Thursday 23 September 2010

adda a133767 lj09

Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Pada minggu ini saya telah didedahkan dengan tajuk yang sangat nenarik minat saya iaitu emosu personaliti dan tingkah laku. Saya pasti ramai diantara kita yang tidak ambil peduli tentang personality masing-masing kerana semua sibuk tentang hal masing-masing. Sebenarnya banyak faedah yang kita dapat dengan mengenali serta mengetahui personality masing-masing contohnya kita da[pat mengubah diri kita supaya lebih matang serta berfikiran terbuka. Contohnya didalam kuliah pada minggu ini, ramai yang tidak berkerjasama dalam mengikuti ujian personality yang diberikan oleh dr.ahmad zamri kerana ramai yang tidak kisah tentang personaliti diri mereka sendiri. Sedikit pengenalan tentang tajuk pada minggu ini ialah. Manusia berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama kerana perbezaan ini ada kaitannya dengan personality individu. Oleh itu, emosi dan oersonaliti berguna dari segi membezakan individu. Sebenarnya emosi dan personalitiberperanan dalam menentukan reaksi terhadap kesan-kesan yang tertentu.

     Persoalannya sekarang, apakah maksud personaliti? Personality ialah kombinasi sifat-sifat spikologi yang kita gunakan untuk mengelaskan dan menerangkan tentang seseorang dalam erti kata cirri-cirinya seperti pendiam, seorang yang banyaak bercakap, seorang yang periang, senang untuk bergaul pemarah dan lain-lain lagi. Seperti yang telah di kuliahkan pada minggu ini kita boleh kelaskan personaliti seseorang, iaitu terdapat dua jenis personaliti antaranya ialah jenis a dan jenis b.  bagi individu yang suka memberikan komitmen dalam kerjanya dan suka melibatkan diri dalam hal-hal yang seperti berpesatuan  mereka adalah golongan jenis a. sebagai contohnya, nurul sangat suka menonjolkan diri dalam semua aktiviti kerana dia suka membuat kerja dan membantu orang lain, dia juga akan menyiapkan kerja tepat pada waktunya dan tidak pernah melengah-lengahkan kerjanya. Individu ini juga sangat menepati masa. Bagi golongan jenis b pula, golongan ini sentiasa tenang dalam melakukan pekerjaan kerana mengambil masa yang agak lama bagi menyiapkan sesuatu pekerjaan. Individu ini akan melakukan kerja pada saat-sat akhir berbeza dengan golongan a kerana golongan ini akan menyiapkan kerja awal daripada tarikh yang diperlukan.

    Selain daripada itu, saya juga telah didedahkan dengan myer's briggs type indicator(mbti). Beliau mengemukakan bahawa banyak cara-cara yang digunakan bagi mengkaji personality masing-masing. Setiap individu boleh dikelaskan dengan 4 cara iaitu, extroverted atau introverted, sensing atau intuitive, thinking atau feeling, dan jugjing atau perceiving,   E&I berkenaan tahap sosial,S&N berkenaan cara mengumpul maklumat,T&F berkenaan way of making decision,J&P berkenaan style of making decision. Individu yang mempunyai cirri extroverted ialah seseorang yang suka berkawan, seseorang yang tegas dalam melakukan pekerjaan dan seseorang yang mesra, ini bertentangan dengan individu introved kerana individu ini sangat pendiam dan pemalu. Individu sensing pula ialah seseoarang yang sangat praktikal, tertib dan sangat member perhatian dalam sesuatu pekerjaan. Indivividu intuitive pula ialah seseoarang yang hanya melakukan kerja seringkas yang boleh dan tidak terlalu focus jika melakukan kerja.  Individu thinking pula ialah seseorang yang menggunakan logic akal bagi menyelesaikan sesuatu masalah, ini bertentangan dengan individu feeling kerana golongan ini menyelesaikan masalah dengan emosi dan meilai sesuatu masalah. Golongan judging  ialah seseorang yang sangat sukakan arahan yang teratur berbeza dengan individu perceiving kerana golongan ini sangat sukakan arahan yang ringkas dan berusaha memikirkan arahan tersebut.

    Secara kesimpulannya, kuliah pada minggu ini amat memberikan manfaat kepada saya kerana saya bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan malah saya juga boleh mengetahui personality diri saya. Sekian .    


No comments:

Post a Comment