Thursday 2 September 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ07

Selamat sejahtera~

 

Dalam kuliah minggu ini, tajuk yang telah kami belajar ialah Emosi dan Ingatan. Adakah emosi akan mempengaruhi ingatan kita? Bukanlah senang untuk menjawab soalan ini, tetapi pada masa itu saya jawab ya. Saya pun tak tahu mengapa. Soalan ini mempunyai dua elemen, elemen yang pertama ialah kandungan emosi dalam maklumat yang ingin di ingat dan elemen yang kedua ialah pengaruh emosi semasa pembelajaran dan mengingat.

 

Emosi dan ingatan boleh dibahagikan kepada dua aspek, iaitu kandungan emosi dan suasana hati (mood). Disebabkan pengaruh oleh kandungan emosi, biasanya kita lebih ingat kepada perkara yang gembira berbanding dengan perkara yang membosankan. Selain itu, kenangan yang positif mengandungi lebih banyak butiran yang kontekstual. Oleh itu kita lebih ingat kepada kajadian yang positif. Lagipun, dewasa boleh mengawal emosi mereka dengan lebih baik jika berbanding dengan remaja. Jadi, dewasa kurang mengingati pada perkara yang negatif.

 

Aspek yang lain bagi emosi ialah suasana hati (mood). Mood akan mempengaruhi apa yang kita lihat dan apa yang akan kita ingat. Hal ini dijelaskan dalam dua aspek, iaitu mood kongruens dan mood pergantungan.  Mood kongruens menjelaskan peristiwa yang kita ingat adalah berpadanan dengan suasana hati pada saat itu. Contohnya, apabila rasa tertekan arau cenderung, kita akan lebih mengingatkan peristiwa yang negatif. Manakala mood pergantungan menyatakan bahawa peristiwa-peristiwa lebih senang diingat jika suasana hati kita berpadanan dengan peristiwa tersebut. Contohnya, kita akan lebih mengingati sesuatu peristiwa yang gembira jika kita berada dalam keadaan yang gembira. Pendek kata, sesuatu peristiwa adalah lebih senang diingati apabila suasana hati kita berpadaan dengan suasana hati keadaan peristiwa itu. Selain itu, semakin kuat emosi tersebut terangsang, semakin besar kesanya terhadap ingatan. Di samping itu, emosi yang berbeza boleh menentukan ingatan kita menjadi beza. Saya setuju dengan ulasan ini. Biasanya, saya lebih mengingatkan sesuatu yang gembira jika mood saya pada masa itu adalah gembira. Saya teringat akan semasa saya melawat ke A-Famosa, sepatutnya lawatan ini adalah lawatan yang gembira. Namun, saya dilanggar oleh seorang budak lalu saya jatuh, tetapi ibu saya marah saya sebab saya tidak berhati-hati. Saya rasa tidak senang hati. Oleh itu, ingatan saya hanya ada peristiwa yang tidak menyenangkan pada masa itu dan saya tidak dapat ingat apa-apa kenangan yang menyenangkan.

 

Bahagian otak juga telibat dalam mempengaruhi emosi dan ingatan kita, misalnya amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex. Bahagian yang paling mempengaruhi emosi dan ingatan ialah amygdala. Amygdala terlibat dalam mengira betapa pentingnya sesuatu peristiwa emosional dan ia juga berperanan dalam mengingatkan kita memberi perhatian dalam sesuatu peristiwa emosional. Bahagian ini kebiasaanya sering dikaitkan dengan pengalaman yang negatif. Selain itu, cerebellum merupakan bahagian terkuat yang dikaitkan dengan kemahiran koordinasi motor, ia juga telibat dalam emosi yang kuat dan emosi takut yang berpanjangan. Manakala prefrontal cortex pula bahagian di mana gabungan paras emosi dan tugas pemikiran.

 

Terdapat bahawa umur dan jantina juga akan mempengaruhi ingatan kita. Perempuan adalah lebih baik dalam mengingat berbanding dengan lelaki. Ini adalah disebabkan perempuan lebih senang dipengaruhi oleh emosi. Terdapat satu penyelidikan yang menyatakan bahawa perempuan dan lelaki menyimpan ingatan mereka di bahagian otak yang berbeza. Di samping itu, ingatan perempuan adalah lebih kuat. Umur juga menjejaskan ingatan seseorang itu. Apabila kita semakin tua, kenangan yang tidak menyenangkan adalah lebih senang dilupakan berbanding dengan kenangan yang menyenangkan.

 

Kesimpulannya, emosi dapat mempengaruhi ingatan kita dan ingatan kita adalah ditentukan oleh emosi kita.

No comments:

Post a Comment