Thursday 23 September 2010

asmaa lj09 a132986

    Bagi saya kelas pengurusan emosi pada minggu ini sangat menarik.Saya dapat melakukan pelbagai ujian karakter yang dipelajari dan seterusnya mengenali sifat peribadi saya secara lebih mendalam.Apa yang saya belajar pada minggu ini juga sangat menarik.Emosi personaliti.Tajuknya saja sudah jelas menggambarkan perkaitan emosi dan personaliti.Personaliti seseoang individu akan memberi kesan terhadap emosi yang diekpresikan oleh individu tersebut dalam sesuatu situasi atau peristiwa.Ini dapat dibuktikan kerana manusia memberikan ekspresi emosi yang berbeza walaupun pada suatu peristiwa yang sama.Contohnya, ketika menerima berita kemalangan seorang sahabat, rakan saya kelihatan lebih risau dan sedih dibandingkan dengan saya.Dari peristiwa tersebut, saya dapat melihat bahawa saya dan rakan saya memberikan ekspresi emosi yang berbeza kerana kami berdua mempunyai personaliti yang berbeza.Jadi, secara tidak langsung, emosi dan personaliti boleh digunakan untuk membezakan seseorang individu dengan individu lain.
    Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan personaliti? Personaliti boleh didefinasikan sebagai kombinasi sifat-sifat psikologi yang boleh digunakan untuk mengelaskan seseorang dan menerangkan sifat-sifat seseorang seperti senyap, pasif dan agresif.Pada asanya, personaliti dapat dibahagikan kepada 2 jenis, A dan B.Individu yang mempunyai personaliti jenis A selalunya mereka yang mengejar kejayaan, selalu mengarah untuk menyiapkan kerja dengan cepat dan selalunya berada dalam keadaan tertekan.Bagi indvidu yang mempunyai personaliti jenis B pula, mereka lebih bertenang dan melakukan kerja dengan cermat.
    Terdapat dua jenis penunjuk aras yang selalu digunakanuntuk mengukur perkaitan emosi dan personaliti dalam diri seseorang individu iaitu, Myers-Briggs Type Indicator dan The Big Five Theory. Myers-Briggs Type Indicator merupakan ujian yang sering digunapakai untuk tujuan ini.Individu akan diklasifikasikan sebagai extroved atau introverted (E atau I), sensing atai intuitive (S atau N), thinking atau feeling (T atau F), dan judging atau perceiving (J atau P).Extroverted bermaksud mereka yang suka dan seesa bersosial dalam masyarakat manakala introverted ialah mereka yang bersifat senyap dan malu.Bagi pengelasan sensing dan intuitive pula, sensing ialah mereka yang praktikal dan suka memperincikan sesuatu perkara manakala intuitive pula merujuk kepada mereka yang melihat sesuatu perkara secara menyeluruh.Untuk thinking dan feeeling, thinking ialah individu yang menggunakan alasan yang logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Feeling pula ialah mereka yang bergantung kepada emosi dan nilai-nilai peribadi.Yang terakhir untuk judging dan perceiving, judging ialah mereka yang suka mengawal dan suka keadaan dan benda di sekeliling mereka dalam keadaan teratur.Perceiving pula merujuk mereka yang lebih flexibel dan spontan dalam membuat keputusan.
    Kesimpulannya, (EI) merujuk kepada cara interaksi sosial individu, (SN) merujuk kepada cara individu mengumpul data atau maklumat, (FT) merujuk kepada cara individu membuat keputusan dan (PJ) merujuk kepada gaya individu dalam membuat keputusan.
    The Big Five Theory pula mempunyai lima jenis pengelasan yang dikenali sebagai OCEAN.Pengelasan tersebut ialah openness to experience, concientiousness, extroversion, agreeableness, dan neurocitisms. Extroversion merujuk kepada keselesaan seseorang individu dalam perhubungan dan agreeableness pula ialah penilaian tentang sejauh mana seseorang individu boleh bekerjasama dengan individu lain.Conscientiousness pula ialah mengukur sejauh mana seseorang individu boleh diharap, neurocitism ialah sejauh mana seseorang individu boleh bertahan dengan tekanan dan yang terakhir openness to experience ialah sejauh mana individu tersebut suka dalam mencuba perkara-perkara baru.

No comments:

Post a Comment