Thursday 23 September 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ09

Selamat sejahtera~ Selepas cuti kita semua telah balik ke UKM untuk menerusi pembelajaran kita dengan battery yang charged dengan penuh.

Kuliah pada hari ini telah membincangkan tajuk Emosi, Personaliti dan Tingkahlaku. Setiap manusia ada personaliti masing-masing. Walaupun berada dalam peristiwa yang sama, setiap manusia mempunyai reaksi emosi yang berlainan. Perbezaan ini ada berkaitan dengan personality individu. Jadi, emosi dan personaliti boleh digunakan untuk membezakan individu. Selain itu, emosi dan personaliti juga berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek.

Sebenarnya apa itu personaliti? Personaliti adalah kombinasi sifat-sifat psikologi kita gunakan untuk mengklasifikasikan dan menggambarkan seseorang dalam hal ciri-ciri seperti pendiam, pasif, keras, agresif dan lain-lain. Myers-Briggs Type Indicator selalu digunakan sebagai instrumen penilaian keperibadian. Individu boleh dikelaskan sebagai extroverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan judging atau perceiving.

Kelas pertama: Seorang yang extraverted selalunya tindak dahulu, fikir kemudian. Dia akan berasa kurang selesa apabila kehilang perhubungan dengan dunia. Lagipun, dia selalunya dimotivasi oleh orang dan benda di dunia luar. Dia merupakan seorang yang menikmati palbagai perubahan dalam hubungan orang. Manakala seorang yang introverted akan fikir dahulu, tindak kemudian. Dia sering memerlukan masa persendirian untuk 'recharges' dia diri sendiri. Selain itu, fikirannya selalu tertutup dalm kurang hubung kepada luar dunia. Biasanya jenis orang ini lebih suka berkomunikasi satu-ke-satu.

Kelas kedua: Antara bandingan sensing dan intuitive, seorang yang mempunyai personaliti sensing selalunya berfikir dengan masa sekarang. Memorinya kaya dengan fakta dan peristiwa masa lalu dengan terpinrinci. Dia juga pandai dalam berimprovisasi dari pengalaman masa lalu dan suka maklumat yang jelas dan tidak suka menebak ketika fakta adalah 'fuzzy'. Manakala seorang yang intuitive fikir terhadap kemungkinan masa deoan dan menggunakan kreativiti mereka dalam mencipta dan mencari kemugkinan baru. Mereka pandai dalam berimprovisasi dari pemahaman teori dan suka data yang 'fuzzy' dengan meneka ertinya.

Kelas ketiga: Bagi thinking dan feeling, seseorang yang berpersonaliti thinking suka membuat keputusan dengan fakta dan logik. Dia akan mengikut jadual mereka dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Lagipun, dia mampu memberikan analisis objektif dan kritis. Dia juga berpendapat bahawa konflik adalah sejenis cara dalam berhubung dengan orang lain. Manakala orang yang sifatnya berbentuk feeling suka membuat keputusan berdasarkan perasaan dan kesan yang akan ada pada orang lain. Dia selalu peka terhadap keperluan dan reaksi orang lain. Dia seorang yang resah dengan konflik.

Kelas keempat: Seorang yang bersifat judging akan membuat rangka sebelum bertindak. Dia selalu fokus pada tugas yang berkaitan dan selalunya habiskan tugas dengan sistematik. Dia juga menggunakan target, tarikh dan jadual masa untuk menguruskan kehidupan. Manakala seorang yang bersifat perceiving suka bertindak tanpa mengikut jadual. Dia merupakan seorang yang suka kerja sambil main. Lagipun, dia merupakan seorang yang suka habiskan kerja pada waktu yang berhampiran dengan deadline. Dia juga tidak suka komitmen yang menganggu fleksibiliti dan kebebasannya.

Selepas terdedah kepada Myers-Briggs Type Indicator, saya dapat tahu personaliti saya adalah ISTP. Iaitu saya seorang yang Introverted, Sensing, Thinking dan Perceiving.

Kemudian, 'The Big-Five Model' diperkenalkan. Apakah 'Big-Five' itu?? Jawapannya adalah O-C-E-A-N, iaitu opennes to experience, conscientiousness, extroversion, agreeableness dan Neuroticism.

Kuliah pada hari ini membolehkan saya mengetahui apa personaliti saya. Sebenarnya, personaliti tidak ada baik dan buruk, setiap personaliti adalah unik. Yang berlainan adalah pandangan kita sahaja.

No comments:

Post a Comment