Thursday 23 September 2010

A133604 ASLINA

SALAM...tajuk kali ini adalah berkenaan personaliti.Tidak ramai antara kita yang ambil berat tentang personaliti masing-masing.Malah ada sesetengah yang langsung tidak tahu jenis personaliti sendiri.Sewaktu Dr.Zamri membuat personality test agak ramai yang tidak ambil peduli.Tapi tak kesahlah,bagi saya seronok mengambil test tersebut untuk knal siapa saya.Seperti yang kita tahu emosi setiap manusia berbeza-beza walaupun pada masa yang sama menghadapi situasi yang sama.Sebagai contoh,apabila musim peperiksaan telah tiba pelbagai emosi yang kita nampak.Ada yang terlalu tension sehingga pergi ke mana-mana nk marah jew.Ada juga yang berkurung didalam bilik sehingga tidak mahu keluar langsung 24jam kerana risau.Malah ada uga yang tenang seolah-olah exam tinggal setahun lg.

         Apa yang kita nampak dalam situasi ini,emosi-emosi yang berbeza yang ditunjukkan dalam sesuatu situasi yang sama adalah disebabkan personaliti yang berbeza yang dimiliki oleh setiap manusia.Perbezaan personality membawa kepada perbezaan emosi setiap individu.Oleh itu,kita dapat simpulkan bahawa emosi dan juga personality dapat menjadi kayu ukur untuk membezakan individu dengan individu yang lain.Tetapi apakah itu sebenarnya personality?Terdapat banyak teori yang dikemukakan berkenaan personality.Antaranya TEORI TYPE A&B.Teori ini mengkelaskan pesonality kepada 2 iaitu yang persoality A dan personality B.Personalty A merupakan seseorang yang amat menghargai masa.Walaupun sedikit huru hara tetapi segala kerja yang dilakukan membawa penghasilan yang memberangsangkan.

        Saya sedar bahawa saya tergolong dalam kelas ini.Kerana saya memang agak tidak sabar untuk menyiapkan sesuatu kerja dan masa adalah musuh ketat saya.Manakala personality type B adalah seseorang yang tenang.Dia tidak terkejar-kejar untuk melakukan tugas tetapi dari segi kualiti tidak sebagos personality type A.Seterusnya dalam kuliah saya juga belajar tentang MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR (MBTI).Extraverted(E)/Introverted(I), Sensing(S)/Intuitive(N), Thinking(T)/Feeling(F), Judging(J)/Perceiving(P), adalah indicator yang digunakan untuk mengenal personality seseorang.E&I berkenaan tahap sosial,S&N berkenaan cara mengumpul maklumat,T&F berkenaan way of making decision,J&P berkenaan style of making decision..Bagi saya test ini agak sukar kerana tidak tahu menilai diri saya sendiri,kadang2 saya suka bersosial kadang2 tidak.Seolah-olah di tengah2.

          Walaubagaimanapun saya berpendapat personality boleh diubah.mengikut kemahuan masing-masing.Walau seberat mane pun situasi yang kita hadapi,tidak perlu mengikiut perasaan 100%.logik dan akal perlu memainkan peranan bagi memandu ke arah emosi yang positif.Personality juga tidak semestinya dapat ditafsirkan melalui perwatakan yang dimiliki seseorang.Yang pasti personality yang baik membawa ke arah yang positif.

No comments:

Post a Comment