Thursday 2 September 2010

lj07 asmaa a132986

     minggu ini dalam kelas pengurusan emosi, saya telah belajar tentang emosi ingatan.bagi saya, tajuk ini merupakan tajuk yang sangat menarik kerana semua orang memang akan merasai emosi ingatan.emosi ingatan bermaksud ingatan kita terhadap sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kesan dari emosi yang dialami ketika itu.contohnya, emosi takut ketika diragut menjadikan mangsa mengingati peristiwa itu dan akan berhati-hati di masa akan datang.
    emosi dan ingatan terbahagi kepada dua komponen penting iaitu, kandungan emosi dan keadaan emosi yang dialami.kandungan emosi bermaksud kandungan emosi yang mampu meninggalkan memori dalam diri seseorang individu.selalunya, peristiwa dalam hidup yang berasaskan emosi lebih mudah diingati daripada peristiwa yang membosankan.bagi diri saya sendiri, saya jarang mengingati perkara yang selalu saya lakukan melainkan kalau terdapat sesuatu yang berlaku hingga membangkitkan emosi saya, perkara itu lebih mudah melekat dalam ingatan.perkara yang menyenangkan lebih lambat hilang dari ingatan berbanding perkara yang tidak menyenangkan. ini mungkin kerana, tidak ada sesiapa pun yang ingin dihantui oleh memori yang tidak menyenangkan itu.orang dewasa pula lebih pandai menguruskan emosi berbanding dengan remaja kerana mereka kurang mengingati perkara negatif yang berlaku dalam hidup.
    kesan dari keadaan emosi emosi yang dialami pula mempunyai dua kesan  iaitu, kesepadanan emosi dan kebergantungan emosi.kesepadanan emosi bermaksud sekiranya kita berada dalam emosi sedih, dan kita mengingati kembali perkara yang pernah membuat kita rasa sedih,kita akan rasa tertekan.kebergantungan emosi pula bermaksud emosi yang sesuatu peristiwa lebih mudah diingati jika emosi kita berpadanan dengan peristiwa tersebut.
    terdapat 3 bahagian otak yang terlibat dalam emosi ingatan, iaitu amygdala, cerebellum dan prefrontial cortex.amygdala merupakan bahagian otak yang memberi implikasi paling kuat terhadap emosi ingatan.amygdala terlibat dalam menghubungkan bahagian otak ke sensor pengalaman dan juga bertanggungjawab untuk mempengaruhi emosi dalam persepsi.amygdala selalunya terlibat dalam pengalaman pahit yang dialami seseorang individu.namun sebenarnya, cerebellum yang yang terlibat dalam mengingati emosi yang kuat. prefrontial cortex pula dipengaruhi oleh kombinasi keadaan emosi dan tugas-tugas kognitif.
    selain itu, terdapat pula perbezaan dari segi umur dan jantina.wanita lebih mudah mengingati sesuatu  perkara yang berlaku berbandung lelaki.contonya, ibu saya mengingati hampir kesemua nama saudara mara di kampung tetapi ayah pula kurang mengingati nama mereka.kebarangkalian untuk melupakan perkara buruk yang berlaku dalam hidup pulasemakin tinggi apabila seseorang semakin berumur.orang yang lebih berumur dikatakan lebih pandai menguruskan emosi kerana kurang mengingati perkara negatif dan lebih mengingati perkara positif.

 


No comments:

Post a Comment