Friday 3 September 2010

A129013 Arfa Rina LJ07

salam 1 Malaysia.Pada minggu ini,kelas dibentangkan dengan tajuk emosi , ingatan dan pembelajaran. Secara amnya, emosi memberi kesan yang kuat ke atas ingatan dan peristiwa beremosi mudah diingati daripada peristiwa neutral.selain itu juga, tidak semua emosi boleh meransang ingatan. Terdapat 3 bahagian otak dalam hubungan emosi dan ingatan iaitu Amygdala , cerebellum dan Prefrontal cortex. Amygdala meramalkan memori , cerebellum bagi emosi yang kuat dan ingatan jangka pangjang dan prefrontal cortex menjana ingatan dengan emosi melalui mood (keadaan mood) dan cog ( cognitive task). Secara ringkasnya, kejadian disertai dengan nilai emosi yang tinggi adalah mudah diingati. Contohnya,terkenang saya memori ketika mendapat duit raya ketika kecil.apabila,saya melihat seorang kanak-kanak mendapat sampul duit raya,saya teringat ketika zaman kecil dahulu. Bukan senang beraya untuk mengutip sejumlah wang. Walaupun penat berjalan, kekenyangan makan tapi berbaloi kerana bukan lah wang sebenarnya erti hari raya tapi ikatan silaturrahim dan kenangan itu masih segar dalam ingatan seperti semalam sahaja berlaku. Bagi memori yang indah adalah mudah diingati berbanding memori buruk.contohnya,otak kita mudah menyimpan memori seperti mendapat durian runtuh berbanding memori tersadung dihadapan ramai orang. Memori positif mengandungi lebih contextual details dimana membantu mengukuhkan sesuatu memori. Maklumat penting disertakan emosi adalah senang diingati.

Bagaimanakah emosi ini mempengaruhi ingatan? Keadaan mood atau emosi mempengaruhi ingatan dijelaskan dengan 2 keadaan mood iaitu mood congruence dan mood dependence. Mood congruence adalah kita mengingati memori. Contohnya, ketika kita bersedih,kita akan lebih cenderung untuk mengingati peristiwa negative. Lalu, menyebabkan keadaan sedih makin menyedihkan. Bagi mood dependence, ia adalah ingatan tentang sesuatu memori lebih mudah jika status ingatan ada ketika memproses maklumat berserta emosi. Contohnya, ketika kita menghafal ayat Al-Quran.keadaan mood kita yang tenang dan gembira memudahkan kita menghafal.

Namun, antara lelaki dan perempuan, ingatan disertai emosi adalah berbeza. Perbezaannya dapat dilihat jelasnya antara perwatakan, perangai dan tabiat lelaki dan perempuan. Secara generalnya, perempuan lebih baik dalam mengingati namun perempuan juga mudah lupa. Antara perempuan dan lelaki, memori disimpan dalam bahagian otak yang berbeza iaitu lelaki disebelah kiri dan perempuan disebelah kanan otak. Kitaran memori adalah encoding , consolidation ,dan retrieval.

Bagi orang tua, semakin tua semakin lemah ingatan tentang memori negative. Hal ini kerana, golongan tua tidak menumpukan sangat dengan perkara negative. Contohnya, seorang atuk yang dahulunya adalah seorang gangster.apabila sudah tua, perangainya berubah menjadi lebih baik.

Ketika kelas, kami ditayangkan dengan beberapa video bagi mengukuhkan lagi pemahaman kami tentang tajuk kali ini. Antara video yang ditayangkan adalah mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan , klip video lagu "Aku Bukan Superman" dari kumpulan The Lucky Laki , dan Tsunami.

Dapat diulaskan dari klip video lagu "Aku Bukan Superman" , emosi adalah lumrah bagi manusia sama ada lelaki atau perempuan. Manusia telah dicipta dengan pelbagai emosi. Stereotaip lelaki adalah seorang yang macho dan tidak mudah menangis tapi bila ada peristiwa beremosi, lelaki juga akan menangis. Contohnya, seorang bapa yang kehilangan anaknya, walaupun dia tidak menangis dihadapan orang tapi dia sebenarnya menangis dan sedih atas kehilangan anaknya.

Dalam masyarakat kita, secara semula jadinya, lelaki dididik dengan permainan yang berbentuk kasar dan pertandingan seperti gusti, lumba kereta mainan dan lain- lain. Bagi perempuan pula,didedahkan dari kecil dengan permainan tentang perhubungan seperti masak-masak, kahwin-kahwin dan lain-lain.

Kesimpulannya, emosi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi emosi.ketika beremosi positif, kita mudah mengingati sesuatu peristiwa berbanding keadaan mood negative. cara menangani emosi antara lelaki dan perempuan adalah sangat berbeza dari pelbagai aspek dan orang tua mudah lupa apabila umur semakin meningkat. Stereotaip masyarakat membentuk generasi baru aspek tangani emosi mengikut jantina. Sekian, wassalam dan terima kasih. SELAMAT HARI RAYA.


No comments:

Post a Comment