Thursday 23 September 2010

A128529 AINU LJO9

Sesi perkuliahan pada 22 September adalah membicarakan tentang aspek Emosi, Personaliti, dan Tingkah Laku. Dalam perkuliahan ini, adalah untuk menunjukkan manusia itu berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama.

           Personaliti adalah sifat-sifat psikologi yang digunakan untuk mengelaskan seseorang itu mengikut cirri-cirinya tersendiri. Manusia didunia ini terdiri daripada 2 kategori iaitu kategori jenis personaliti A dan juga jenis personaliti jenis B. Dalam kategori jenis A, individu ini adalah seorang yang suka melakukan kerja. Sebagai contohnya, Maria merupakan seorang kakitangna kerajaan. Beliau tergolong dalam golongan personalitI jenis A. Hal ini adalah kerana, beliau amat mengambil berat soal kerja yang telah diamanahkan oleh bos nya. Beliau tidak akan bertangguh-tangguh soal kerjanya dan akan menyiapkan kerja yang diberikan kepadanya secepat mungkin. Kadang-kala, dia akan membawa balik kerja yang belum disiapkan kerumahnya. Manakala itu, bagi individu dalam jenis B pula adalah seorang individu yang suka melambat-lambatkan kerjanya, suka melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan perlahan dan tidak terlalu tergopoh-gopoh. Namun begitu, individu jenis kategori ini adalah seorang yang baik dan mungkin mempunyai hubungan yang baik dengan rakan sekerjanya yang lain.

           Dalam Extroverted dan introverted pula melihat terdapat perbezaan diantara kedua-duanya. Extroverted adalah seseorang individu suka bercampur dengan orang lain, tegas, sosial, berorientasikan orang lain, dan juga suka menonjolkan diri. Individu dalam kategori ini juga adalah seorang yang akan melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu. Individu ini adalah banyak dipengaruhi oleh orang luar. Sebagai contohnya, terdapat sesetengah orang menganggap hubungan percintaan sewaktu belajar akan menganggu proses pembelajaran seseorang itu. Namun begitu, ramai pelajar yang mampu berjaya walaupun mempunyai teman lelaki atau pun teman wanitan. Hal ini adalah kerana mereka menjadikan pasangan masing-masing sebagai satu motivasi untuk mereka berjaya. Hal ini adalah berbeza pula dengan individu yang tergolong dalam golongan Extroverted. Individu golongan ini merupakan seorang yang pendiam, pemalu, tidak suka bercampur dengan orang lain, dan suka bersendirian sahaja. Individu jenis ini, menjadikan diri mereka sebagai motivasi untuk mereka berjaya. Individu jenis ini pula akan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

           Bagi Sensing dan Intuitive pula melihat bagaimana Sensing itu adalah bersikap cerewet, banyak berfikir tentang perkara-perkara biasa, lebih banyak berimaginasi. Bagi kategori Intuitive pula, individu ini lebih banyak berfikir dan apa yang mereka fikirkan adalah sesuatuyang bermanfaat. Mereka pula suka berfikir secara mendalam tentang sesuatu isu. Berbeza dengan individu jenis Sensing, individu ini adalah jenis yang tidak suka berfikir tentang sesuatu yang cerewet.

            Individu dalam kategori Thinking adalah individu yang suka berfikir bardasarkan fakta dan logik akal. Individu jenis ini boleh dilihat sebagai seorang yang matang dalam membuat penilaian hidupnya, manakala bagi individu dalam kategori  feeling pula akan melakukan sesuatu berdasarkan perasaan semata-mata. Mereka tidak akan berfikir panjang dalam melakukan sebarang keputusan. Kadang kala, keputusan yang mereka lakukan adalah dipengaruhi oleh orang luar yang tidak berfikiran matang dan mengikut kemahuan hati sahaja.

            Bagi kategori terakhir iaitu Judging dan Perceiving pula melihat bagaimana individu dalam kategori Judging adalah seseorang yang gemarkan sesuatu yang teratur dan berstuktur. Sebagai contohnya, saya mempunyai seorang kawan yang amat menjaga kebersihan biliknya. Dia tidak akan sesekali membiarkan barangannya bersepah-sepah dan tidak tersusun dengan teratur. Setiap barangannya akan disimpan kembali pada tempat yang asal. Ini ternyata amat berbeza dengan individu jenis Perceiving. Individu jenis ini adalah seorang yang kelam kabut dan tidak teratur, dalam erti kata lain, individu ini tidak kisah dengan keadaan sekelilingnya. Individu ini juga tidak menitikberatkan kebersihan tempat tinggalnya. Individu dalam kategori ini juga merupakan seorang yang tidak mempunyai perancangan, menganggap setiap kerja hanya sebagai keseronokan semata-mata.

            Kesimpulannya, hasil daripada perkuliahan ini, kita dapat lihat bahawa setiap individu adalah dilahirkan dengan pelbagai jenis sikap dan personaliti yang mana setiap personaliti itulah yang mencerminkan bagaimankan diri kita. #END


No comments:

Post a Comment