Friday 1 October 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ10

Selamat sejahtera~ Pada hari ini, kuliah dimulakan dengan facial expression test. Saya berasa test ini sangat menarik, kerana kami semua perlu meneka apa mimik wajah yang ditunjukkan oleh orang dalam gambar. Terdapat  tujuh mimik wajah yang berlainan, iaitu marah (anger), penghinaan (contempt), kehairanan (surprise), kegembiraan (happiness), kesedihan (sadness), ketakutan (fear) dan kejijikan (disgust). Test yang pertama agak senang, saya dengan kawan saya pun boleh jawab betul. Walau bagaimanapun, test yang kedua susah sikit, sebab saya hanya betul satu dalam sepuluh soalan itu. Soalan yang saya betul adalah mimik wajah sedih, terdapat juga ramai yang betul soalan ini. Adakah mimik wajah sedih adalah paling senang dikenalpastikan? Saya pun tidak pasti. Namun, emosi memang boleh dikenalpasti melalui mimik wajah dan dari intonasi suara. Emosi mempunyai darjah intensiti. Oleh itu, sifat dan intensiti emosi berubah-ubah mengikut situasi dan tempat.

 

Selepas itu, pensyarah memperkenalkan tajuk pada hari ini. Tajuk bagi kuliah hari ini ialah kebijaksanaan emosi. Ada emosi yang bijak? Sebenarnya, kebijaksanaan emosi adalah keupayaan seseorang dalam mengawal perasaan dan emosi dirinya dan orang lain untuk mengurus pemikiran dan kelakuannya. Kenyataan ini ditunjukkan oleh Salovey dan Mayer pada tahun 1990. Pengurusan emosi memang penting dalam aktiviti harian kita. Seorang yang bijak mengurus emosinya dapat mengawal emosinya, termasuk emosi negatif untuk mencapai  kecemerlangan dalam hidupnya.

 

Kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) terdapat empat jenis model, iaitu Ability Based Model, Emotional Competencies (Goleman) Model, Bar-On Model of Emotional-Social Intelligence (ESI) and Trait EI Model. Ability Based Model menyatakan kemampuan untuk merasakan emosi, menyepadukan emosi untuk memudahkan berfikir, memahami emosi, dan menetapkan emosi untuk meningkatkan pertumbuhan peribadi. Emotional Competencies (Goleman) Model diperkenalkan oleh Daniel Goleman. Dia menjelajah fungsi EI pada pekerjaan dan dituntut EI menjadi prediktor tunggal terbesar kejayaan di tempat kerja. Bar-On Model of Emotional-Social Intelligence (ESI) yang diperkenalkan oleh ahli psikologi Reuven Bar-On mendefinisikan kebijaksanaan emosi sebagai pemahaman diri sendiri dan orang lain, berhubungan baik dengan orang, dan menyesuaikan diri dan mengatasi masalah dalam lingkungan sekitarnya untuk lebih berjaya dalam berurusan dengan tuntutan persekitaran. Selain itu, dia juga mengatakan bahawa individu yang menpunyai EQ lebih tinggi daripada rata-rata adalah lebih berjaya dalam mengatasi masalah persekitaran dan tekanan. Trait EI Model dicadangkan oleh Petrides dan Furnham. Model yang mereka tunjukkan menerangkan perbezaan konseptual antara model berdasarkan kemampuan dan model sifat berdasarkan EI.

 

Dalam kuliah hari ini, kami juga telah membelajari apa itu alexithymia. Ia boleh didefinisikan sebagai gejala kekosongan emosi, iaitu tidak tahu apakah perasaan yang sedang dialami. Mereka yang mempunyai sifat alexithymia tidak dapat menyatakan secara terbuka apakah emosi yang sedang mereka alami. Mereka merasakan mereka tiada perasaan marah, suka, sedih dan jarang menangis. Pada masa itu, saya fikir tentang satu soalan, orang yang mempunyai sifat ini adakah seorang pendiam? Mengapa mereka akan ada sifat ini? Namun, saya tahu walaupun seorang pendiam pun ada perasaan. Jadi, adakah orang yang bersifat alexithymia sesuai jadi seorang polis? Oleh itu, mereka dapat menjalankan tugas tanpa dipengaruhi oleh perasaan.

 

Akhirnya, pensyarah tunjukkan kami beberapa quotes.

"When angry, count to ten before you speak; if very angry a hundred." Thomas Jefferson. Cara ini saya akan cuba apabila saya marah.

 

Terdapat lagi satu quote yang saya minati, "If you are patient in one moment of anger, you will escape a hundred days of sorrow." , saya setuju dengan kenyataan ini kerana kemarahan akan menyebabkan kita membuat keputusan yang salah dan menyebabkan kesesalan.

No comments:

Post a Comment