jika kita pakar dan mampu mentafsirkannya ia merupakan satu bonus dalam diri kita keran ia dapat membantu kita dalam berkomunikasi dengan berkesan terhadap orang tidak kita kenali. Sebagai contoh jika menegur orang yang sedang tension assignment di reject tentu sekali keadaan yang lagi teruk akan berlaku. Kerana kita akan dijadikan tempat melepaskan kemarahan walaupun kita hanya untuk bercakap dengannya. Untuk mudah memahaminya ialah mimic muka seseorang menggambarkan emosi atau keadaan seseorang itu samada marah, sedih, gembira atau sebagainya. Dalam hal ini kita, kita cuba mentafsirkan wajah seseorang mengikut kepekaan kita kepada seseorang.

Prof memilih Ability-based Model sebagai teori kerana ia lebih mudah berbanding teori lain. Apa yang boleh dimaksudkan dengan teori ini ialah untuk mengintekrasikan emosi dan cara mengawal emosi.terdapat 4 jenis kemampuan dalam EQ iaitu mengenal pasti emosi (perceiving emotions), menggunakan emosi (using emotions), memahami emosi (understanding emotions) dan mengurus emosi (managing emotion).

Contoh yang paling mudah ialah apabila ibu kita mendiamkan diri apabila kita meminta sesuatu adakah mimic muka menunjukkan sifat marah atau sebaliknya. Oleh itu jika kita pandai mentafsirkan wajah seseorang maka lebih mudah untuk kita berkomunikasi dengan seseorang. Lihat saja jika orang seseorang senyum sepanjang hari sudah tentu emosinya berada dalam keadaan baik. Maka lebih mudah untuk kita bekerjasama dan berkomunikasi denganny. Dan ini amat penting bagi seorang pekerja untuk melihat emosi bos mereka.

Seorang guru yang disayangi aak murid  haruslah sentiasa mengambil berat akan anak muridnya. Dengan cara apa? Jawapannya dengan  mlihat riak wajah atau mimic muka pelajar mereka, samada berada dalam kegelisahan, kesedihan , memmpunyai masalah dan sebagainya. Hal ini kerana majority murid-murid tidak akan menceritakan masalah mereka kepada orang lain. Maka disinilah fungsi guru-guru untuk membimbing dan menggalakkan mereka dalam sesuatu perkara atau keadaan. Jika melihat dengan lebih luas lagi kita juga mampu untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara gejala yang tidak berfaedah untuk menghilangkan tekanan perasaaan ini. Walaupun tidak seratus peratus tetapi mengurangkan juga masalah dan beban yang ditanggung jika guru-guru lebih prihatin terhadap anak murid mereka.

Seterusnya jika kita berada di sebuah kawasan yang sunyi tentu ketakutan mula menguasai diri kita walau tidak diperkatakan. Hal ini keran hanya melihat mimic muka kita sahaja dapat mentafsirkan perasaan diri kita ketika itu.

Kesimpulannya, mimik muka seseorang itu dapat ditafsir samada keadaan emosinya dalam keadaan sedih, gembira, marah, benci, terkejut atau  tidak menyukai sesuatau. Maka bagi seseorang manusia yang normal inilah kebijaksanaan emosi kita dalam mengkraterkan diri kita.

Sekian, terima kasih………….


No comments:

Post a Comment