Monday 4 October 2010

LJ10 ROSIDI A128223

          Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia di ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Zambri dan kawan-kawan sekalian. Tanpa di duga,kita telah hampir ke penghujung semester,masa berlalu dengan begitu pantas,dan jurnal ini merupakan jurnal yang ke sepuluh bagi subjek ini.Saya menghantar jurnal ini agak lambat sedikit kerana pada minggu lepas,saya begitu sibuk dengan aktiviti SUKEM,namun begitu telah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar untuk menyiapkan setiap tugasan yang telah di berikan.

 

            Sebelum memulakan kuliah pada minggu lepas,pensyarah telah mengadakan kuiz secara individu,kuiz tersebut menghendaki kami meneka riak wajah yang telah di paparkan seperti senyum,marah,sedih dan sebagainya.Pada mulanya saya jangka kuiz ini senang,tapi sebaliknya kuiz ini amat mencabar dan memerlukan kita memerhati,meneliti riak wajah tersebut dengan kerap. Kebanyakan tekaan saya salah,ini kerana riak wajah yang dipaparkan tersebut agak susah untuk di baca. Tajuk kuliah pada minggu tersebut adalah mengenai kebijaksanaan emosi.Kebijaksanaan emosi ini bermaksud,emosi kita menjadi pendorong untuk kita melakukan tindakan yang seterusnya dan kebijaksanaan kita mengawal emosi yang di hadapi. Hal ini dapat di lihat melalui reaksi muka iaitu seperti marah,senyum,sedih dan sebagainya.Kebijaksanaan emosi amat penting bagi seseorang,hal ini kerana seseorang harus menganani emosi dengan baik dan terurus.

 

                  Kebijaksaan emosi terbahagi kepada 4 iaitu pengurusan diri,kesedaran diri,kesedaran social dan juga pengurusan hubungan.Pengurusan diri bermaksud kebolehan seseorang mengawal emosi dan dapat meyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.selain itu,kesedaran diri pula adalah kebolehan seseorang membaca emosi orang lain,dan mengawal keadaan dengan baik.Kesedaran sosial pula adalah kebolehan seseorang memahami,bertindak mengikut emosi orang lain ketika bersosial.Manakala pengurusan hubungan pula adalah bermaksud dapat mempengaruhi emosi orang lain semasa mengawal sesuatu keadaan.Namun begitu terdapat juga individu yang mengalami masalah kekosongan emosi,iaitu "alexithymia".Masalah ini agak unik kerana pengidap penyakit ini tidak mempunyai emosi diri dan tidak mengetahui apa jenis emosi yang di hadapinya. Hal ini,mengingatkan saya pada seorang rakan saya di kampung,beliau tidak mengalami,menunjukan sebarang perubahan emosi,apabila berlaku sebarang kejadian.Contohnya pada tahun lepas,kami pergi makan di sebuah kedai,ketika sedang makan,kami dikejutkan dengan bunyi yang dentuman yang amat kuat,ada sebuah kereta bertembung dengan sebuah motosikal,pembonceng motosikal tersebut mati ditempat kejadian dengan keadaan yang amat ngeri,kepalanya hancur.Kami amat takut untuk pergi ke tempat kejadian,walaupun iainya hanya berdepan dengan kedai makan tersebut,Namun kawan saya tersebut,dengan spontan pergi menhampiri mayat terbabit dan mengalihnya ke bahu jalan sebelum menunggu ketibaan pihak polis. Reaksi mukanya selamba,macam tidak ada apa-apa yang berlaku.Sedikit pun tidak kelihatan mimik muka takut,gementar di wajahnya.

 

SEKIAN,WASSALAM……………


No comments:

Post a Comment