Thursday 2 September 2010

a133767 adda ljo7

       Tajuk pada minggu ini amat menarik minat saya kerana ia berdasarkan tentang emosi, ingatan dan, pembelajaran. Tajuk ini amat berkait rapat dengan kita semua kerana setiap individu pasti mempunyai perkara yang tidak dapat di lupakan yang kita semua pernah alami. Dalam kuliah pada minggu ini, perkara yang dibincangkan amat berkait rapat dengan wanita dan golongan yang berumur. Objektif pembelajaran pada minggu ini ialah kita perlu memahami bagaimana emosi dan ingatan saling berhubung antara satu sama lain. seperti yang kita sedia maklum, emosi boleh memberi kesan yang kuat dalam ingatan bagi setiap individu dan peristiwa yang beremosi lebih di ingati daripada peristiwa yang neutral. Contoh perkara yang yang tidak dapat dilupakan adalah kejadian tsunami, banyak nyawa yang terkorban dan seluruh aceh musnah akibat daripada kejadian ini, ramai kanak-kanak yang kehilangan ibubapa dan tempat untuk berteduh. Mereka yang mengalaminya pasti tidak dapat melupakan peristiwa yang meragut banyak nyawa dan memusnahkan seluruh bandar aceh. Walaupun  saya tidak mengalaminya tetapi saya peristiwa itu masih dirasai sehingga ke hari ini.

      Dalam kuliah pada minggu ini, saya dapat mengetahui bahawa terdapat 3 bahagian otak yang mrmpengaruhi  emosi dan ingatan.bahagian yang pertama adalah, amygdala(emo significance), bahagian ini bertujuan untuk mengira sejauhsejauh mana kepentingan emosi pada sesuatu peristiwa. Bahagian ini lebih memikirkan emosi yang negatif, ia juga berkebolehan untuk meramal memori yang terdahulu dan berfungsi untuk menyimpan serta bertindakbalas terhadap emosi yang baru diterima. Bahagian otok yang kedua ialah cerebrum, ia i berkait dengan kemahiran dalam penyelarasan-penyalarasan ingatan kita. Bahagian ini juga membantu kita untuk mengingati serta mengukuhkan lagi ingatan contohnya rasa takut. Emosi ini selalunya akan diingati dalam jangka masa yang panjang. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ibu saya terkena strok. Ketika itu saya tinggal di asrama dan tidak mengetahui bahawa ibu saya sedang sakit di rumah. Saya telah mengetahui berita tersebut melalui rakan karib, sejurus mendengar berita tersebut saya terus berjumpa dengan guru yang bertugas untuk meminta izin untuk pulang. Di dalam fikiran saya, saya takut jika keadaan ibu saya semakin teruk dan saya tidak mahu kehilangannya. Tapi syukur bahawa ibu saya mendapat rawatan dari seorang doktor dan sembuh dalam jangka masa yang singkat. Bahagian otak yang ketiga pula ialah pretrontal cortex iaitu, kejadian-kejadian yang mempunyai nilai emosi yang tinggi akan lebih diingati. Walaupun perkara itu tidak seberapa tetapi ia memberi impak yang besar bagi setiap individu yang mengalaminya. Contohnya emosi yang positif akan lebih diingati berbanding emosi yang negatif. Memori yang positif akan mengandungi maklumat yang terperinci. Ingatan yang kuat dapat mengurangkan ingatan peristiwa-peristiwa yang kuramg emosi. Maklumat yang penting tidak semestinya kita ingat tetapi jika di selitkan dengan ingatan emosi tersebut akan lebih diingati.

      Terdapat dua elemen yang kita belajar dari emosi iaitu kandungan emosi dan kedudukan emosi. Kandungan emosi merupakan peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai emosi . emosi yang positif akan menghilang dengan perlahan berbanding dengan emosi yang negatif. Contohnya orang yang lebih berumur lebih pandai mengawal emosi berbanding dengan orang muda. Ini kerana orang muda sering memikirkan perkara yang negatif.

     Kesan emosi boleh terbahagi kepada dua iaitu 'mood dependance' dan 'mood congruence'. ' mood congruence' ialah bila kita dalam keadaan yang sedih kita akan mengingati kisah yang lampau tentang perkara yang sedih juga. 'mood dependance' pula ialah fakta.  Ia menyatakan bahawa jika anda mengingati tentang perkara yang telah berlaku, emosi akan hadir pada peristiwa tersebut, contohnya adalah peristiwa yang membuat kita rasa bahagia. Peranan emosi adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Oleh itu kita kena tanamkan minat pada sesuatu yang kita tidak minat dan kita akan mudah mengingatinya.

      Selain daripada itu, emosi, ingatan dan pembelajaran juga berbeza mengikut umur dan jantina. Ini kerana wanita lebih mengingati peristiwa-peristiwa yang berunsur emosi. Golongan ini juga senang ingat dan mudah lupa. Dalam kajian menyatakan bahawa wanita dan lelaki mengekodkan maklumat pada bahagian yang berbeza dalam otok. Semakin tua semakin mudah untuk melupakan perkara yang negatif.

      Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat bermakna kerana kita bukan sahaja dapat belajar tentang emosi, ingatan dan pembelajaran malah kita juga dapat memgetahui perbezaan ingatan melalui jantina dan umur setiap individu. Sekian    


No comments:

Post a Comment