Wednesday 6 October 2010

A127856 eaishah LJ11

Topik yang dipelajari pada minggu ini lebih santai dan lebih berkaitan dengan cara kehidupan kita seharian. Saya lebih berminat dengan topik iaitu tentang emosi dalam keluarga dan masyarakat. Setiap hubungan yang dibina pastinya menginginkan sesuatu yang bahagia, gembira dan penuh dengan kasih sayang. Sama ada hubungan yang melibatkan  sesame rakan,keluarga dan pasangan. Perkara seperti ini tidak dapat dinafikan. Oleh itu bagi memastikan hubungan yang dibina dalam keadaan yang baik dan bahagia, kawalan emosi adalah satu perkara yang begitu penting.

Emosi merupakan sesuatu yang pastinya ada dalam diri setiap manusia. Dengan mempunyai emosilah kita dapat melahirkan pelbagai perasan kasih sayang,prihatin, kebahagian dan sebagainya. Apabila kita sudah menjalinkan sesuatu hubungan pastinya akan terbit rasa sayang dan cinta. Apabila kita mempunyai rasa seperti  itu pastinya hidup akan lebih bahagia. Ini kerana sudah menjadi lumrah manusia yang mahukan disayangi dan menyayangi. Rasa sayang sepatutnya diberikan kepada diri sendiri. Sayang kepada diri amat penting kerana jika kita sayang kepada diri sendiri kita akan melakukan Sesuatu yang mendatangkan kebaikkan kepada kita. Tidak akan melakukan sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. Kemudian kita perlu menyayangi kelurga kita. Hal ini kerana tanpa kelurga yang sempurna memcerminkan peribadi diri kita. Keluarga merupakan antara orang-orang yang penting dalam hidup dan yang memberi  kasih sayang, terutama ibu bapa dan adik beradik. Perkara ini dikaitkan dengan rasa sayang terhadap keluarga. Terdapat beberapa matlamat pembentukan keluarga antaranya ialah bagi mencapai kebahagian. Kebahagian merupakan perkara yang sangat penting.selain itu, melahirkan anak yang soleh juga merupakan salah satu matlamat perkahwinan. Ibu bapa akan berasa berjaya mendidik anak apabila mereka dapat melahirkan anak-anak yang soleh. Oleh itu, akan melahirkan masyarakat yang aman dan bahagia. Apabila kita menjalani kehidupan dalam keadaan yang bahagia dan penuh rasa sayang secara tidak langsung dapat melahirkan keluarga yang harmonis.

Perasaan emosi juga sebenarnya bergantung pada persekitaran. Ini bermasud bahawa persekiran memainkan peranan yang begitu penting dalam mempengaruhi emosi seseorang. Terutama persekitaran dirumah. Persekitaran rumah yang baik dapat mempenagruhi emosi ahli kelurga dalam rumah tersebut. Sebagai contoh sekiranya rumah dalam keadaan yang serabut, bersepah dan tidak kemas akan menjadikan  pemikiran dan emosi kita terganggu. Maka akan mudah timbul emosi negatif. Sekiranya keadaan ini terjadi akan mengurangkan rasa sayang dan kebahagian dalam keluarga. Oleh itu, bagi memastikan bahawa keadaan dalam keadaan yang terkawal maka perlunya satu tindakan atau proses komunikasi yang berkesan. Oleh itu, suami atau bapa perlu memainkan peranan untuk memimpin ahli keluarga. Peranan ibu ayau isteri juga tidak terlepas dalam menjadikan sebuah rumah tangga itu sentiasa bahagia.

Disamping itu, selain kita memain perana dalam kelurga kita juga tidak terlaps daripada masyarakat. Kita menjalani kehidupan bersama-sama masyrakat. Bagi memastikan kita selesa hidup dengan keluarga dan masyarakat kita harus menyiapkan diri kita sendiri bagi berhadapan dengan mereka. Oleh itu, kesedaran diri serta pengurusan diri yang baik adalah perlu supaya kita dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dan masyarakat dapat menerima juga dalam keadaan yang baik. Emosi dalam perhubunagn yang perlu ditunjukkan adalah lebih mesra dan berkata dalam kata yang sedap didengar. Masyarakat Malaysia pula terkenal dengan kesopanan dalam pertuturan. Hal ini yang membantu masyarakat Malaysia hudup dalam keadaan yang harmoni.

Sebagai kesimpulan, melalui pembelajaran minggu ini saya mendapati bahawa untuk mewujudkan suasana yang aman,tenang serta bahagia setiap orang perlu memainkan peranan. Disamping itu juga, kawalan emosi supaya tidak timbul sesuatu emosi yang negatif. Emosi yang positif sentiasa dipamerkan akan membuatkan diri kita akan rasa lebih bahagia dan harmoni sama ada dalam bersama keluarga dan masyarakat.#End


No comments:

Post a Comment