Friday 3 September 2010

A134606 ting ting LJ07

 

Emotional Wellness | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=emotional&FORM=HOTAPI#focal=08446...
 

Tajuk bagi kuliah ke-tujuh ini ialah emosi, ingatan dan pembelajaran. Emosi ini dikatakan boleh memberi kesan yang kuat kepada ingatan. Hal ini bermaksud peristiwa yang beremosi akan lebih mudah diingati berbanding dengan peristiwa yang neutral dari segi emosi. Ingatan merupakan komponen yang sangat penting dalam kehidupan. Bayangkan jikalau seseorang mempunyai ingatan selama sejam sahaja apakah yang akan berlaku? Emosi dan ingatan dipengaruhi oleh dua elemen.

Elemen pertama adalah kandungan emosi. Kajian baru-baru ini menyatakan rangsangan emosi yang menyebabkan kita dapat mengingati sesuatu peristiwa dengan lebih mudah dan bukannya signifikasi individu. Rakan saya pernah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya pada zaman kanak-kanaknya. Semasa berada di darjah satu, dia sangat mendengari nasihat seorang kakak rakan kelasnya mungkin disebabkan mereka menumpang bas sekolah dan tinggal di kampong yang sama. Pada suatu hari, dia diberitahui oleh kakak itu untuk mencium adiknya, dia membuat apa yang disuruh dan semua orang disekelilingnya melihat dan juga ketawa dia. Dia berasa sangat malu dan masih mengingati peristiwa ini sehingga kini. Emosi malu yang mengakibatkan rakan saya tidak dapat melupakan peristiwa itu walaupun telah berlaku bertahun-tahun lepas. Selain itu, emosi yang tidak menyenangkan lebih mudah dilupakan berbanding emosi yang menyenangkan. Setiap orang di dunia ini berharap kehidupannya dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan dan bukannya kesedihan. Oleh itu, kita memilih untuk melupai peristiwa yang sedih dan berusaha untuk mengelakkannya. Lama-kelamaan peristiwa itu dapat dipadamkan. Memori yang positif mempunyai kontekstual yang lebih jelas beerbanding memori yang neutral dan negative. Kita dapat menjelaskan peristiwa itu secara mendalam dan butiran-butiran kecil masih dalam ingatan jikalau memori itu positif.

Seterusnya elemen kedua adalah mempunyai kaitan dengan mood. Terdapat dua faktor mood iaitu "mood congruence" dan "mood dependence". "Mood congruence" menjelaskan emosi adalah sejajar dengan peristiwa yang diingati. Apabila kita berasa gembira, kita akan terkenang peristiwa yang manis. Inilah yang dikatakan sejajar. "Mood dependence" pula mengatakan bahawa kita mudah mengingati sesuatu perkara ataupun fakta apabila emosi kita bangkit pada masa itu. Contohnya, saya berasa minat terhadap kursus biologi, saya dapat mempelajari dan mengingatinya dengan lebih pantas.

Bahagian otak yang tertentu mempunyai kaitan dengan emosi dan ingatan kita. Amygdala, cerebellum dan prefrontal cortex mempengaruhi ingatan, mood dan emosi. Bahagian-bahagian ini menentukan emosi dan ingatan kita.

Bagaimanakah emosi mempengaruhi memori kita? Faktor pertama meliputi bahagian otak yang berlainan dan bergantung kepada emosi. Faktor kedua pula adalah berkaitan dengan "working memory". Kemampuan untuk menyimpan maklumat secara aktif dalam fikiran dan diperlukan untuk melakukan tugas-tugas kompleks seperti penalaran, pemahaman dan belajar.  Selain itu, perbezaan jantina akan mempengaruhi emosi dan ingatan kami. Wanita lebih mudah mengingati sesuatu perisriwa yang beremosi berbanding dengan lelaki. Selain itu, usia manusia juga akan mempengaruhi emosi seseorang terhadap sesuatu rangsangan. Orang tua dikatakan lebih mudah untuk melupakan peristiwa yang beremosi negatif.

Kesimpulannya, aspek perbezaan jantina, usia manusia dan juga tahap emosi terhadap sesuatu peristiwa dapat mempengaruhi ingatan seseorang.


No comments:

Post a Comment