Thursday 7 October 2010

A128529 AINU LJII

Pada 6 Oktober 2010, tajuk perkuliahan Pengurusan Emosi adalah Menguruskan Emosi  di Tempat Kerja dan dalam Keluarga. Seperti yang kita ketahui, emosi amat memainkan peranan yang penting dalam perhubungan dan juga dalam kehidupan seharian kita. Emosi yang tidak dapat dikawal dengan baik akan memberi kesan kepada individu dan juga sesiapa yang berada disekelilingnya.

            Emosi amat mempengaruhi kehidupan kita. Emosi mempunyai dua domain hubungan ditempat kerja dan organisasi, dan juga hubungan diperingkat keluarga dan masyarakat. Apabila seseorang itu telah memasuki dunia pekerjaan, dia bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan pelbagai tuntutan kerja yang sibuk, tetapi kadang-kadang berdepan dengan masalah yang diluar tugasan sepeti gangguan seksual dan sebagainya. Adalah amat penting untuk seseorang itu mengurus emosi ketika berhadapan masalah seperti ini. Sesiapa yang berhadapan dengan masalah ini pasti akan tertekan dan kadang-kala boleh menimbulkan stress dalam diri. Pekerja yang berdepan dengan masalah seperti ini perlu mengambil alternatif yang sesuai agar apa yang terjadi tidak akan mempengaruhi budaya kerja yang diamalkan disesuatu organisasi. Peranan emosi adalah berasaskan kepada emosi positif dan negatif, aplikasi kepintaran emosi, pengurusan rasa marah, perbezaan gender dalam menangani emosi dan juga perspektif budaya tempatan dalam menangani emosi. Oleh itu, dalam menguruskan emosi ditempat kerja dan organisasi serta diperingkat masyarakat dan keluarga haruslah berasaskan kepada domain tersebut. Hal ini adalah kerana, domain tersebut merupakan satu cara bagi seseorang itu untuk mengawal emosinya pada ketika itu.

             Hakikatnya, perempuan dan lelaki sememangnya telah dilahirkan dengan tingkah laku yang ternyata berbeza dan saling bertentangan. Namun begitu, harus diingat bahawa, walaupun lelaki dan perempuan adalah berbeza dan saling bertentangan sifat, namun kedua-dua gender ini adalah saling memerlukan. Seperti yang telah tertulis dalam Al quran, wanita adalah diciptakan daripada tulang rusuk lelaki yang mana, wanita tersebut itulah yang akan menjadi jodoh kepada lelaki berkenan. Dalam bercinta, kadang-kadang Tuhan akan menemukan kita dengan beberapa orang yang salah terlebih dahulu sebelum kita ditemukan dengan seseorang yang telah dijodohkan buat kita. Perempuan dilahirkan dengan sifat seperti dapat berkomunikasi dengan lembut, mereka ini amat mengambil berat akan penampilan. Wanita merupakan makhluk Tuhan yang suka bercakap dan setiap apa yang mereka ucapkan, mereka memerlukan pendengar dan yang paling jelas adalah wanita berkomunikasi untuk menjalinkan perhubungan. Sifat ini nyata bertentangan dengan sifat lelaki yang susah untuk membaca emosi yang dipamerkan oleh wanita. Golongan ini juga susah untuk menunjukkan emosinya kerana akan dikatakan tidak macho. Apabila bercakap, mereka bukan bertujuan untuk menjalinkan hubungan seperti wanita, tetapi lebih kepada untuk memberi laporan. Lelaki turut susah untuk mengingati tarikh-tarikh penting seperti tarikh ulangtahun perhubungan dengan pasangannya. Sebagai seorang wanita, saya pasti terasa jika pasangan saya terlupa tentang tarikh ulangtahun kami, ulangtahun kelahiran saya dan sebagainya. Disini dapat kita lihat bahawa, wanita cepat beremosi dan lelaki jenis yang tidak ambil peduli dengan tarikh penting dalam hidup mereka.

              Jika kita hendak menunjukkan emosi kita, kita perlulah mengambil kira perspektif budaya seperti general emotional norms, feeling rules dan juga display rules. Kita juga perlu sentiasa beringat bahawa, emosi tidak boleh ditunjukkan secara terbuka. Hal ini adalah untuk menjaga hati dan kepentingan orang disekeliling kita. Ini adalah merupakan satu cara untuk kita menjaga social rules dengan persekitaran. Sebab yang kedua adalah kerana factor social roles kita dalam bermasyarakat. Kadang-kadang, apabila kita menunjukkan emosi kita secara terbuka, ini akan menyebabkan orang akan memboikot kita dan mula tidak menyukai kita. Dan sebab terakhir kenapa kita tidak boleh menunjukkan emosi secara terbuka adalah fear of diselosure.

              Dalam hidup berkeluarga, adalah amat penting untuk menguruskan emosi dan tidak telalu mengikut perasaan. Dalam pembentukan keluarga seseorang itu akan melalui proses seperti percintaan, pertunangan, dan akhirnya perkahwinan. Pengurusan emosi adalah amat penting dalam hidup berumah tangga. Ini adalah untuk menjamin kebahagiaan dan keharmoniaan hidup berumahtangga.#END


No comments:

Post a Comment