Thursday 23 September 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ09

Selamat sejahtera kepada Dr.Zamri dan semua rakan-rakan kursus pengurusan emosi set 3. Tajuk kuliah bagi minggu ini adalah emosi, personaliti dan tingkah laku. Objektif-objektif bagi kuliah minggu ini pula adalah untuk memahami pendekatan pengelasan emosi mengikut jenis dan intensiti serta memahami perhubungan di antara emosi, personaliti dan tingkahlaku.

Tiga komponen utama emosi termasuk perasaan, perubahan tubuh dan kecenderungan tindakan. Setiap manusia adalah unik kerana setiap orang mempunyai emosi dan personaliti yang tersendiri. Personaliti adalah berbeza-beza bagi setiap orang  dan personaliti-personaliti inilah membezakan kita antara satu sama lain. Manusia adalah berbeza dari segi reaksi emosi walaupun pada peristiwa yang sama. Perbezaan ini adalah berkaitan dengan personaliti-personaliti individu. Oleh itu, emosi & personaliti adalah berguna dari segi membezakan individu-individu. Emosi & personaliti berperanan dalam menentukan reaksi terhadap affek (affects).

Apakah itu personaliti? Personaliti adalah kombinasi sifat-sifat psikologi yang kita gunakan untuk mengklasifikasikan dan menjelaskan seseorang dalam ciri-ciri seperti pendiam, pasif, keras, agresif dan lain-lain lagi. Myers-Briggs Type Indicator selalu digunakan sebagai instrumen penilaian terhadap personaliti atau keperibadian. Individu boleh dikelaskan kepada extroverted atau introverted (E or I), sensing atau intuitive (S or N), thinking atau feeling (T or F), dan judging atau perceiving (J or P).

Extroverts adalah orang yang bersifat outgoing, suka bersosial (sociable) dan assertive. Introverts pula adalah orang yang bersifat pendiam dan rasa malu. Apabila Dr.Zamri tanya kepada kami, hanya sedikit orang sahaja yang bersifat extroverts dan sebahagian besar merupakan jenis introverts, termasuklah saya sendiri. Apabila setiap kali saya disuruh membuat perbentangan di depan bilik kuliah, saya akan berasa takut, malu dan gelisah sebelum dan semasa pembentangan tersebut. Manakala kawan-kawan saya yang bersifat extroverts pula dapat berucap dengan penuh keyakinan tanpa sebarang rasa ketakutan. Ini membuatkan saya amat cemburu kepada mereka yang bersifat extroverts ini.

Seterusnya adalah perbandingan antara sensing dan intuitive. Seseorang yang mempunyai personaliti sensing selalunya praktikal dan berfikir dengan masa sekarang. Memorinya kaya dengan fakta dan peristiwa masa lalu. Manakala seseorang yang mempunyai personaliti intuitives pula akan berfikir bergantung kepada kemungkinan pada masa depan dan menggunakan kreativiti mereka dalam mencipta serta mencari kemugkinan yang baru. Mereka pandai dalam berimprovisasi dari pemahaman teori dan suka data yang 'fuzzy' dengan meneka ertinya. Mereka juga selalu berfikir dan melihat kepada gambaran yang besar iaitu fikiran mereka tidak dihadkan oleh mereka sendiri.

Seterusnya, perbandingan antara thinking dan feeling. Seseorang yang berpersonaliti thinking akan membuat keputusan dengan menggunakan fakta dan unsur kelogikan yang ada. Mereka akan menyempurnakan sesuatu kerja dengan mengikut perancangan yang telah dirancang terlebih dahulu. Di samping itu, mereka juga mampu memberikan analisis serta kritikan yang bernas. Manakala orang yang berpersonaliti feeling pula cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan kepada perasaan serta emosi mereka sendiri pada ketika itu.

Seterusnya adalah perbandingan antara judging dan perceiving. Seseorang yang bersifat judging menginginkan kawalan. Mereka berharap dunia mereka adalah ordered dan berstruktur. Mereka juga bercenderung untuk membuat rancangan sebelum mereka bertindak. Manakala orang yang bersifat perceiving pula mempunyai kecenderungan untuk bertindak tanpa mengikut rancangan. Mereka adalah lebih fleksibiliti, spontan dan memerlukan kebebasan.

Selepas didedahkan kepada Myers-Briggs Type Indicator, saya dapat tahu personaliti saya adalah jenis ISTP iaitu saya seorang yang Introverted, Sensing, Thinking dan Perceiving.

Selain itu, kami juga didedahkan dengan The Big-Five Model. The Big-Five Model adalah O-C-E-A-N, iaitu Opennes to Experience, Conscientiousness, Extroversion, Agreeableness dan Neuroticism.

Kuliah pada hari ini membolehkan saya lebih mengenali kepada diri sendiri saya secara dalamnya dan saya dapat mengambil tahu personaliti-personaliti diri saya.

No comments:

Post a Comment